Monday, April 18, 2011

AL-FATIHAH


Salam takziah kepada Kak Laini sekeluarga atas pemergian Ayahda (Arwah Abd Rahim) tercinta pada Hari Sabtu yang lalu daripada kami PU3 Cawangan Seksyen 20 Selatan dan Ketua Cawangan Seksyen 20 Selatan Semoga rohnya di cucuri rahmat...Al-Fatihah

Wednesday, April 6, 2011

Persidangan UMNO Cawangan SEKSYEN 20 SELATAN

Barisan Kepimpinan Cawangan, Ketua Puteri, Ketua Wanita, Pemangku Ketua Pemuda, Ketua Caw, Pengerusi Tetap, Setiusaha Caw & Wakil Bahagian ini la orang kuat...kerja,makan & etc :P

Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada Ahad,27 Mac 2011 bertempat di De Palma & Conference Center 15th Floor Menara PKNS dengan jayanya. Sms sudah di keluarkan & juga disertakan email bagi notis Persidangan. Ada juga yg tersentuh hati sebak bila membaca email Ketua puteri & ada juga yg terasa hati. Nama pun berjawatankan, tak salah jika setahun sekali kita hadir bagi menunaikan tanggungjawab kita. Ok la tu rakan-rakan, teater, aktiviti yg hanya bayar setakat tak sampai 50% pun..dan macam2 lagi la...renung-renungkan bersama. Sometimes in life kita kena ada give & take...Bila tiba hari persidangan hati kami kerisauan kerana bimbang ahli Puteri cawangan tidak cukup korum untuk bersidang, tetapi sangkaan kami meleset di mana selepas sesi mendaftar diri ahli puteri UMNO cawangan telah mencukupi seramai 14 orang….Alhamdulillah…syukur..berbalik kepada yg maha esa, jika betul cara kita & ikhlas insyallah ALLAh sentiasa bersama kita. Kami tidak mengambil banyak masa apabila memastikan ahli kami cukup korum kami terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli baru…Kak Nie telah mendapat persetujuan semua ahli untuk menjadi pengerusi sementara


menggantikan Kak Haniza selaku Pengerusi Tetap yang tidak dapat hadir…terdapat beberapa perubahan dimana Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan adalah perwakilan automatik yang perlu hadir , Nur Hafizah dan Siti Salamah telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian tetapi 2 orang wakil ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pula bagi sesiapa penama yang ingin menjadi wakil hendaklah mendaftar diri di Bahagian dan telah menjadi ahli umno selama 3tahun. 20 minit sahaja persidangan kami selesai…dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan “ Terima Kasih kerana sudi hadir walaupun saat-saat akhir dan beliau berharap agar lebih banyak mengadakan aktiviti untuk menarik perhatian ahli baru kerana kami diatas ini dan beberapa org ahli akan menamatkan term sebagai puteri UMNO, berharap selepas ini lebih baik dari kami ”…selepas persidangan cawangan selesai ada acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Penaung Singgah sini Kak Ida, Ketua caw, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan. Kami juga dihidangkan dengan tayangan video pendakian ke Gunung Datuk serta sedikit hidangan hi tea…persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehigga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun & maaf sekiranya ada kekurangan & salah silap kami sebelum & selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...punya la lupa, tahun ni kami tak bergroup photo





Kita tengok sapa yg kena...

Friday, March 18, 2011

Notis Persidangan

Ahli-ahli Pergerakan Puteri
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.

Assalamualaikum w.b.k.

Saudari,

PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2011.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2011 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Mac 2011 bersamaan 22 R.Akhir 1432H
Masa : 2.00 Petang
Tempat : DE PALMA SEMINAR & CONFERENCE CENTRE
15th Floor, Menara PKNS, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
.

Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.

Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, jika HADIR / TIDAK HADIR.

Sekian, terima kasih.


“GENERASI WANITA PRIHATIN”

Sunday, February 13, 2011

Best Moment

kita makan dulu.. $$ siapa lom bayar lagi peyertaan...tq abe...heheh

ustaz rizal membacakan doa selamat sebelum kami berangkat...Amin..sementara nak tunggu lunch... nak tengok Le Tour Di langkawi ni....

ooooo Tiger...ooops silap la... testing testing
ooo zoom... beng beng...argggg....

alamak tak sangka lak..dorang buat semua ni untuk ikatan kasih...ini cara kami hehehe
adoiii.... abe kalah la kita...itu la kau tengok gorup 1..panjang dah tu...

lapar....hujan... lepas main game dalam ujan... perut macam dah bunyi...

mewah makan kami ni...rasa nya empat kali makan ooooo... apa-apa pun makan kampung best...then kami lak sentiasa nak makan je.. e2 sebab tak dapat mendaki kot... ye la makan terlebih hisssshhh
alaahhh.... cuba la teka...den pening kepala ni nak pikir heheheh

yang pasti semua dapat hadiah & juara...
Buang jawatan, buang pangkat... kami berkumpul untuk jadi 1...everyone equal...kami konvoi, main telematch..makan, tido, mandi..celebrate birthday..semua ada tugas masing2 dan semuanya terlibat untuk menjayakanya...peach..nak tengok gambar lagi...dekat album yea...

Pendakian ke Gunung Datok

inilah peserta yg mengikuti aktiviti ke gunung datuk
Tahun 2011 program pertama kami..mendaki tau. Dimana? Kali ni gi Gunung Datok. 30hb Januari 2011. kami berkumpul di umah kak ani. jam 9pg. Ermm..nmpk menyelerakan breakfast yg disediakan oleh kak ani. Mee hoon & kueh-mueh, siap ada yg menambah. Lepas penerangan ringkas dari kak ani tentang pendakian & program, bacaan doa. tepat jam 10.30 pg kitaorg betolak..sonok nyer tak sabar nihh.

Walaupun konvoi tidak menjadi tapi kami tetap sampai ke tempat yg dituju. Alhamdullilah semua berjalan lancar. lepas kami berkemas..aduh perut dah keroncong, nasib makanan tengahari dah sedia. apa lagi lauk mesti la orang negori.. masak lemak cili api la..Roy makan punya la tak nampak kiri kanan dah..sehingga menjilat jari di buat nya..tepat 1.30ptg. Dalam pukul 3ptg, time nak telematch ujan plak, walaupun renyai2 program tetap dijalankan..hehehe..paling best telematch 'Ozoom', macam2 aksi, sampai nak pecah perut gelak..game ikatan kasih pulak sepatutnya lain...tapi ini acara kami kan...jadi cara game kami la... apa yg ada...keluar kan je... time ni hehehh group 1 menang, group kak nie la..nasib la ada beg Kak na [jadi mangsa la yea] ermmm tapi waktu amat cemburu tanpa sedar dah nak masuk waktu senja. jadi pulang masuk ke tempat beradu masing-masing... Kitaorg bekumpul semula tepat jam 8..ada BBQ huhh dah terliur ni tak sabar nak makan. Tak sangka kami Abg Latiff sudi join kami... sungguh pantas betul plan kami ni, dalam sekelip mata dah plan bila tahu Abg latiff nak join bersama kami malam itu...Seperti biasa program kami sentiasa penuh...maklum la semua dengan idea2 yg berbagai2...mlm tu kitaorg buat games kotak beracun, huhu sekali kena Abg latif terpaksalah dia kena denda nasib ketua cawangan sporting..lepas tu kitaorg tukar2 hadiah yg dibawa. nak tau kitaorg ada surprise program, nak tau program ape? jeng, jeng, jeng..Besday kek utk ketua cawangan (abg latif). lebih kurang kul 11mlm kami beredar ke bilik masing2..kenalah tido awal kan, tak sabar ni nak mendaki sok, harap2 ujan bentilah..
Da pagi tapi hujan still lagi lebat & tak berhenti, huhhh..apa2 pun kita makan dulu, perut da bunyi. lepas buat warm up pihak pengajur bagitau tetap tak boleh nak teruskan expedisi kerana if jadi apa2 risiko tanggung sendiri. alamak...hampa, sedih, kecewa semua ada. but its ok ada hikmah kot dgn apa yg jd..so kitaorg redha je. lepas mkn tegahari penyampaian sijil tetap diadakan utk menghargai para peserta... biasa la yea, if tidak mendaki...pun mana ada orang tau kan, kerana sijil still dapat...

Jam 2.30ptg kami bersurai & balik dengan keta masing2, da tak da konvoi dah..cadangan 5hb march ni, harap2 dapat la kitaorg memenuhi impian menakluki Gunung Datuk..tunguuuu tau, kami datang...pasti ada yg tidak mendaki kan..heheh maklum la dah dapat sijil

Friday, January 28, 2011

Jom Mendaki Gunung Datuk Negeri Sembilan


Ini lah program kami seterusnya... esok Sabtu 29 Januari 2011 kami akan berkonvoi dari rumah Kak Nie, kami breakfast dulu.. baru gerak ke destinasi yang hendak di tuju. Kami bermalam di sana dan ahad pagi baru kami mendaki...Doa kan kami agar selamat dari segala segi..nantikan cerita kami seterusnya yea..bila dah sampai sana baru la kami boleh cerita..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Menyambut Tahun 2011


Salam 1 Malaysia, ooppsss Selangor boleh ke... Bagi kami boleh je...

KAmi ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, mudahan Allah permudahkan perjalanan hidup kita. 2010 kita tinggalkan dengan seribu kenangan suka,duka, pahit & manis dan segalanya.. fajar 2011 tiba... harapanagar sinar tetap memancar dan jangan berputus asa, kuatkan semangat & cekalkan hati.

Thursday, December 23, 2010

Jemputan Majlis Perkhawinan


Assalamualikum,

Aunty asmara menjemput rakan-rakan ke Majlis Persandingan Anak Adiknya Azizah Mat Dom pada 25 Disember 2010, 8.00 Malam di Kampung Pengantin Kuala Lumpur jalan Usahawan 3/23A Off Jln Genting Klang KL.

Friday, December 17, 2010

Jom Santai


Bersama Keluarga & rakan2 di Majlis Pelancaran Santai TV (Mobile TV - Anak Syarikat Eurofine) pada Sabtu 18hb Disember 2010 di Berjaya Times Square @ 3ptg. Artis yg akan bersama :- Dafi, Arash, Raja Lawak, Ann Abdullah, Fezrol Khan, Man Kidal dan ramai lagi.


Juga mencari bakat-bakat baru utk pelakon, pengacara, ikon Fatman/Fatwoman, scripwriter. Ujibakat bermula Jam 10pagi.

Hadirlah beramai2 MUNGKIN anda yang di CARi

Sunday, December 5, 2010

Sudah Kembali

Salam, lama sudah kami tidak blogging, pasti rakan2 di luar sana menanti perkembangan kami. Allhamdulillah Abg LAtiff & isteri selamat kembali ke tanah air. Dengan pakatan bersama Nurul, maka jadi la kejutan lawatan ke Kediaman KC kami... tapi hidangan kejutan..rupanya lagi mengejutkan kami :)

Kami teruja mendengar pengalaman mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah sambil dihidangkan dengan air ZAM ZAM, kurma, kismiss dan sebagainya. Bayangkan lah, berjuta-juta manusia berkumpul bagi menunaikan Rukun Islam Ke 5. Bila mendengar, hati juga teringin untuk kesana. Bak kata Abg Latiff, Sementara usia masih muda, kudrat masih kuat, kemampuan & rezeki ada tunaikan la Rukun Islam yg ke5 ini.

Bila KC tidak ada, maka kami pun senyap la seketika, bukan tak nak, tapi masing2 tidak ada moodnya.. KC kami masih bertanyakan aktiviti apa yg kami akan lakukan, Dunia Politik masih dihatinya rupanya. Perjuangan masih belum selesai. Mungkinkah kerana Perjuangan orang dulu berbeza. Politik Dulu & Sekarang berbeza? Mungkin kah ketika beliau bergiat dalam dunia politik, membuatkan beliau masih sayangkan Parti UMNO itu sendiri.. dimana perjuangan dulu, mempertahankan Hak-hak orang melayu, merdeka kan orang melayu dari apa segala segi, bersatu demi Agama & Bangsa. Mempertingkatkan ekonomi dan sebagainya. Adakah beza dengan Politik sekarang. Kerana inilah kami sentiasa di pimpin oleh KC dan lain-lain untuk terus berjuang dan sentiasa dibelakang kami bila kami rebah.

Tahun akan berubah tidak lama lagi, 2011 akan muncul, ayuh la rakan-rakan bersama-sama kami untuk merangkakan aktiviti-aktiviti akan datang. Sumbangan tenaga, idea & berbagai-bagai lagi amat diperlukan kan dan dialu-alukan. Jangan tanya apa yg UMNO beri kepada kita..Apa yg kita beri kepada UMNO. Sampai ketemu lagi untuk aktiviti yg akan dijalankan. Insyallah, terima kasih kepada keluarga Abg Latiff kerana sudi menerima kunjungan kami dan terima kasih diatas cenderahati dari Mekah untuk kami semua.