Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada Ahad,27 Mac 2011 bertempat di De Palma & Conference Center 15th Floor Menara PKNS dengan jayanya. Sms sudah di keluarkan & juga disertakan email bagi notis Persidangan. Ada juga yg tersentuh hati sebak bila membaca email Ketua puteri & ada juga yg terasa hati. Nama pun berjawatankan, tak salah jika setahun sekali kita hadir bagi menunaikan tanggungjawab kita. Ok la tu rakan-rakan, teater, aktiviti yg hanya bayar setakat tak sampai 50% pun..dan macam2 lagi la...renung-renungkan bersama. Sometimes in life kita kena ada give & take...Bila tiba hari persidangan hati kami kerisauan kerana bimbang ahli Puteri cawangan tidak cukup korum untuk bersidang, tetapi sangkaan kami meleset di mana selepas sesi mendaftar diri ahli puteri UMNO cawangan telah mencukupi seramai 14 orang….Alhamdulillah…syukur..berbalik kepada yg maha esa, jika betul cara kita & ikhlas insyallah ALLAh sentiasa bersama kita. Kami tidak mengambil banyak masa apabila memastikan ahli kami cukup korum kami terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli baru…Kak Nie telah mendapat persetujuan semua ahli untuk menjadi pengerusi sementara
menggantikan Kak Haniza selaku Pengerusi Tetap yang tidak dapat hadir…terdapat beberapa perubahan dimana Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan adalah perwakilan automatik yang perlu hadir , Nur Hafizah dan Siti Salamah telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian tetapi 2 orang wakil ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pula bagi sesiapa penama yang ingin menjadi wakil hendaklah mendaftar diri di Bahagian dan telah menjadi ahli umno selama 3tahun. 20 minit sahaja persidangan kami selesai…dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan “ Terima Kasih kerana sudi hadir walaupun saat-saat akhir dan beliau berharap agar lebih banyak mengadakan aktiviti untuk menarik perhatian ahli baru kerana kami diatas ini dan beberapa org ahli akan menamatkan term sebagai puteri UMNO, berharap selepas ini lebih baik dari kami ”…selepas persidangan cawangan selesai ada acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Penaung Singgah sini Kak Ida, Ketua caw, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan. Kami juga dihidangkan dengan tayangan video pendakian ke Gunung Datuk serta sedikit hidangan hi tea…persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehigga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun & maaf sekiranya ada kekurangan & salah silap kami sebelum & selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...punya la lupa, tahun ni kami tak bergroup photo
No comments:
Post a Comment