Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010


Salam 1 Malaysia, Alhamdullillah genap la sudah kita mengharungi tahun 2009, berbagai rintangan yg sudah kita tempuh ada yg duka, suka & segala-galanya. Apa yg dah berlaku, biarlah ia menjadi satu memori yg kita tidak boleh buang, hanya mampu utk di kenang, mahupun yg manis atau pahit, tetapi bukan sebagai memori yg buat kita rebah. Pengalaman mengajar kita erti hidup. Apa yg sudah berlaku biarkan ia berlalu, apabila kita bangun dari tidur, kita fikirkan apa yg akan berlaku utk hari ini & yg pasti kita gunakan lah hari ini sebaik yg mungkin kerana ia tidak akan berulang kembali kerana esok merupakan hari baru utk kita & seterusnya. Syukur & alhamdullilah kita masih dapat menikmati hidup yg selesa di negara yg aman & makmur, walaupun ada jenayah2 yg kita baca, tonton & dengar melalui akhbar & television. Kita masih boleh menikmati teh tarik di kedai2 tepi jalan dengan bebasnya tanpa rasa takut diancam cuma perlu berhati2 dengan penyeluk saku. Kita masih mampu mencari rezeki & masih mampu hidup utk mendapat makanan. So rakan2, kami mengambil kesempatan ini utk mengucapkan HAPPY NEW YEAR 2010. Hopefully tahun baru ini akan lebih bermakna utk kita semua, yg jauh kita dekat-dekatkan, yg keruh kita jernihkan & sekiranya apa yg dihajati tidak kesampaian pada tahun 2009, jadi kita pastikan ia menjadi kenyataan pada tahun 2010 Insyallah. sebelum itu, renung-renungkan lah kata-kata ini sebagai pedoman utk kita. " Allah sentiasa melindungi org2 yg dianiaya & teraniaya. Bukan siapa yg berkata tetapi apa yg dikatakan.

Wednesday, December 30, 2009

Imbasan penghujung 2009 - Part 2


Al-Fatihah utk mangsa yg terkorban & Condolence. Sabtu 26hb Disember, Tragedi Bas Express Sani, yg meragut 10 nyawa di KM 280.3 Lebuh raya utara. Pemandu nya mengaku terlelap. Kenapa yea, setiap kali musim perayaan @ cuti panjang pasti ada saja berita yg tidak sedap didengar. Kadang2 bila kita sendiri memandu berhati2 tetapi, org lain pulak hentam kita. Apa yg perlu lagi kita buat utk mengelak semua ini, apa yg pasti semua pemandu2 di Malaysia kena prihatin & banyak2 bersabar. Sentiasa beringat apabila berada di jalan raya, nyawa penumpang & nyawa kita sendiri perlu diutamakan. Jalan raya bukan kita punya seorg tetapi utk semua. Kalau tidak benarkan Bas2 Express berkhidmat waktu malam, susah juga bagi kita semua yg cuma ada masa terluang malam hari selepas waktu berkerja, jika hendak ke Pulau Langkawi, memang selesa pada waktu malam, kerana apabila tiba di Jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah, keesokan harinya, di mana feri mula berkhidmat pada pukul 6pg hingga 6ptg...Pemandu2 bas pun kadang2 kelajuan semacam je.... Apa yg pasti kalau kita semua ada sifat bertolak ansur & prihatin, apa org kata sopan santun. Takan lari gunung di kejar, apa pandangan rakan2.... walaupun telah ada kempen kesedaran dijalan raya malah kejadian kemalangan tidak dapat dielakkan. Berharap semua pengguna jalan raya sentiasa berasa bertanggungjawab bila tangan sudah memegang stering kereta,bas, lori & sebagainya. Dapatkan rehat yg cukup & penumpang2 jgn biarkan pemandu hanya memandu seorg, kalau boleh jadilah teman utk berbicara.... tak salahkan... korban beberapa jam utk keselamatan semua... bila dah tiba di destinasi yg dituju, tido lah sepuas2nya. Cuba tanamkan sifat, jangan hangat2 tahi ayam..... esk lusa... tragedi ini lupa begitu sahaja. Berharap, masyarakat jangan meletakkan semua kesalahan itu kepada pemandu sahaja kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir. Maka Kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Imbasan penghujung 2009 - part 1

Salam semua, bersua kembali setelah sepi tanpa berita. Macam2 berlaku sebelum penutup tahun 2009.



1. VIENTIANE, Loas 2009- Malaysia boleh.. tahniah pada wira2 malaysia yg berjaya membawa pulang pingat Gangsa, Perak & Emas.


Ketika rakyat islam di malaysia menyambut Awal muharam, menunaikan solat sunat & doa awal & akhir tahun, Ketika itu la skuad bola sepak malaysia berentap. Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia. Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional. Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

TINJU berjaya menghadiahkan satu pingat emas menerusi Muhamad Farkhan Haron



DANIEL mendominasi acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu dan membantu pasukan renang menyumbangkan sembilan emas.


Buat wira2 malaysia teruskan perjuangan untuk menghadapi Sukan Sea 2011 yg akan di adakan di Indonesia, kapan ketemu lagi ya. Tingkatkan prestasi, 1 Pasukan, 1 Suara, 1 Sokongan, 1 sorakan, 1 laungan & 1 MALAYSIA

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.


Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Barang siapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.


2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.


3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali


4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 Disember 2009)


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"


9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala" Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca "hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala" fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Sunday, December 13, 2009

Aktiviti Futsal

Bersua kembali.. Jumaat 11hb Disember 2009, bertempat di Extreem Park Sunway, kami berkumpul utk aktiviti beriadah mlm hari. Aishah keluarkan sms pukul 8.30mlm, futsal start 9mlm, tapi biasa la rakan2... time management is totally out

9:00 malam
Sambil2 bersembang menanti rakan2 lain yg hadir.

9:30 malam
Yg mana turn up, kami nak start dulu.... bersiap sedia utk riadah...



9:35 malam
Nak kumpul masing2 masuk dlm court bukannya senang.. lom warm up lg.. kami start warm up dulu, Mk kendalikan, Abg latiff & pemuda pun turut serta. Kami nak mula game ni, sebelum tu kena la bahagi team kwn2, mix dgn the boys... Lama la gak game pertama kami ni... lupa lak nak minta tlg sapa2 jaga time... Masing2 dah lama tak bersukan jadi tak da stamina la kami ni... game pertama... tak silap 4 berbalas 2 gol... sapa sangka kak bib berjaya tembus 1 gol.. kak ita pula bagus jadi defender.. Abg latiff gol keeper.. Kak Nie mana ya... oooo dia boleh tahan la gak dok standby kat gol pihak lawan.. wafi pulak... tak sah kalau main sport tak jatuh... sehati berdansa betul la dia ni... hehehe... Kak Na pulak bagus juga rebut bola rupanya, aishah lmbt.. biasa la menjalankan tugas su pu3 caw... pastikan makanan & minuman disediakan, nasi lemak & 100plus/mineral... after dia smp mana boleh duduk je, join terus game. Kesian lak Kak lin kushairi.. nak main tapi anak dia tak bagi... so menonton je la yea, Kak Niza pun tak main gak... tak pa next time main yea... bagi meriahkan suasana... tak kisah la tau main ke tidak, yg janji kita enjoy



10:05 malam
Kami break sekejap... pancit tu.. ye lah 2 3 bulan sekali baru keluar tenaga, but the boys teruskan permainan... drg main sesama drg, but tak cukup team so... janice & aishah join drg... Kami yg berehat2 ni... apa lagi isi perut dgn Nasi Lemak... sedapnya..tapi sambal pedas... mcm la nak ada stamina yea... sekali makan bukan nya ringan2... berat tu.....




10:35 malam
Kami pulak nak main... ok standyby boys, keluar dari court. Kami pinjam pulak 2org from the boys.. utk jadi gol keeper.. Mail & Abg latiff msk gelangang... Kali ni semua main, termasuk la Azizah (dgn bkn pakai kasut sukan), moi (berseluar jeans) & Kak Lin (husband dia dtg so blh la tgk anak2). Team Kak Nie (Abg Latiff, Moi, Azizah, Wafi, Bib) & Kak Ita ( Mail, aishah, Kak Na, lin, Janice) Tak ingat lak sapa yg menang.. 2 1 tak silap... tak pa janji semua seronok.




10:50 malam
Game over.... rehat...... Oh yea bila setiap kali time kami break... anak2 la pulak yg take over the court. We have a great time together.. sesi bergambar tak lupa yea... mmmm Abg Yan yg bertugas, maka jadi la gambar2 yg tak serupa bikin.


11:00 malam
Kami selesai sudah aktiviti futsal kami, rasanya sebulan sekali kami akan buat acara sukan, tak kiralah sukan apa pun, yg penting kami dapat berkumpul ramai2. Kami ucapkan Terima Kasih kepada Abg latiff yg sponsor court kami, tak lupa juga kepada Abg Alfian & pu3 yg menaja makan & minum kami pada malam itu. Terima Kasih juga pada semua rakan2 yg hadir & membantu secara langsung & tidak langsung utk menjayakan aktiviti ini. Sampai kita jumpa lagi di aktiviti yg akan datang.




* After game sempat lagi Kak Nie panggil biro politik kami & some of the AJK to seat down di Kedai mamak utk berbincang prg akan dtg. Semua nya sudah dibincangkan utk prg seterusnya... tungguuu........

Thursday, December 10, 2009

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


Jumaat 11 Disember 2009, merupakan cuti umum utk Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-64. Semoga Tuanku sentiasa dilindungi & dilimpah rahmat hendaknya. Amin.
Pada tahun ini, sambutan agar hambar, dimana tidak kelihatan banner atau kain rentang di kawasan Petaling Jaya yg selalunya dipasang agak awal 2 atau 3 hari sebelum bagi mengalu-alukan sambutan ini, bagaimana di kawasan rakan2 yg menetap di shah alam, klang dan sebagainya ??? Seolah-olah Hari Keputeraan Sultan Selangor bukan acara besar bagi penduduk di negeri ini. Hari Keputeraan Sultan Selangor sebelum ini disambut dengan meriah dengan persiapan & pelbagai acara. Ini kerana Sultan Selangor sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal ehwal rakyat. Sewajarnya sambutan dibuat dengan meriah bagi menghormati dan menyanjungi sikap terpuji Sultan bagi tahun ini & tahun seterusnya.

Sempena sambutan tahun ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan merasmikan Masjid Bandar Klang pada Jumaat ini, diikuti Istiadat Penyampaian Anugerah dan Pingat Kebesaran di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu manakala Ahad akan diadakan jamuan rakyat di perkarangan Istana Klang.
Bagaimana Kerajaan negeri selangor hendak menjaga hati rakyat selangor sedangkan hati Sultan sendiri tidak tahu dijaga. Mungkin kerajaan Negeri Selangor terlepas pandang & tidak peka.

DAULAT TUANKU

Wednesday, December 9, 2009

Useful Info

Oraits kawan2 bagi yg tak tahu kat mana Extreme park, boleh la refer map ini yea

Futsal


11hb Disember 2009, Jumaat ni, Jom ramai2 kita main futsal... pemuda & aunty2 pun sekali ok.... Di Extreme Park Sunway, pukul 8.30malam, jgn lambat rakan2, Lama dah tak main futsal..... hemmmm masih ada stamina ke... tak pa la.. kita suka2 yea... semua join ok... main gak walaupun 5minit ok...bagi mengeratkan lagi pertalian, yg jauh kita rapat2kan.. yg dekat kita mesra2kan.. jangan lupa lak pakai baju sukan.Jumpa di sana yaaa... rakan2 yg lain if nak join, kami mengalu-alukan.

Saturday, December 5, 2009

Search di awan Biru

1hb Ogos 2009, Lama dah ni... maaf rakan2 baru jumpa gambar ni, itu yg update... jgn marah yea... Kami ada la dlm 7org meyaksikan konsert Seach ni... last minute ada yg tak dpt hadir, so apa lagi Kak Nie pun ajak la any of us to join.... sian moi tak dapat join, lain kali if tukar no hp inform ok..... seawal 6.30ptg kami dah konvoi, susah nak cari parking, so lebih baik konvoi... jauh betul kami park, tapi kerana amy search kami gagahkan juga... Kak Ija boleh lak nak pakai kasut tinggi... ingat ni konsert dlm ballroom ke hehehe... nasib dlm Keta Kak Nie ada sandal... so tukar la yea... Konsert tidak memuaskan coz sound system tak sedap di dengar, but layan je... Wa & ecah rupa2 nya rockers gak... Kni, dedek & hafiz tak sangup redah kat grand stand kalau ikut tiket kami le... drg duduk jauh je, kami semua apa lg kalau boleh berdepan dgn amy search lagi best,

Kak Nie & ija balik dulu, coz tak rock rupanya drg ni, So yg lain wait sampai abis le....Kami Pulang dengan Kak zizah...Pesan Kak Nie jgn balik lambat coz esk pg program Roti heheeh

Thursday, December 3, 2009

The End....


Sikit lagi.....

Dalam IB

Kami sempat gak take photo dalam IB tu.. masa time break. Kesian Kak Zeti... agaknya perut dia masuk angin.. so dia rest kat surau je, bila dah abis teater kami text dia. Kami terus gerak balik PJ, ye la masing2 nak kerja keesokkan harinya. Tapi perut mesti di isi gak... Ada yg dah balik & tak join minum2 malam tu. Ada antara kami... 1st time meyaksikan teater.. pengalaman tuu.. apa2 we have a great time... oh ya lupa lak... Kak Ita you look so sweet with baju kurung hehehe...

Makan Time.. Wa & Kak Linda (ahli baru)

Wednesday, December 2, 2009

Teater Natrah


Gambar rombongan ahli2 pu3 sek 20 selatan bersama rakan2 pu3 dari cawangan yang lain. Turut bersama adalah kak Ida Rahayu Dato Md Noor. TQ kak ida...



30 hb nov 2009 - Pu3 seksyen 20 selatan bersama2 beberapa rakan pu3 dari cawangan lain ( 20 org ) telah berkonvoi beramai2 untuk menyaksikan malam gala teater 'NATRAH' yang diarahkan oleh ERMA FATIMA di ISTANA BUDAYA. Dek kerana terpaksa meredah jem di sepanjang perjalanan kami terlewat sikit tiba di IB. Maklumlah ada antara kami kerja jauh sikit jd nak mengumpulkan semua org bukannya mudah lebih2 lg bila ramai yg tak begitu arif dgn jln di kuala lumpur ni.

Mujur juga Kak Lin & zulaiha bermurah hati menumpangkan kereta utk adik2 pu3 yg tak ada kenderaan ke sana.
Seperti biasa ketua rombangan tak lain tak bukan tentulah Kak Nie yg merupakan Ketua Pu3 caw sek 20 selatan merangkap Naib Kpu3 Bhg PJU. Kecohlah mulutnya untuk memastikan anak2 buah semua selamat sampai ke IB.... sampai kat area Istana Budaya dah pukul 8 mlm. tak dapat la nak dinner dulu... tapi Kak Nie selalu ada je bekal dalam handbag dia... biskut yg di share... teringat lak masa p bandung, kak Nie bawa maggi, biskut, air epal & orange.. kami perli juga... tapi rupa2 nya berguna juga heheeh... kami yg tukang menghabiskan stock brg runcit Kak Nie, berbalik teater Natrah... rasanya bagi yg lom tonton, cuba la luangkan masa utk menonton... agak menarik kisah Natrah ni..

Natrah ,merupakan peristiwa sebenar yg berlaku semasa perang Dunia ke2. Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya kerana ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah. Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada di Chukai, Terengganu, ketika itu Natrah berusia 13 tahun. Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Singapura. Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.


Meskipun garapan teater NATRAH ini terlalu perlahan, tetapi isu dan mesej yang cuba dikupas oleh ERMA berjaya disampaikan dengan baik. Masih ramai yang menganggap isu murtad ini merupakan isu yang kecil berbanding isu politik, peperangan dsb. tetapi jika isu ini tidak ditangani dengan bijak masyarakat kita akan berdepan dgn penyakit akhlak yang sukar untuk diubati. Marilah kita sama2 berdoa agar hati dan iman kita sentiasa berpegang teguh dan kuat biarpun bertempur dgn pelbagai rintangan dan cubaan seperti apa yang dialami oleh Natrah kerana " Sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"... Aminnn!!

Pementasan Teater NATRAH yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangi oleh Maya Karim, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubert dan ramai lagi.

Bila dah satu kepala.... maka jadi la.......


banyak kepala heeee.........

baru lepas breakfast


mirror mirror .. who's shoe & leg most beautiful... me me ...

Suka suki