Monday, March 1, 2010

TeAter MuzikaL AnTaRa


Jumaat 26 Februari 2010, Kami menonton teater ANTARA, Kami berkumpul di Office abg latiff perjanjian berkumpul 6.30ptg, biasa la rakan2, nak menuggu sorang2 bukanya senang, tak dinafikan perkara lain semuanya ok, tapi...........bab time ni memang susah betul, itu yg ada peribahasa "JANJI MELAYU"... hemmmm kena tukar dah tak boleh macam ni lagi. Kadang2 bukan apa, bila berjanji kul 6.30ptg, maksudnya kena ada kat tempat yg nak berkumpul tu 6.30ptg, jangan la keluar rumah pukul 6.30 pulak, itu yg jadi lambat tu, bukan apa rakan2, kesian rakan2 yg lain dah menunggu, lagi pun "MASA itu EMAS" walaupun 10minit, macam2 kita boleh buat.

Kami memulakan perjalanan dari Kelana Jaya menuju ke IB lebih kurang 6.50ptg, ketika itu hujan lebat, tapi menurut kata Ita, KL tak hujan, kami sampai ke IB lebih kurang pukul 7.20mlm, kami dinner dulu takut jadi macam hari itu, perut masuk angin. Tiket jualan agak laris jugak, Ita cuba dapatkan tiket yg berpatutan, tapi...... huhuuuuu... fully booked, so kami dapat tiket tingkat 3, tinggi tuuuu... Ketika berada di dalam IB, seating berpecah.... view kurang menarik... selagi tidak start show, aishah ashik dok snap photo je la, sampai terkeleh la leher kami yg kat depan ni....

Agak menarik teater ini, dimana mesej yg hendak disampai kan berkesan terutama kepada muda mudi zaman ini, ada unsur2 keinsafan, halal & haram, syurga & neraka, balasan2 di akhirat mengenai amalan2 kita di dunia. Dengan ini secara tidak langsung dapat menarik muda mudi utk meyaksikan. Teater ini mengisahkan tentang iblis yang bersumpah untuk bersahabat dengan manusia sejak memperdaya Nabi Adam sehingga baginda diturunkan ke bumi. Teater ini menarik sekurang-kurangnya dapat mengubat ‘penyakit’ muda-mudi sekarang yang mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan Islam tanpa mereka sedar. Misalnya kita tengok budaya Black Metal, Mereka terpengaruh melalui muzik, fesyen dan filem yang dipaparkan. Jika ‘penyakitnya’ datang daripada dunia seni, jadi ‘penawarnya’ juga adalah melalui seni. Kalau nak ajak mereka mendengar syarahan agama, mati hidup semula pun mereka tidak akan datang. Watak iblis yg dilakonkan oleh Azhan Rani amat berkesan sekali & dapat menghidupkan lagi persembahan teater ini.... "Kau.... kau tak solat yea....." Selain Nasha dan Fahrin, pelakon lain yang turut membintangi pementasan itu antaranya ialah Azizah Mahzan, Azhan Rani, Haerianto, Iqbal Mazlan, Anne Abdullah, Syammas dan Soosan Hoh. Penonton juga dihiburkan dengan nyanyian berunsur kerohanian dari penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Azlan Typewriter, Iqwal dan Wana.

Tanyangan teater ini lebih kurang 2jam itu sungguh memberi impak kepada kami... nasib la juga perut dah diisi sebelum... Kami selepas itu... menuju ke Restoran rasa Sayang di Jln Yap Kuang seng, utk lepak2 minum kopi... Kami mula beredar, dimana jam sudah menunjuk pukul 1pg, maklum la masing ada program yg lain keesokkannya .

No comments:

Post a Comment