Tuesday, January 26, 2010

My 1 Malaysia Expo

En Hamzah & Abd Latiff memberi penerangan kepada pengunjung


Pasti ramai yg tidak tahu Expo yg telah berlangsung di pwtc baru-baru ini. Tidak dinafikan, kerana expo ini begitu hambar, peranan media cetak & media masa tidak begitu meluas begitu juga dgn promotion & publisiti... itupun terdengar di Radio Sinar FM... tapi sekali lalu je.. Berharap the organizer akan lebih tumpukan macam mana nak promosikan segala Expo yg dianjurkan dimasa akan datang.


Hari Pertama 22 Januari 2010
Expo ini di rasmikan oleh Dato' Johari Baharom Timbalan Menteri Kementerian Pertanian & Asas Tani. Expo bermula dari pukul 10pg - 8mlm. Hari pertama sambutan kurang memuaskan, lagipun hari jumaat agaknya, bagi yg lelaki menunaikan solat Jumaat & merupakan hari berkerja. Aishah terpaksa jaga booth seorg diri hari ini, Kak Azizah ada kerja yg tidak dapat dielakkan... nasib la ada Abg latiff, Rahman, En Hamzah & juga Uncle Zamri yg banyak membantu. Booth Mimizu juga di kunjungi oleh Dato' Mukriz & juga pengacara rancangan tv9 Sdr Aziz Desa, lupa pulak rancangan apa..dan

Hari Kedua 23 Januari 2010


Seawal pagi Kak Nie, Aishah & Abg latiff tiba di booth B15 Mimizu selepas sarapan pagi, pagi itu kami minum pagi bersama En Khairul, salah seorg yg bertanggujawab dalam exhibition ini. Rakan2 yg lain juga tiba, hari ini 1st time Kak Nie datang membantu di booth, memang suasana sunyi betul expo ini, banyak juga yg dipelajari oleh kami tentang mimizu. Hari ini kami pasang slide show, baru la menarik... Kak Nie terpaksa beredar sekejap, kerana ada mesyuarat di Pjb Bhg... Dato' Zainul Azman juga turut mengunjungi booth. Kak Nie muncul kembali bersama wafi, rasanya dah abis meeting la 2. Kami tutup booth lebih kurang dalam pukul 7mlm. Kami bersama2 Abg Latiff utk makan malam. Esok masih ada lagi.



Hari Ketiga 24 Januari 2010

Hari ini merupakan hari terakhir Expo... kali ini, wafi turut serta juga membantu, macam biasa expo masih kurang pegunjung... apa yg kami dapat rasakan publisiti tidak begitu meluas. Hari ini berbeza sedikit, kerana booth mimizu banyak dikunjungi oleh visitor yg telah berkecimpung dalam dunia perniagaan.. berbagai2 bangsa... nasib la ada......., kalau tidak siapa nak berbahasa inggeris... Jadi kawan2, kita perlu la belajar juga serba sedikit utk berbahasa Inggeris.. bukan apa.. utk kita juga... tapi yg tak syoknya, bangsa kita sendiri yg mengkondem jika kita cuba berinteraksi dlm bahasa inggeris kononnya berlagak la, kalau mcm tu sampai bila nak pandaikan.... tidak mengapa kita lupakan saja manusia2 itu... yg pasti kita belajar utk jadi yg terbaik... ok.... Kak Nie lepas ni kami nak berinteraksi mengunakan bahasa Inggeris, Kak Nie ada cakap "jika nak belajar, baca newspaper berbahasa Inggeris & sentiasa bawa kamus kemana2 sahaja" dan bagi yg tahu berbahasa Inggeris... betulkan lah grammar & turut membantu apa yg perlu. Kami sempat melawat ke booth2 yg lain, ada yg mengeluh, kerana kurang mendapat sambutan pada Expo ini, ramai yg tidak tahu ada expo yg sedang dijalankan... statement begini " Inilah pertama kali, saya menyertai expo yg tidak ramai pengunjung & begitu sunyi sepi, kata nak tolong rakyat, ini bukan namanya menolong rakyat" macam mana tu rakan2...mmmm, adakah kerana masing2 mengejarkan KPI... asalkan ada aktiviti yg dijalankan... seperti pepatah melayu, "MELEPASKAN BATUK DI ATAS TANGGA" betul ke... takut salah pulak pepatah ini. Jika silap maaf ye rakan2. Tidak sangka pulak kami terjumpa Kak Rosni bersama suami & anak2... dia pun tidak tahu ada Expo ini, itupun sebab suami dia dengar dlm Radio Sinar FM pada hari terakhir.. itu yg dia datang visit, katanya dia suka datang expo2 pertanian ini, kerana dapat la dia beli ikan pekasam, lagipun expo mcm ni je ada barang2 buatan malaysia dari berbagai negeri. Sebelum penutup Expo, adalah pertandingan Booth2 yg tercantik... jika tidak silap 1st is Bank Negara Malaysia & 2nd is Technology park. Kami mula berkemas apa yg patut.




Kesimpulan

Lebihkan publisiti & promotion, libatkan media cetak & media masa.

Terima Kasih juga kepada Abg Latiff & rakan2 yg memberi kepercayaan kepada kami utk mengendalikan booth ini. Banyak juga pengalaman & ilmu yg kami perolehi mengenai Baja Organik.

Matlamat utk memperkenalkan Mimizu Agrotek tercapai, dari segi mengalukan2 Vendor2, menyediakan Kursus2, membiak induk2 cacing, memproses menjadi Baja Organik & juga air rembesan cacing diproses menjadi Vermitea & memasarkan.

No comments:

Post a Comment