Assalamualaikum, Bila allah berkehendak nescaya tidak ada yg boleh menghalangi kehendaknya. Allah swt boleh melakukan apa sahaja, bila & di mana sahaja sepanjang dia mengkehendaki. Allah itu sungguh2 Maha Kuasa, Maha Pencipta & Maha segalanya.
Untuk Maklumat rakan2 semua, 11hb Mac 2010, Hasnita Samad kehilangan Atuk yg disayangi buat selama-lamanya, akibat penyakit tua. Jenazah berada di kampung (sabah).

Apabila sudah tiba masanya... kita akan dijemput tidak kira tua atau muda, segala amalan didunia, adalah bekalan kita utk di akhirat. Kita patut sedar bahawa itu adalah hakikat milik Allah yg akan kembali kepadanya. Semua yg ada di tangan kita adalah milik Allah, kita hanya boleh beriktiar dalam rangka pengabdian kepada-Nya.
Setiap yg hidup akan menemui kematian, orang yg sudah mati tidak akan kembali ke dunia untuk memperbaiki segala kesalahannya. Bila ajal sampai, kematian tidak dapat ditangguhkan. Tetutup pintu taubat bila ajal tiba. Persiapan amal ibadat sebelum menemui ajal. Terputus amal kecuali tiga perkara iaitu sedekah yg ikhlas, ilmu yg berguna & anak yg soleh.
Al- Fatihah, Semoga Roh ditempatkan bersama2 orang-orang yg beriman. Insyallah, Amin
No comments:
Post a Comment