Sunday, February 13, 2011

Pendakian ke Gunung Datok

inilah peserta yg mengikuti aktiviti ke gunung datuk
Tahun 2011 program pertama kami..mendaki tau. Dimana? Kali ni gi Gunung Datok. 30hb Januari 2011. kami berkumpul di umah kak ani. jam 9pg. Ermm..nmpk menyelerakan breakfast yg disediakan oleh kak ani. Mee hoon & kueh-mueh, siap ada yg menambah. Lepas penerangan ringkas dari kak ani tentang pendakian & program, bacaan doa. tepat jam 10.30 pg kitaorg betolak..sonok nyer tak sabar nihh.

Walaupun konvoi tidak menjadi tapi kami tetap sampai ke tempat yg dituju. Alhamdullilah semua berjalan lancar. lepas kami berkemas..aduh perut dah keroncong, nasib makanan tengahari dah sedia. apa lagi lauk mesti la orang negori.. masak lemak cili api la..Roy makan punya la tak nampak kiri kanan dah..sehingga menjilat jari di buat nya..tepat 1.30ptg. Dalam pukul 3ptg, time nak telematch ujan plak, walaupun renyai2 program tetap dijalankan..hehehe..paling best telematch 'Ozoom', macam2 aksi, sampai nak pecah perut gelak..game ikatan kasih pulak sepatutnya lain...tapi ini acara kami kan...jadi cara game kami la... apa yg ada...keluar kan je... time ni hehehh group 1 menang, group kak nie la..nasib la ada beg Kak na [jadi mangsa la yea] ermmm tapi waktu amat cemburu tanpa sedar dah nak masuk waktu senja. jadi pulang masuk ke tempat beradu masing-masing... Kitaorg bekumpul semula tepat jam 8..ada BBQ huhh dah terliur ni tak sabar nak makan. Tak sangka kami Abg Latiff sudi join kami... sungguh pantas betul plan kami ni, dalam sekelip mata dah plan bila tahu Abg latiff nak join bersama kami malam itu...Seperti biasa program kami sentiasa penuh...maklum la semua dengan idea2 yg berbagai2...mlm tu kitaorg buat games kotak beracun, huhu sekali kena Abg latif terpaksalah dia kena denda nasib ketua cawangan sporting..lepas tu kitaorg tukar2 hadiah yg dibawa. nak tau kitaorg ada surprise program, nak tau program ape? jeng, jeng, jeng..Besday kek utk ketua cawangan (abg latif). lebih kurang kul 11mlm kami beredar ke bilik masing2..kenalah tido awal kan, tak sabar ni nak mendaki sok, harap2 ujan bentilah..
Da pagi tapi hujan still lagi lebat & tak berhenti, huhhh..apa2 pun kita makan dulu, perut da bunyi. lepas buat warm up pihak pengajur bagitau tetap tak boleh nak teruskan expedisi kerana if jadi apa2 risiko tanggung sendiri. alamak...hampa, sedih, kecewa semua ada. but its ok ada hikmah kot dgn apa yg jd..so kitaorg redha je. lepas mkn tegahari penyampaian sijil tetap diadakan utk menghargai para peserta... biasa la yea, if tidak mendaki...pun mana ada orang tau kan, kerana sijil still dapat...

Jam 2.30ptg kami bersurai & balik dengan keta masing2, da tak da konvoi dah..cadangan 5hb march ni, harap2 dapat la kitaorg memenuhi impian menakluki Gunung Datuk..tunguuuu tau, kami datang...pasti ada yg tidak mendaki kan..heheh maklum la dah dapat sijil

No comments:

Post a Comment