Saturday, July 9, 2011

Bersih..

BERSIH..

Jalan raya sesak di sana sini, kesian pula rakyat yang menunggu di bus station, punya la ramai, mana tidak nya, bus dari KL belum tiba. Saya ambik contoh yang paling dekat iaitu di Kalangan office mate, "Ini semua kerja UMNO la, susahkan semua orang, jam is every where" "Why you salahkan UMNO pula" " Ye la because goverment is BN, and BN is UMNO" " Is not UMNO, is Ambiga & PKR" "Aiya ini PKR banyak susahkan orang la" Pelik kan mengapa jalan jam salahkan UMNO, mana tidak mereka-mereka ini sungguh aktif di laman sosial yg membuatkan rakyat di luar sana terpedaya. Well PDRM hanya menjalankan tugas mereka, memastikan NEGARA tidak menjadi huru hara. Iaya betul, [you kata Demo ini aman, happy & enjoy] jadi tidak salah la kan jika PDRM bersedia apa kemungkinan akan berlaku. Bila dah ramai, macam2 ragam kan. Buatnya la yg berkumpul ni ada yg short wire, parah la kan, yg berkumpul itu panas baraN, you tahu ke, takan dekat muka org tu tertulis [SAYA PANAS BARAN, JGN SENTUH SAYA]. Rasa-rasa menyusahkan kan RAKYAT tak....Mengapa saya berkata begini...

1. Di sebabkan berhimpunan haram ini, aktiviti luar terpaksa di batalkan, sekatan jalan raya di merata2.

2. Kesian bagi yg mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa berhati2 dan kemungkinan besar, terpaksa tutup kedai, kerana jalan dah di tutup, rakyat mana nak lalu jalan kat situ.

3. Kesian bagi yg mengadakan Majlis Perkhawinan di sekitar KL, pasti ada yg tidak hadir kan. [bayangkan la if your wedding]

4. Ekonomi pada hari ni akan berkurangan.

5. Kan Sekarang is KL Festival, bagaimana pelancong-pelancong & juga rakyat MALAYSIA nak bersiar2.


Siapa yang punya rancangan BESIH ni [semua ini adalah kepentingan diri sendiri] [yg rakyat nak berkumpul ni apa faedah], tidak cukup Platform ke untuk bersuara, bukan kah ceramah di sini sana. Mengapa takut pada bayang-bayang sendiri ke. Negara kita ni dah aman damai, Apa lagi yg kita hendak, nak bersih kan apa lagi.. SPR...kalau SPR tak bersih..macam mana 5 negeri sudah di tawan. Adakah kerana sudah gentar kerana..apa yang telah di janji kan tidak di kotakan..Kami ni pun rakyat juga.. Kenapa pilih BN, kerana ketika zaman persekolahan, kami adalah golongan family yang kurang pendapatan, Kami di beri pinjaman buku sekolah, token untuk makan, susu kotak percuma. Dulu memang berbeza, mungkin generasi sekarang celik mata sahaja semua sudah tersedia, susah payah mak bapa kita ketika dulu. Semalam MAK saya menerima panggilan telefon dari sesorang yg boleh dikata kan menyokong PAS "Macam mana kak, esok himpunan bersih" MAK saya jawab " Itu la, apa lagi yg kita hendak, nak beli barang semua ada, mahal macam mana pun semua ada, semua tersedia, aman damai, semua keperluan dah cukup. Yg dok berkumpul banyak orang kita je, yg lain pandai dok rumah" jawab makcik tu " Ye la kan kak, betul juga semua ada, semua cukup"

So rakan2 apa yg kita hendak lagi, Negara Kita ni sudah aman damai, Kita boleh duduk kat kedai kopi bila bila tanpa perlu risau ada pergaduhan & perang. Berbilang bangsa, jadi sentiasa la jaga hati setiap bangsa. Setiap negara pasti ada politik di mana2, yg penting Hati RAKYAT perlu di JAGA & Keselamatan itu amat penting.

No comments:

Post a Comment