Salam 1 Malaysia, salam tahun baru, Semoga tahun ini meninggalkan kita 1000 kenangan yg tidak dapat dilupakan, suka, duka, pahit, manis ini lah dinamakan kehidupan, seumpana roda yg berpusing.. menuju ke arah yg lebih baik. Semoga tahun yg akan datang ini lebih mengajar kita erti kehidupan dan juga keselesaan di negara tercinta.. All the best for the new year & peace. Alhamdulillah ..
Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Yang di-Pertuan Agong ke-14
DAULAT TUANKU. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang
jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat
di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua
baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan
Keberangkatan
Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah yang tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat
istiadat diraja, beruntung lah kami dimana selangor merupakan cuti UMUM sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, dapat la menyaksikan istiadat di
raja ini. Diringi dengan seekor gajah & juga hulubalang serta pengiring yg pelbagai mengenakan baju kebangsaan, nyayian DAULAT TUANKU...DAULAT TUANU... Semoga Tuanku dipanjangkan umur & sejahtera.. Menjunjung kasih Tuanku..
Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 66
Ampun Tuanku Beribu ribu ampun, Sembah patik harap di ampun..kami berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, diberikan kesejahteraan agar dapat terus memimpin rakyat di negeri ini AMIN, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan
sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.
Wednesday, November 23, 2011
SYABAS MALAYSIA!!!!

Dan tahniah juga kepada semua atlet Malaysia yang menyumbangkan pingat emas sebanyak 58 pingat luar dari target iaitu dalam target hanya 40 pingat sahaja.... para attlet telah mebuktikan bahawa Malaysia mampu medapat lebih dari yang dijangkakan...jika rakan-rakan menonton, pasti seronok... bila tonton acara volley ball pantai, angkat berat, tahniah juga kepada penyokong malaysia (rakyat Malaysia) kerana memberi sokongan kepada attlet Malaysia dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 tertinggi dalam keseluruhan pengumpulan pingat... moto MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA telah dibuktikan di dalam Temasya Sukan Sea JAKARTA Indonesia...."MALAYSIA BOLEH!!!!!"


Monday, November 14, 2011
Jom Loose Weight & Sihat
Assalamulaikum dan salam SiHaT untuk semua... Jeng jeng Kita sudah ada PEMENANG!!!..yeah yeah!!..okay kami nak bercerita atau nak update pada semua tentang activity JOm Loose Weight & Sihat yang telah dijalankan. Selepas perjumpaan pada 17 julai 2011 di Taman Tasik Taman Jaya Petaling Jaya, Seramai 7 orang peserta menyertai pertandingan ini. setiap peserta yang menyertai pertandingan ini telah diberi penjelasan mengenai peraturan pertandingan, bermulanya 17 julai mula la episod loose weight Challenger..
Dalam tempoh tiga bulan peserta bertahan dan berusaha untuk kurangkan berat badan..kami juga ada share tips permakanan dan untuk mengurangkan berat badan. dalam tempoh tiga bulan itu termasuk la bulan puasa dan bulan open house..so ape lagi kami kena laa bertahan..and ada gak kekadang tak dapat tahan nafsu..mana tak nyer food kitakan sedap2..,rendang ketupat,satay,longtong,nasi arab dan macam2 lagi,sangat mengoda sekali..hehe..
Setelah Tiga bulan, kami bertemu kembali dan masa untuk TIMBANG!!hehehe..mari kita tengok sape yang kena.. :D..Kami berkumpul di padang MBPJ berdekatan dengan restoran A&W pada 23/10/2011 pada pukul 10am. Kali ni adik kita lambat lagi la...terpaksa la kami wait gak.so proses timbang dilakukan untuk dapatkan keputusan siapa yang menang challenger ini. peserta yang memenangi pertandigan ini berjaya mengurangkan berat badannya banyak 2.5kg. :D.. yang seronoknya rakan-rakan yg menyertai loose weight ni memang berfikiran out of the box, sporting share berat badan dengan peserta yang lain,so kami semua tau la sape yang loose wight & sape yang gaint weight..hehhe..walaupun ada peserta yang tak berjaya tapi still sporting share result dengan yang lain-lain.
selepas mengetahui siapa pemenang dan peserta yang memenangi challenger ini diberi hadiah @imbuhanan kami sarapan bersama-sama di restoran A&W. kami share knowledge dengan pemenang macam mana dia leh kurangkan berat badan.. tips yang dia share dengan kami, walau makan sikit atau kurang dia tetap akan exercise at least 3 kali seminggu, 1 hingga 2 jam satu sesi. sebab dengan exercise bukan saja leh kurangkan berat badan tetapi boleh menjaga kesihatan..selepas sarapan kami pun bersurai..
Ok sampai sini dulu story mory about challenge ni.. hopefully selepas ini semua peserta, still menjalankan diet yang betul dan teruskan exercise.haaa... pesanan untuk semua dan awak juga..walaupun challenger ini dah tamat tapi janganlah dah tak ikot tips-tips yang diberikan..makan ala kadar je tau..make sure sihat & bukan tambah berat badan.. ( ^-^ ).. Jalanilah cara hidup sihat.. byeeeeeeeeeeeee.... ooopss sebelum terlupa...ada yg masih belum bayar $ imbuhan, jangan lupa cari kpu3 yea...sian kawan kita yg menang... perjanjian tetap perjanjian kan...
Kem Lakonan Junior Starz

kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kem Lakonan Junior Star selama 3 hari:-
Tarikh : 22-24 Nov 2011 & 29 Nov -1 Dec 2011 (pilih salah satu)
Yuran: RM250.00 (jelaskan selewat2nya seminggu sebelum kelas dilakukan)
Anjuran: EUROFINE (M) SDN. BHD.
jika berminat sila email kepada Rozaini.Othman@nikonoa.net untuk mendapatkan borang penyertaan
Wednesday, October 5, 2011
LoSe wEight cHalLenGe....

so kita masih ade 18 hari lagi....macam mana???dh ader perubahan positif ker???klu dh ader perubahan positif bagus la...klu x... gunakan 18 hari ini dgn sebaik mungkin....
RENUNG2KAN...dan SELAMAT BERDIET....
Saturday, October 1, 2011
Tour Raya Part 2
Rumah kak Bib (Naib Ketua Puteri caw)... biskut chipmore dia sedap tau...
Kami serang je rumah pu3 kami.. yg mana ikut dan je kami ajak ada yg terlepas juga or terlupa .. sms banyak juga keluar, tapi ini je la yg rajin join pun.. ye la kan masing-masing ada aktiviti sendiri..sian juga tuan rumah if serang ramai2 kan...apa2 pun.. terima kasih semua..Rasanya Loose weight kami dah tak menjadi je ... tinggal beberapa hari je ni due datenya...ehhh rumah aunty mara & abg pian kita tak snap photo la..
ToUR RaYa.. 2011
Salam Merdeka Raya...berakhir sudah raya untuk tahun ini, semoga kita berkesempatan untuk ramadhan tahun hadapan pula.. Setiap tahun pasti kami akan beraya beramai2 seperti biasa... tapi raya tahun ini agar hambar sedikit... mungkinkah ekonomi yg agak merosot sedikit atau kita-kita yg sudah semakin berumur :).. Tahun ni Ketua Puteri & Ketua cawangan tak buat open house, jadi kami serang je rumah mereka, tapi kami bagitahu inadvance dulu la yea...karang terkejut pula rombongan kami ni... maklum lah. Tour Raya PART 1- Rumah Ketua Cawangan.

Bersama Tuan rumah...
sempat berniaga ni... then kami wat collection sikit untuk Arwah Zack ketika berada di rumah KC, sementara ada 2 3 kerat ahli2 & kami telah serahkan sumbangan itu kepadaYong untuk di disampaikan kepada Angah..
Sunday, September 11, 2011
Friday, September 9, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Assalamualaikum...rasanya belum terlambat lagi untuk kami ahli Puteri UMNO cawangan Seksyen 20 Selatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...Kepada semua umat islam amnya dan semua yang mengenali kami khasnya...kami menyusun 10 jari memohon keampunan andai kami ada melakukan kesilapan,terkasar bahasa tersilap tingkah laku...semoga dibulan kemenangan ini dapat la kita mengeratkan silaturrahim sesama kita tidak mengira bangsa dan agama...kami juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua penduduk Malaysia...kita sama2 1 HATI 1 TENAGA menjaga keamanan negara demi bangsa dan negara...semoga keamanan yang kita kecapi kini dapat dirasai oleh generasi akan datang...
SALAM MERDEKA RAYA...
p/s: ingat2 bila makan...jaga kesihatan untuk hidup lebih ceria...:)
Majlis BerbuKa PuaSa dengan wArga BOmbA..
Thursday, September 8, 2011
Majlis BerBuka PuaSa bErsama Warga Polis...

BerBuka Puasa bErsaMa wArga LRT kElaNa jaYa..

Saturday, September 3, 2011
Al- Fatihah

Thursday, August 11, 2011
Tahniah
Monday, August 8, 2011
Kelebihan Bulan Ramadhan Part 2

"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya(Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan itu(lalu dia berbuka),maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain." Surah Al-Baqarah ayat 185.
Berpuasa pada bulan Ramadhan hukumnya wajib tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan dan sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. tidak boleh ditukar ganti sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini dijelaskan dalam sabda Nabi (s.a.w):
" Sesiapa berbuka satu hari pada Bulan Ramadhan tanpa rukhshah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".
Thursday, August 4, 2011
Kelebihan Bulan Ramadhan part 1
- Kelebihan Bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya "MALAM LAILATUL QADAR yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapat MALAM LAILATUL QADAR dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Pada Malam Lailatul Qadar Allah menugaskan Malaikat Jibrail turun ke bumi, Maka turunlah Jibrail ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya, setengahnya tidak dibuka keduanya melainkan MALAM LAILATUL QADAR barulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat (Musyriq ke Maghrib).
- Untuk menyelamatkan umat Muhammad, lalu memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada MALAM LAILATUL QADAR beribadah kerana mencari keredhaan Allah, orang-orang yang duduk beribadah,orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin dan mengucapkan amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.
- Bertanya para Malaikat kepada Jibrail, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Nabi Muhammad(s.a.w) pada Bulan Ramadhan ini? Jibrail berkata bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padaNya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosanya: orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.
Tuesday, August 2, 2011
j0M l0OsE wEigHt & siHaT PLan 1.....
1) Mendapatkan berat badan Peserta
2) Setiap peserta perlu membayar RM50 (wang tebusan) p/s sekiranya peserta menarik diri,wang tidak akan dipulangkan.
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight ( bermula 17 July 2011 dan berakhir 17 September 2011..
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang dan seorang pemenang sahaja dalam challenge ini. (tiada no 2 or 3)
5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang
7) Sebarang ubatan ataupun ubat kurus tidak dibenarkan dalam challenge ini.
Seterusnya aktiviti menimbang berat badan pun bermula, yang seronoknya rakan-rakan yg menyertai loose weight ni memang berfikiran out of the box, sporting share berat badan dengan peserta yang lain..ye la kan, setengah orang memang sensitive bab2 berat ni..lepas tu, kami share knowledge, macam mana nak kurangkan berat badan. Best juga sebab boleh tukar-tukar pendapat. Jumlah peserta yang join challenge ini seramai 7 orang [tak ramai pun, tapi takpa mana tahu selepas ni ada yg berminat untuk join aktiviti sihat ini] dah tentulah semua pu3 .. ,dah timbang apa lagi kami sarapan bersama -sama lea..dekat taman tasik tu ada jual perbagai makanan... kira itu makanan yg terakhir untuk kami, selepas ini makanan yg sihat la pula yea..
Ok sampai sini dulu story mory about challenge ni.. hopefully semua peserta boleh la bertahan sampai challenge ni berakhir, yang penting kita sihat.. haaa... pesanan untuk semua..bulan puasa nanti jangan la, makan ikot nafsu ye..makan ala kadar je tau..make sure sihat & bukan tambah berat badan.. ( ^-^ ).. Jalanilah cara hidup sihat.. byeeeeeeeeeeeee....
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight ( bermula 17 July 2011 dan berakhir 17 September 2011..
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang dan seorang pemenang sahaja dalam challenge ini. (tiada no 2 or 3)
5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang
7) Sebarang ubatan ataupun ubat kurus tidak dibenarkan dalam challenge ini.
Seterusnya aktiviti menimbang berat badan pun bermula, yang seronoknya rakan-rakan yg menyertai loose weight ni memang berfikiran out of the box, sporting share berat badan dengan peserta yang lain..ye la kan, setengah orang memang sensitive bab2 berat ni..lepas tu, kami share knowledge, macam mana nak kurangkan berat badan. Best juga sebab boleh tukar-tukar pendapat. Jumlah peserta yang join challenge ini seramai 7 orang [tak ramai pun, tapi takpa mana tahu selepas ni ada yg berminat untuk join aktiviti sihat ini] dah tentulah semua pu3 .. ,dah timbang apa lagi kami sarapan bersama -sama lea..dekat taman tasik tu ada jual perbagai makanan... kira itu makanan yg terakhir untuk kami, selepas ini makanan yg sihat la pula yea..
Ok sampai sini dulu story mory about challenge ni.. hopefully semua peserta boleh la bertahan sampai challenge ni berakhir, yang penting kita sihat.. haaa... pesanan untuk semua..bulan puasa nanti jangan la, makan ikot nafsu ye..makan ala kadar je tau..make sure sihat & bukan tambah berat badan.. ( ^-^ ).. Jalanilah cara hidup sihat.. byeeeeeeeeeeeee....
* nak share sikit, ada la juga yg bertanya tidak macam berjudi ke aktiviti ini... sebelum kami ada kan aktiviti ini kami mesti la bertanya kepada yg lebih arif mengenai ini... jadi boleh la share bersama kawan2 dengar yea -
JuDi definasinya guna $ atau harta utk mendapat $ atau harta lebih banyak melalui tekaan sesuatu yg tak pasti, kalau kalah, $ atau hartanya habis begitu sahaja. Loose weight ni, pertandingan berat badan bukan pertandingan tekaan berat badan. Kalau kalah, maknanya kita masih dapat kurangkan berat badan. Kalau teka berat badan, siapa kalah tak dapat apa2 faedah pun, hilang $nya je.. itu baru la judi. Judi ni, tidak ada kedudukan tempat ke 2 atau ke 3 atau saguhati. Tapi pertandingan, ada hadiah juara, naib juara dsbnya.. cuma kalau semua peserta setuju hanya bg juara je hadiah, pun tidak termasuk definasi judi
Monday, August 1, 2011
Salam Sahur & Ramadhan..1432H

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kita masih berpeluang menunaikan Rukun Islam yg ke3 iaitu Puasa di bulan Ramadan. Kami mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan kami kepada rakan-rakan serta kenalan & juga yg membaca blog ini.. siapa juga di luarsana . Dambakan cinta dalam SUJUD & suci, rimbukan kanlah keimanan di dalam hati Kita tidak pasti masih ada peluang kah untuk esok hari, sesaat, seminit, sejam rebutlah peluang yg ada ini, bulan yg penuh kemulian. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..
Saturday, July 9, 2011
Bersih..
BERSIH..
Jalan raya sesak di sana sini, kesian pula rakyat yang menunggu di bus station, punya la ramai, mana tidak nya, bus dari KL belum tiba. Saya ambik contoh yang paling dekat iaitu di Kalangan office mate, "Ini semua kerja UMNO la, susahkan semua orang, jam is every where" "Why you salahkan UMNO pula" " Ye la because goverment is BN, and BN is UMNO" " Is not UMNO, is Ambiga & PKR" "Aiya ini PKR banyak susahkan orang la" Pelik kan mengapa jalan jam salahkan UMNO, mana tidak mereka-mereka ini sungguh aktif di laman sosial yg membuatkan rakyat di luar sana terpedaya. Well PDRM hanya menjalankan tugas mereka, memastikan NEGARA tidak menjadi huru hara. Iaya betul, [you kata Demo ini aman, happy & enjoy] jadi tidak salah la kan jika PDRM bersedia apa kemungkinan akan berlaku. Bila dah ramai, macam2 ragam kan. Buatnya la yg berkumpul ni ada yg short wire, parah la kan, yg berkumpul itu panas baraN, you tahu ke, takan dekat muka org tu tertulis [SAYA PANAS BARAN, JGN SENTUH SAYA]. Rasa-rasa menyusahkan kan RAKYAT tak....Mengapa saya berkata begini...
1. Di sebabkan berhimpunan haram ini, aktiviti luar terpaksa di batalkan, sekatan jalan raya di merata2.
2. Kesian bagi yg mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa berhati2 dan kemungkinan besar, terpaksa tutup kedai, kerana jalan dah di tutup, rakyat mana nak lalu jalan kat situ.
3. Kesian bagi yg mengadakan Majlis Perkhawinan di sekitar KL, pasti ada yg tidak hadir kan. [bayangkan la if your wedding]
4. Ekonomi pada hari ni akan berkurangan.
5. Kan Sekarang is KL Festival, bagaimana pelancong-pelancong & juga rakyat MALAYSIA nak bersiar2.
Siapa yang punya rancangan BESIH ni [semua ini adalah kepentingan diri sendiri] [yg rakyat nak berkumpul ni apa faedah], tidak cukup Platform ke untuk bersuara, bukan kah ceramah di sini sana. Mengapa takut pada bayang-bayang sendiri ke. Negara kita ni dah aman damai, Apa lagi yg kita hendak, nak bersih kan apa lagi.. SPR...kalau SPR tak bersih..macam mana 5 negeri sudah di tawan. Adakah kerana sudah gentar kerana..apa yang telah di janji kan tidak di kotakan..Kami ni pun rakyat juga.. Kenapa pilih BN, kerana ketika zaman persekolahan, kami adalah golongan family yang kurang pendapatan, Kami di beri pinjaman buku sekolah, token untuk makan, susu kotak percuma. Dulu memang berbeza, mungkin generasi sekarang celik mata sahaja semua sudah tersedia, susah payah mak bapa kita ketika dulu. Semalam MAK saya menerima panggilan telefon dari sesorang yg boleh dikata kan menyokong PAS "Macam mana kak, esok himpunan bersih" MAK saya jawab " Itu la, apa lagi yg kita hendak, nak beli barang semua ada, mahal macam mana pun semua ada, semua tersedia, aman damai, semua keperluan dah cukup. Yg dok berkumpul banyak orang kita je, yg lain pandai dok rumah" jawab makcik tu " Ye la kan kak, betul juga semua ada, semua cukup"
So rakan2 apa yg kita hendak lagi, Negara Kita ni sudah aman damai, Kita boleh duduk kat kedai kopi bila bila tanpa perlu risau ada pergaduhan & perang. Berbilang bangsa, jadi sentiasa la jaga hati setiap bangsa. Setiap negara pasti ada politik di mana2, yg penting Hati RAKYAT perlu di JAGA & Keselamatan itu amat penting.
Sunday, July 3, 2011
Selamat Pengantin Baru
Selamat PEngantin Baru to Ayang & Mizi, semoga sucess selalu..Amin
Wednesday, June 29, 2011
j0M l0OsE wEigHt & siHaT.....
Kawan-kawan....kami pu3 cawangan sek 20 selatan nak ajak rakan-rakan yg berminat untuk loose weight join kami dalam program "JOM LOOSE WEIGHT & SIHAT"...sekira berminat boleh la email kepada Kak Nie (Ketua Pu3 caw seksyen 20 selatan)....or SMS kat Aishah (Pen Setiausaha Pu3 kami) please inform before jumaat (01/07/2011)
agenda program kami :
1) Menimbang berat badan
2) Setiap peserta perlu membayar RM50 (wang tebusan)
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang.
5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang.
p/s: tarikh,masa dan tempat akan diberitahu kemudian untuk sesi timbang berat badan. Syarat-syaratnya juga tidak boleh la makan pil diet yea..

1) Menimbang berat badan
2) Setiap peserta perlu membayar RM50 (wang tebusan)
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang.
5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang.
p/s: tarikh,masa dan tempat akan diberitahu kemudian untuk sesi timbang berat badan. Syarat-syaratnya juga tidak boleh la makan pil diet yea..

JOM RAMAI-RAMAI LOOSE WEIGHT!!! AYUH!!! KITA AMALKAN HIDUP YANG SIHAT DAN CERIA DENGAN POTONGAN BADAN YANG MENAWAN!!! :)
Thursday, June 16, 2011
Rombongan..& makan..
Subscribe to:
Posts (Atom)