Friday, March 18, 2011

Notis Persidangan

Ahli-ahli Pergerakan Puteri
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.

Assalamualaikum w.b.k.

Saudari,

PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2011.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2011 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Mac 2011 bersamaan 22 R.Akhir 1432H
Masa : 2.00 Petang
Tempat : DE PALMA SEMINAR & CONFERENCE CENTRE
15th Floor, Menara PKNS, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
.

Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.

Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, jika HADIR / TIDAK HADIR.

Sekian, terima kasih.


“GENERASI WANITA PRIHATIN”

No comments:

Post a Comment