Wednesday, December 30, 2009

Imbasan penghujung 2009 - Part 2


Al-Fatihah utk mangsa yg terkorban & Condolence. Sabtu 26hb Disember, Tragedi Bas Express Sani, yg meragut 10 nyawa di KM 280.3 Lebuh raya utara. Pemandu nya mengaku terlelap. Kenapa yea, setiap kali musim perayaan @ cuti panjang pasti ada saja berita yg tidak sedap didengar. Kadang2 bila kita sendiri memandu berhati2 tetapi, org lain pulak hentam kita. Apa yg perlu lagi kita buat utk mengelak semua ini, apa yg pasti semua pemandu2 di Malaysia kena prihatin & banyak2 bersabar. Sentiasa beringat apabila berada di jalan raya, nyawa penumpang & nyawa kita sendiri perlu diutamakan. Jalan raya bukan kita punya seorg tetapi utk semua. Kalau tidak benarkan Bas2 Express berkhidmat waktu malam, susah juga bagi kita semua yg cuma ada masa terluang malam hari selepas waktu berkerja, jika hendak ke Pulau Langkawi, memang selesa pada waktu malam, kerana apabila tiba di Jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah, keesokan harinya, di mana feri mula berkhidmat pada pukul 6pg hingga 6ptg...Pemandu2 bas pun kadang2 kelajuan semacam je.... Apa yg pasti kalau kita semua ada sifat bertolak ansur & prihatin, apa org kata sopan santun. Takan lari gunung di kejar, apa pandangan rakan2.... walaupun telah ada kempen kesedaran dijalan raya malah kejadian kemalangan tidak dapat dielakkan. Berharap semua pengguna jalan raya sentiasa berasa bertanggungjawab bila tangan sudah memegang stering kereta,bas, lori & sebagainya. Dapatkan rehat yg cukup & penumpang2 jgn biarkan pemandu hanya memandu seorg, kalau boleh jadilah teman utk berbicara.... tak salahkan... korban beberapa jam utk keselamatan semua... bila dah tiba di destinasi yg dituju, tido lah sepuas2nya. Cuba tanamkan sifat, jangan hangat2 tahi ayam..... esk lusa... tragedi ini lupa begitu sahaja. Berharap, masyarakat jangan meletakkan semua kesalahan itu kepada pemandu sahaja kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir. Maka Kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment