Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.


Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Barang siapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.


2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali


4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 Disember 2009)


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala" Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala" fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

No comments:

Post a Comment