Happy New Year 2010
Salam 1 Malaysia, Alhamdullillah genap la sudah kita mengharungi tahun 2009, berbagai rintangan yg sudah kita tempuh ada yg duka, suka & segala-galanya. Apa yg dah berlaku, biarlah ia menjadi satu memori yg kita tidak boleh buang, hanya mampu utk di kenang, mahupun yg manis atau pah
it, tetapi bukan sebagai memori yg buat kita rebah. Pengalaman mengajar kita erti hidup. Apa yg sudah berlaku biarkan ia berlalu, apabila kita bangun dari tidur, kita fikirkan apa yg akan berlaku utk hari ini & yg pasti kita gunakan lah hari ini sebaik yg mungkin kerana ia tidak akan berulang kembali kerana esok merupakan hari baru utk kita & seterusnya. Syukur & alhamdullilah kita masih dapat menikmati hidup yg selesa di negara yg aman & makmur, walaupun ada jenayah2 yg kita baca, tonton & dengar melalui akhbar & television. Kita masih boleh menikmati teh tarik di kedai2 tepi jalan dengan bebasnya tanpa rasa takut diancam cuma perlu berhati2 dengan penyeluk saku. Kita masih mampu mencari rezeki & masih mampu hidup utk mendapat makanan. So rakan2, kami mengambil kesempatan ini utk mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2010. Hopefully tahun baru ini akan lebih bermakna utk kita semua, yg jauh kita dekat-dekatkan, yg keruh kita jernihkan & sekiranya apa yg dihajati tidak kesampaian pada tahun 2009, jadi kita pastikan ia menjadi kenyataan pada tahun 2010 Insyallah. sebelum itu, renung-renungkan lah kata-kata ini sebagai pedoman utk kita. " Allah sentiasa melindungi org2 yg dianiaya & teraniaya. Bukan siapa yg berkata tetapi apa yg dikatakan.

No comments:
Post a Comment