Wednesday, March 31, 2010

1 Halal 1 Malaysia



Kempen ini sedang giat dijalankan kini. Agak berat juga tajuk ini kan. Jangan ambil mudah, Kita makan untuk hidup & bukannya hidup utk makan. Dengan mempamerkan logo halal, mempunyai pekerja bertudung, menghiasi premis menggunakan ayat Al-quran & menggunakan nama melayu adalah antara taktik terkini menarik pelanggan terutama orang islam..contohnya kononnya kedai mamak tetapi bukan.. bagaimana yea..jika kita tengok cashier ke pekerja ke yg pakai gelang macam kain kuning or orange & di dahi bergaris putih... faham2 sendiri yea...


Pemakanan kita selalunya memberi kesan kepada hati..kesannya dibahagikan kepada 2 bahagian.. zahir & batin, secara batin makanan haram adalah berdosa hukumnya & ini sudah jelas di dalam islam, secara zahir, membawa kesan buruk kepada akhlak & sikap walaupun tiada kajian saintifik. Tapi ia akan menumbuhkan daging yg tidak baik dlm tubuh kita. Dalam islam maksud makanan halal jelas & kategori makanan haram juga jelas, sama juga hukumnya kepada makanan yang meragukan kerana setiap yg meragukan itu haram hukumnya. Jadi kita sebagai orang ISLAM...Walaupun gaya hidup kita moden dalam zaman ini... perlu la menitik berat perkara ini & juga berhati2 ketika memilih makanan jika di luar, kita wajib mengambil tahu makanan yg dimakan halal atau haram. Ingat rakan2 hanya Halal JAKIM sahaja yg diperakui oleh Kerajaan sebagai badan sah mengeluarkan sijil ni.

Sunday, March 28, 2010

TahNiah

SeLAMat PengantiN Baru (Yg lelaki is adik Kak Nana)


Ahad 28hb Mac 2010, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada Adik Kak Nana,ini kira menantu perempuan dalam Keluarga KaK Nana, dorang 3 beradi je, yg Azril ni la bongsu & the only boy dalam family. Kali ni rombongan dari kami tidak ramai, ada yg balik kampung & dapat jemputan kenduri beberapa rumah, jadi yg mana sempat je la. Memandangkan Rumah Kak Nana dekat dgn Rumah Kak Nie, jadi Kak nie, Kak Bib, Kak Na & Abg Rizal seawal yg mungkin bertandang ke Rumah Kak Nana, kami jalan kali je. Maisng2 memang tengah lapar, maklum la, time lunch kan, apa lagi... sedap juga makanan yg dihidangkan... yg best tu ada papadom & bubur kacang hijau... yum yum yum.. Tahniah sekali lagi kepada kedua pempelai... selamat menjalani hidup bersama, duka & suka akan ditempuhi bersama, semoga allah mengrahmati kalian berdua. ..

Tuesday, March 16, 2010

WaLimatuL UruS


Assalamualaikum, kami mewakili Kak Nana, menjemput semua rakan2 ke Majlis Perkhawinan Adik Kak Nana :-
Azharil Abd Wahab
bersama Pasanganya
Zafirah MaT Adam
Pada Ahad 28hb Mac 2010, di No 27, Jalan PJS 4/21, Taman Indah Jaya, 46000 Petaling Jaya.
Bagi rakan2 yg tidak tahu dimana, rumah Kak Nana ni dekat dgn rumah Kak Nie, so jom kita konvoi ramai2, kita park kat rumah Kak Nie pastu kita rombongan jalan kaki ke sana. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan dapat lagi memeriahkan Majlis ini & diberkati Allah SWT.

ALL England


SYABAS....Keep it up. Pasti rakan2 tidak lepas peluang menonton siaran langsung ALL ENGLAND pada hari ahad 14hb Mac 2010.... — Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham tempoh hari, Ini merupakan ulang tahun kejohanan ALL Englang yg ke -100. Yang istimewanya anak didik Datuk Misbun Sidek tuuuu.
Kalau menonton badminton ini, dengan kita2 sekali ashik, coz badminton ni lain, tak leh lepas pandang walaupun 2minit, coz nanti ketinggalan...mana tak, ketika itu Chong Wei yang ketinggalan 0-4 pada awal permainan tidak berputus asa dan terus mengasak Tago untuk menang set pertama 21-19.




Jadi rakan2, set ke2 kena la menanti debarannya, kalau menang set ke2 ini, terjawab semua persoalan.....Pada set kedua, Tago, yang beraksi cemerlang, memaksa Chong Wei bekerja keras sebelum pemain nombor satu dunia itu dapat menundukkan lawannya dan memenangi perlawanan 21-19.

Dalam perlawan akhir acara beregu campuran, gandingan China, Zhang Nan dan Zhao Yunlei menewaskan pasangan nombor dua dunia Nova Widianto-Liliyana Natsir dari Indonesia 21-18, 23-25, 21-18.

Kemenangan ini amat besar maknanya kepada negara kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, sebagai rakyat Malaysia kita patut sentiasa memelihara dan mengharumkan nama serta maruah negara, tidak kira dari apa jua bidang sama ada reka cipta, inovasi, sukan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya yang disertai untuk mewakili negara hendaklah dilakukan dengan semangat juang yang tinggi.

Kami sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan kemenangan ini & berharap kita mampu untuk mengharumkan & menguatkan keyakinan skuad badminton negara untuk melakar kejayaan berganda dalam kejohanan akan datang iaitu Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik 2012.

SYABAS !!!! SYABAS !!!!!

Thursday, March 11, 2010

Bila ALLah Berkehendak

Assalamualaikum, Bila allah berkehendak nescaya tidak ada yg boleh menghalangi kehendaknya. Allah swt boleh melakukan apa sahaja, bila & di mana sahaja sepanjang dia mengkehendaki. Allah itu sungguh2 Maha Kuasa, Maha Pencipta & Maha segalanya.


Untuk Maklumat rakan2 semua, 11hb Mac 2010, Hasnita Samad kehilangan Atuk yg disayangi buat selama-lamanya, akibat penyakit tua. Jenazah berada di kampung (sabah).





Apabila sudah tiba masanya... kita akan dijemput tidak kira tua atau muda, segala amalan didunia, adalah bekalan kita utk di akhirat. Kita patut sedar bahawa itu adalah hakikat milik Allah yg akan kembali kepadanya. Semua yg ada di tangan kita adalah milik Allah, kita hanya boleh beriktiar dalam rangka pengabdian kepada-Nya.


Setiap yg hidup akan menemui kematian, orang yg sudah mati tidak akan kembali ke dunia untuk memperbaiki segala kesalahannya. Bila ajal sampai, kematian tidak dapat ditangguhkan. Tetutup pintu taubat bila ajal tiba. Persiapan amal ibadat sebelum menemui ajal. Terputus amal kecuali tiga perkara iaitu sedekah yg ikhlas, ilmu yg berguna & anak yg soleh.


Al- Fatihah, Semoga Roh ditempatkan bersama2 orang-orang yg beriman. Insyallah, Amin

Sunday, March 7, 2010

Al-Fatihah

Setiap yg hidup pasti akan mati...6hb Mac 2010, Muhammad Ramzan Abd Rahman @ boy, anak lelaki tunggal Abg rahman 17 tahun kembali ke rahmatullah dengan tenangnya setelah lebih kurang 3 minggu terlantar di ICU Sunway Medical akibat penyakit meningitis.
Selasa 2 Mac- 11.00 malam
Kak Nie & Abg Rizal ke rumah Abg Rahman, kami berbual lama juga bersama Abg Rahman & Isteri, keputusan di tangan Abg Rahman sekeluarga...masih lagi berusaha apa yg teermampu utk kebaikan Boy.. Sekiranya perjalanan hidup boy sampai disini, Kita kena redha
Sabtu 6 Mac - 10.30pagi
Kak Nie mendapat phone call dari Abg Latiff mengenai keadaan boy, keputusan telah dibuat utk merelakan bantuan pernafasan boy di cabut. Kak Nie sempat inform Abg Rizal, Kami menuju terus ke hospital. Saat2 akhir Kami berkesempatan juga utk menziarah boy sebelum bantuan pernafasan di cabut, ketika itu kaki & tangan boy sudah kebiruan & sejuk, bila digosok tangannya masih lagi sejuk dan tidak bertukar haba, Wife Abg Rahman sungguh tabah..Kami dapat merasai betapa sayang sungguh Abg Rahman kepada anaknya, tidak mampu lagi rasanya utk melihat... ambil keputusan utk keluar dari bilik icu, cuba utk tidak menitis kan airmata, kami kena kuat agar Abg Rahman sekeluarga tabah menghadapinya.
Lebih kurang 1.40 tgh
Boy telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan Abg Rahman sekeluarga & juga kami.. Inalillahwainalillahhirajiun. Kami mendapat SMS dari Kak Nie, mengenai pemergian Boy. Kak Nie, Kak Na & Abg rizal pulang kerumah & bersiap2 utk menuju ke rumah Abg Rahman. Aishah,wa,yat,akma & khairul juga turut menziarahi.
4.00ptg
Kami berada di kediaman Abg Rahman, jenazah masih belum tiba, kira2 pukul 4.20 van jenazah sudah tiba hanya uyk seketika sahaja, kemudian Jenazah dibawa ke Surau Seksyen 24 utk dimandikan, kafan & solat. Ketika tiba, azan Asar berkumandang, Kami solat Asar dulu, lebih kurang pukul 5.30ptg jenazah telah selesai dimandikan, kafan & di sembayangkan.
6.00ptg
Kami berangkat ke kubur, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 S.Alam. Hujan turun dengan lebatnya.. Alhamdullilah semuanya berjalan dgn lancar. Kira2 pada pukul 7.20 selesai, kami pulang.. Malam nanti kami datang lagi utk majlis tahlil.
Allah lebih sayangkan dia, tidak sanggup lagi melihat dia tersiksa. Permergian Boy amat dirasai oleh kita semua, masih ingat ketika masih kecil lagi, Abg Rahman bawa tonton tgk perlawanan bola sepak di stadium Kelana Jaya, pejam celik... sudah besar Boy, dan hari ini dia telah meningalkan kita semua dgn 1000 kenangan. Semoga boy ditempatkan bersama2 org2 yg beriman, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah. Amin... yg pergi sudah tentu pergi, yg hidup kena teruskan hidup..

Tuesday, March 2, 2010

Majlis PerKhawinan Anak Aunty Noorah


Ahad 28hb Februari 2010, Kami bincang dekat rumah Kak Nie nak pergi secara konvoi ke majlis ni. Kami plan pukul 1 tgh... heehe but terlambat, jadi tak bersaing dgn Abg Latiff sekali... Dekat kul 2ptg juga lak kami sampai, perut jgn cakap la, keroncong tak ingat punya... ABg latiff ada inform yg sesak dgn kereta, so kami ambil la keputusan parking jauh sikit, menapak le... dgn cuaca panas, tumit tinggi lagi.....masa kami berjalan ke dewan, ada la yg bercakap, nasi dah habis, kami apa lagi masing2 tgk muka masing2, mana tak perut dah lapar.. kami plan if makanan sudah abis, kami kena la makan kat kedai je nasi minyak hehehe... memang ramai betul... tapi
dlm dewan le... aircond kan itu yg ramai tuuuuu.....khemah yg kat belah luar tu masih ada kosong, jadi Wa, ita & aishah booked meja, yg lain beratur ambik makanan le....Lama gak kami bersantai... after that jom gerak... TaHNiah Aunty Noorah kerana dapat menantu lelaki pertama, anak sulung aunty Noorah rupanya. But Aunty Noorah ada lagi 2org puteri hehehe... Nasib la Aunty Noorah tak da putera, kalau tidak.... ...



Ini masa tengah boring menuggu Ita

Monday, March 1, 2010

MaJliS BacaaN YaSin & Doa SelaMat



Alhamdulillah, sempurna sudah majlis ini, semuanya berjalan dgn lancar...pada Sabtu 27hb Februari 2010, seawal pukul 9.30pg, kak Nie jemput kami, maklum la hari ini, kami adakan majlis baca yasin utk anak Abg Rahman "Boy" yg masih terlantar di Wad ICU SMC. Kami sedekahkan juga bacaan yasin ini kepada arwah2 yg kami sayangi. Kami membantu apa yg perlu sebagai seorg insan...kami berharap Allah makbulkan doa kami, agar Boy cepat sembuh... Doa & bacaan yasin juga merupakan salah satu penawar bagi setiap penyakit. Abg Rahman jangan putus harapan, selagi boleh usaha dengan cara apa sekali pun, insyallah kami akan membantu.


Majlis ini diadakan di Rumah Mak Kak Nie, kami membantu Kak Nah (yg menyediakan sedikit jamuan pada hari itu)... majlis bermula kira2 pukul 3.00ptg... Ustaz di kawasan rumah Kak Nie yg memimpin bacaan yasin kami semua, tersentuh juga hati kami bila doa dibacakan utk Boy... doa selamat juga diadakan utk puteri kami Siti Salamah...terima kasih juga kami ucapkan kepada Abg latiff, Kak Ida, Aunty mara yg sentiasa bersama2 kami & turut membantu. Kak Ida tidak dapat hadir, dia berada di Jakarta ketika itu, ada la juga rakan2 lain tidak dapat hadir juga. Rakan2 yg lain juga apa kurang nya... ringan tulang betul.. Abg Roy pun turut serta, Abg rizal uruskan ustaz & juga jemputan... Kami jemput juga Abg Rahman...Kami semua temankan abg rahman utk menjamah jamuan yg sedia ada...

Abg Latiff & Abg Rahman ni mcm lain2 office pulak, coz punya la bersembang hal office, ye la rakan2... Abg Rahman dah lama tak masuk office... jadi peluang yg ada ni digunakan sebaik mungkin.








Terima Kasih pada semua yg sudi hadir... termasuklah jiran2 yg berdekatan..hanya Allah yg dapat membalas jasa murni rakan2..


Kami bersama Abg LAtiff & Abg Rahman

Rajin-rajin belaka

Sebelum & Selepas

Sebelum... kami dinner dulu


Selepas, inilah rombongan kami


sebelum, pulang ke rumah

Di IsTAna BudayA

Nak Cita sikit ni, kawan2, masa kami menonton teater Antara, sebelum persembahan bermula, semua penonton diminta berdiri utk menyanyikan Lagu "Negara Ku"... rasanya if budak kecik pun tahu kan kena berdiri & tak perlu pun kita diinform utk berdiri... tetapikan, inilah 1st time rasanya.... jumpa manusia mcm ni, ada la seorg lelaki ni yg duduk berdepan dgn Ita, dia tidak berdiri utk menghormati lagu "Negara KU" dia boleh duduk dgn selambanya, sebelah dia tak tahu la isteri ke gf, puas la minta di berdiri, alih2 lelaki tu cakap sakit perut, alasan yg tidak munasab betul.... habis je lagu "Negara ku " di nyayikan, boleh lak dia peluk perempuan tu dgn selamba, bab tu tak sakit perut lak. Nasib la dalam IB tak boleh snap photo, if not terpampang la gambar dia kat sini....Sungguh tidak sopan & tiada semangat pratiotik lansung. Bagi kami kurang ajar sungguh lelaki itu...., malu la sikit, coz kadang2 bukan rakyat malaysia lagi pandai hidup bertamadun & menghormati.

lelaki yg berbaju hitam depan KAk BIb tu la


Sebagai rakyat malaysia kita patut rasa bangga & hormat bila lagu "Negara ku" dimainkan.

TeAter MuzikaL AnTaRa


Jumaat 26 Februari 2010, Kami menonton teater ANTARA, Kami berkumpul di Office abg latiff perjanjian berkumpul 6.30ptg, biasa la rakan2, nak menuggu sorang2 bukanya senang, tak dinafikan perkara lain semuanya ok, tapi...........bab time ni memang susah betul, itu yg ada peribahasa "JANJI MELAYU"... hemmmm kena tukar dah tak boleh macam ni lagi. Kadang2 bukan apa, bila berjanji kul 6.30ptg, maksudnya kena ada kat tempat yg nak berkumpul tu 6.30ptg, jangan la keluar rumah pukul 6.30 pulak, itu yg jadi lambat tu, bukan apa rakan2, kesian rakan2 yg lain dah menunggu, lagi pun "MASA itu EMAS" walaupun 10minit, macam2 kita boleh buat.

Kami memulakan perjalanan dari Kelana Jaya menuju ke IB lebih kurang 6.50ptg, ketika itu hujan lebat, tapi menurut kata Ita, KL tak hujan, kami sampai ke IB lebih kurang pukul 7.20mlm, kami dinner dulu takut jadi macam hari itu, perut masuk angin. Tiket jualan agak laris jugak, Ita cuba dapatkan tiket yg berpatutan, tapi...... huhuuuuu... fully booked, so kami dapat tiket tingkat 3, tinggi tuuuu... Ketika berada di dalam IB, seating berpecah.... view kurang menarik... selagi tidak start show, aishah ashik dok snap photo je la, sampai terkeleh la leher kami yg kat depan ni....

Agak menarik teater ini, dimana mesej yg hendak disampai kan berkesan terutama kepada muda mudi zaman ini, ada unsur2 keinsafan, halal & haram, syurga & neraka, balasan2 di akhirat mengenai amalan2 kita di dunia. Dengan ini secara tidak langsung dapat menarik muda mudi utk meyaksikan. Teater ini mengisahkan tentang iblis yang bersumpah untuk bersahabat dengan manusia sejak memperdaya Nabi Adam sehingga baginda diturunkan ke bumi. Teater ini menarik sekurang-kurangnya dapat mengubat ‘penyakit’ muda-mudi sekarang yang mudah terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan Islam tanpa mereka sedar. Misalnya kita tengok budaya Black Metal, Mereka terpengaruh melalui muzik, fesyen dan filem yang dipaparkan. Jika ‘penyakitnya’ datang daripada dunia seni, jadi ‘penawarnya’ juga adalah melalui seni. Kalau nak ajak mereka mendengar syarahan agama, mati hidup semula pun mereka tidak akan datang. Watak iblis yg dilakonkan oleh Azhan Rani amat berkesan sekali & dapat menghidupkan lagi persembahan teater ini.... "Kau.... kau tak solat yea....." Selain Nasha dan Fahrin, pelakon lain yang turut membintangi pementasan itu antaranya ialah Azizah Mahzan, Azhan Rani, Haerianto, Iqbal Mazlan, Anne Abdullah, Syammas dan Soosan Hoh. Penonton juga dihiburkan dengan nyanyian berunsur kerohanian dari penyanyi-penyanyi terkenal tanah air seperti Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Azlan Typewriter, Iqwal dan Wana.

Tanyangan teater ini lebih kurang 2jam itu sungguh memberi impak kepada kami... nasib la juga perut dah diisi sebelum... Kami selepas itu... menuju ke Restoran rasa Sayang di Jln Yap Kuang seng, utk lepak2 minum kopi... Kami mula beredar, dimana jam sudah menunjuk pukul 1pg, maklum la masing ada program yg lain keesokkannya .