Salam semua, bersua kembali setelah sepi tanpa berita. Macam2 berlaku sebelum penutup tahun 2009.
1. VIENTIANE, Loas 2009- Malaysia boleh.. tahniah pada wira2 malaysia yg berjaya membawa pulang pingat Gangsa, Perak & Emas.

Ketika rakyat islam di malaysia menyambut Awal muharam, menunaikan solat sunat & doa awal & akhir tahun, Ketika itu la skuad bola sepak malaysia berentap. Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia. Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional. Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40.
Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

TINJU berjaya menghadiahkan satu pingat emas menerusi Muhamad Farkhan Haron
DANIEL mendominasi acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu dan membantu pasukan renang menyumbangkan sembilan emas.
No comments:
Post a Comment