Sunday, March 7, 2010

Al-Fatihah

Setiap yg hidup pasti akan mati...6hb Mac 2010, Muhammad Ramzan Abd Rahman @ boy, anak lelaki tunggal Abg rahman 17 tahun kembali ke rahmatullah dengan tenangnya setelah lebih kurang 3 minggu terlantar di ICU Sunway Medical akibat penyakit meningitis.
Selasa 2 Mac- 11.00 malam
Kak Nie & Abg Rizal ke rumah Abg Rahman, kami berbual lama juga bersama Abg Rahman & Isteri, keputusan di tangan Abg Rahman sekeluarga...masih lagi berusaha apa yg teermampu utk kebaikan Boy.. Sekiranya perjalanan hidup boy sampai disini, Kita kena redha
Sabtu 6 Mac - 10.30pagi
Kak Nie mendapat phone call dari Abg Latiff mengenai keadaan boy, keputusan telah dibuat utk merelakan bantuan pernafasan boy di cabut. Kak Nie sempat inform Abg Rizal, Kami menuju terus ke hospital. Saat2 akhir Kami berkesempatan juga utk menziarah boy sebelum bantuan pernafasan di cabut, ketika itu kaki & tangan boy sudah kebiruan & sejuk, bila digosok tangannya masih lagi sejuk dan tidak bertukar haba, Wife Abg Rahman sungguh tabah..Kami dapat merasai betapa sayang sungguh Abg Rahman kepada anaknya, tidak mampu lagi rasanya utk melihat... ambil keputusan utk keluar dari bilik icu, cuba utk tidak menitis kan airmata, kami kena kuat agar Abg Rahman sekeluarga tabah menghadapinya.
Lebih kurang 1.40 tgh
Boy telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan Abg Rahman sekeluarga & juga kami.. Inalillahwainalillahhirajiun. Kami mendapat SMS dari Kak Nie, mengenai pemergian Boy. Kak Nie, Kak Na & Abg rizal pulang kerumah & bersiap2 utk menuju ke rumah Abg Rahman. Aishah,wa,yat,akma & khairul juga turut menziarahi.
4.00ptg
Kami berada di kediaman Abg Rahman, jenazah masih belum tiba, kira2 pukul 4.20 van jenazah sudah tiba hanya uyk seketika sahaja, kemudian Jenazah dibawa ke Surau Seksyen 24 utk dimandikan, kafan & solat. Ketika tiba, azan Asar berkumandang, Kami solat Asar dulu, lebih kurang pukul 5.30ptg jenazah telah selesai dimandikan, kafan & di sembayangkan.
6.00ptg
Kami berangkat ke kubur, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 S.Alam. Hujan turun dengan lebatnya.. Alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar. Kira2 pada pukul 7.20 selesai, kami pulang.. Malam nanti kami datang lagi utk majlis tahlil.
Allah lebih sayangkan dia, tidak sanggup lagi melihat dia tersiksa. Permergian Boy amat dirasai oleh kita semua, masih ingat ketika masih kecil lagi, Abg Rahman bawa tonton tgk perlawanan bola sepak di stadium Kelana Jaya, pejam celik... sudah besar Boy, dan hari ini dia telah meningalkan kita semua dgn 1000 kenangan. Semoga boy ditempatkan bersama2 org2 yg beriman, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah. Amin... yg pergi sudah tentu pergi, yg hidup kena teruskan hidup..

No comments:

Post a Comment