Sunday, December 5, 2010

Sudah Kembali

Salam, lama sudah kami tidak blogging, pasti rakan2 di luar sana menanti perkembangan kami. Allhamdulillah Abg LAtiff & isteri selamat kembali ke tanah air. Dengan pakatan bersama Nurul, maka jadi la kejutan lawatan ke Kediaman KC kami... tapi hidangan kejutan..rupanya lagi mengejutkan kami :)

Kami teruja mendengar pengalaman mereka ketika berada di Tanah Suci Mekah sambil dihidangkan dengan air ZAM ZAM, kurma, kismiss dan sebagainya. Bayangkan lah, berjuta-juta manusia berkumpul bagi menunaikan Rukun Islam Ke 5. Bila mendengar, hati juga teringin untuk kesana. Bak kata Abg Latiff, Sementara usia masih muda, kudrat masih kuat, kemampuan & rezeki ada tunaikan la Rukun Islam yg ke5 ini.

Bila KC tidak ada, maka kami pun senyap la seketika, bukan tak nak, tapi masing2 tidak ada moodnya.. KC kami masih bertanyakan aktiviti apa yg kami akan lakukan, Dunia Politik masih dihatinya rupanya. Perjuangan masih belum selesai. Mungkinkah kerana Perjuangan orang dulu berbeza. Politik Dulu & Sekarang berbeza? Mungkin kah ketika beliau bergiat dalam dunia politik, membuatkan beliau masih sayangkan Parti UMNO itu sendiri.. dimana perjuangan dulu, mempertahankan Hak-hak orang melayu, merdeka kan orang melayu dari apa segala segi, bersatu demi Agama & Bangsa. Mempertingkatkan ekonomi dan sebagainya. Adakah beza dengan Politik sekarang. Kerana inilah kami sentiasa di pimpin oleh KC dan lain-lain untuk terus berjuang dan sentiasa dibelakang kami bila kami rebah.

Tahun akan berubah tidak lama lagi, 2011 akan muncul, ayuh la rakan-rakan bersama-sama kami untuk merangkakan aktiviti-aktiviti akan datang. Sumbangan tenaga, idea & berbagai-bagai lagi amat diperlukan kan dan dialu-alukan. Jangan tanya apa yg UMNO beri kepada kita..Apa yg kita beri kepada UMNO. Sampai ketemu lagi untuk aktiviti yg akan dijalankan. Insyallah, terima kasih kepada keluarga Abg Latiff kerana sudi menerima kunjungan kami dan terima kasih diatas cenderahati dari Mekah untuk kami semua.

No comments:

Post a Comment