Tuesday, March 16, 2010

ALL England


SYABAS....Keep it up. Pasti rakan2 tidak lepas peluang menonton siaran langsung ALL ENGLAND pada hari ahad 14hb Mac 2010.... — Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham tempoh hari, Ini merupakan ulang tahun kejohanan ALL Englang yg ke -100. Yang istimewanya anak didik Datuk Misbun Sidek tuuuu.
Kalau menonton badminton ini, dengan kita2 sekali ashik, coz badminton ni lain, tak leh lepas pandang walaupun 2minit, coz nanti ketinggalan...mana tak, ketika itu Chong Wei yang ketinggalan 0-4 pada awal permainan tidak berputus asa dan terus mengasak Tago untuk menang set pertama 21-19.




Jadi rakan2, set ke2 kena la menanti debarannya, kalau menang set ke2 ini, terjawab semua persoalan.....Pada set kedua, Tago, yang beraksi cemerlang, memaksa Chong Wei bekerja keras sebelum pemain nombor satu dunia itu dapat menundukkan lawannya dan memenangi perlawanan 21-19.

Dalam perlawan akhir acara beregu campuran, gandingan China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei menewaskan pasangan nombor dua dunia Nova Widianto-Liliyana Natsir dari Indonesia 21-18, 23-25, 21-18.

Kemenangan ini amat besar maknanya kepada negara kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, sebagai rakyat Malaysia kita patut sentiasa memelihara dan mengharumkan nama serta maruah negara, tidak kira dari apa jua bidang sama ada reka cipta, inovasi, sukan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya yang disertai untuk mewakili negara hendaklah dilakukan dengan semangat juang yang tinggi.

Kami sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan kemenangan ini & berharap kita mampu untuk mengharumkan & menguatkan keyakinan skuad badminton negara untuk melakar kejayaan berganda dalam kejohanan akan datang iaitu Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik 2012.

SYABAS !!!! SYABAS !!!!!

No comments:

Post a Comment