Sunday, January 3, 2010

Pandangan Baru :)

Salam semua, mcm yea nak mulakan.... bukan pandangan baru sebenarnya... tetapi sudah lama & sudah masanya utk kita berkongsi. Ramai memperkatakan tentang perubahan... tetapi apa yg perlu diubahkan... banyak perkara yg perlu kita ubah & maju ke depan utk mencapai sesuatu mengikut peredaran zaman. PM melaungkan " Berani ke berubah". Apa yg pasti, perubahan itu akan terlaksana sekiranya kita melaksanakanya. Apabila kita tanamkan satu sifat... tidak meletakkan harta,pangkat & jawatan what people said, eveyone is equal, dah tentu sesiapa sahaja dgn rasa selesa boleh duduk satu meja menikmati kopi bersama2.


Boleh ke BN tawan semula negeri2 yg sudah diambil alih pada PRU 13 akan datang... jawapannya semua ada pada kita. Berharap sgt... buka la mata & lihat sekeliling kita. Generasi muda sekarang cuba membantu apa yg perlu, tetapi sayang... pandangan kita tidak di ambil kira... when you are good, just prepare to be out from the list. Kita sebenarnya takut pada bayang2 sendiri... Bila kita hentam.... kita akan dikatakan dengki, jahat dll... tetapi pernahkah kita fikir, jika tidak dapat menerima atau mendengar tohmahan bagaimana kita nak berubah... kita tidak boleh menilai diri kita sendiri, melainkan org yg menilai kita. Jika teguran membina kita ambil kira, jika teguran tidak membina lupakan sahaja. Kita semua tidak sempurna melainkan Allah swt. Generasi muda sekarang sudah bijak berfikir.... bukan lagi seperti lembu di cucuk hidungnya... mengiakan sahaja.. kerana apa ya...... takut disisihkan.. emmmm... tak perlu semua tu, just be your self. Selesa sgt bila kita jadi diri kita & kita tidak perlu hipokrit. Kita berhak bersuara... dan tidak perlu fikirkan ..." BUKAN SIAPA YG BERKATA TETAPI APA YG DI KATAKAN". Tetapi rakan2 jgn la pula, malu pada diri sendiri. Kita patut rasa bangga siapa diri kita & tidak kisah kerja apa sekali pun... janji rezeki itu halal. All of you are free to give your opinion... positive or negative.

Oh ya...lagi satu ... nak cerita sikit ini, pandangan ini dari Kak Ida - (tentang minat, bila kita minat pada sesuatu..kita akan buat & dapatkan walau sesusah mana sekalipun.....jika kita minat berniaga, kena cari minat pada apa yang kita nak niagakan tu lah penting supaya kita tak mudah putus asa & sentiasa cuba cari jalan nak menjayakan apa yang kita minat ) betul juga kan.... Jadi.......fikirkan la yea... apa ye yg kita minat :)

No comments:

Post a Comment