Wednesday, March 31, 2010

1 Halal 1 Malaysia



Kempen ini sedang giat dijalankan kini. Agak berat juga tajuk ini kan. Jangan ambil mudah, Kita makan untuk hidup & bukannya hidup utk makan. Dengan mempamerkan logo halal, mempunyai pekerja bertudung, menghiasi premis menggunakan ayat Al-quran & menggunakan nama melayu adalah antara taktik terkini menarik pelanggan terutama orang islam..contohnya kononnya kedai mamak tetapi bukan.. bagaimana yea..jika kita tengok cashier ke pekerja ke yg pakai gelang macam kain kuning or orange & di dahi bergaris putih... faham2 sendiri yea...


Pemakanan kita selalunya memberi kesan kepada hati..kesannya dibahagikan kepada 2 bahagian.. zahir & batin, secara batin makanan haram adalah berdosa hukumnya & ini sudah jelas di dalam islam, secara zahir, membawa kesan buruk kepada akhlak & sikap walaupun tiada kajian saintifik. Tapi ia akan menumbuhkan daging yg tidak baik dlm tubuh kita. Dalam islam maksud makanan halal jelas & kategori makanan haram juga jelas, sama juga hukumnya kepada makanan yang meragukan kerana setiap yg meragukan itu haram hukumnya. Jadi kita sebagai orang ISLAM...Walaupun gaya hidup kita moden dalam zaman ini... perlu la menitik berat perkara ini & juga berhati2 ketika memilih makanan jika di luar, kita wajib mengambil tahu makanan yg dimakan halal atau haram. Ingat rakan2 hanya Halal JAKIM sahaja yg diperakui oleh Kerajaan sebagai badan sah mengeluarkan sijil ni.

No comments:

Post a Comment