Wednesday, December 2, 2009

Teater Natrah


Gambar rombongan ahli2 pu3 sek 20 selatan bersama rakan2 pu3 dari cawangan yang lain. Turut bersama adalah kak Ida Rahayu Dato Md Noor. TQ kak ida...



30 hb nov 2009 - Pu3 seksyen 20 selatan bersama2 beberapa rakan pu3 dari cawangan lain ( 20 org ) telah berkonvoi beramai2 untuk menyaksikan malam gala teater 'NATRAH' yang diarahkan oleh ERMA FATIMA di ISTANA BUDAYA. Dek kerana terpaksa meredah jem di sepanjang perjalanan kami terlewat sikit tiba di IB. Maklumlah ada antara kami kerja jauh sikit jd nak mengumpulkan semua org bukannya mudah lebih2 lg bila ramai yg tak begitu arif dgn jln di kuala lumpur ni.

Mujur juga Kak Lin & zulaiha bermurah hati menumpangkan kereta utk adik2 pu3 yg tak ada kenderaan ke sana.
Seperti biasa ketua rombangan tak lain tak bukan tentulah Kak Nie yg merupakan Ketua Pu3 caw sek 20 selatan merangkap Naib Kpu3 Bhg PJU. Kecohlah mulutnya untuk memastikan anak2 buah semua selamat sampai ke IB.... sampai kat area Istana Budaya dah pukul 8 mlm. tak dapat la nak dinner dulu... tapi Kak Nie selalu ada je bekal dalam handbag dia... biskut yg di share... teringat lak masa p bandung, kak Nie bawa maggi, biskut, air epal & orange.. kami perli juga... tapi rupa2 nya berguna juga heheeh... kami yg tukang menghabiskan stock brg runcit Kak Nie, berbalik teater Natrah... rasanya bagi yg lom tonton, cuba la luangkan masa utk menonton... agak menarik kisah Natrah ni..

Natrah ,merupakan peristiwa sebenar yg berlaku semasa perang Dunia ke2. Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah. Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu, ketika itu Natrah berusia 13 tahun. Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Singapura. Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.


Meskipun garapan teater NATRAH ini terlalu perlahan, tetapi isu dan mesej yang cuba dikupas oleh ERMA berjaya disampaikan dengan baik. Masih ramai yang menganggap isu murtad ini merupakan isu yang kecil berbanding isu politik, peperangan dsb. tetapi jika isu ini tidak ditangani dengan bijak masyarakat kita akan berdepan dgn penyakit akhlak yang sukar untuk diubati. Marilah kita sama2 berdoa agar hati dan iman kita sentiasa berpegang teguh dan kuat biarpun bertempur dgn pelbagai rintangan dan cubaan seperti apa yang dialami oleh Natrah kerana " Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"... Aminnn!!

Pementasan Teater NATRAH yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangi oleh Maya Karim, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi.

2 comments:

  1. Adala 2-3 org yg i kenal.... x sangka dah ader pages skrg ni...

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan PUTERI UMNO KINABATANGAN;-)
    Selamat Tahun Baru 2010 semoga Pu3 sukses di arena politik tanah air-kak ani the best-

    ReplyDelete