
"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya(Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan itu(lalu dia berbuka),maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain." Surah Al-Baqarah ayat 185.
Berpuasa pada bulan Ramadhan hukumnya wajib tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan dan sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. tidak boleh ditukar ganti sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini dijelaskan dalam sabda Nabi (s.a.w):
" Sesiapa berbuka satu hari pada Bulan Ramadhan tanpa rukhshah(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".
No comments:
Post a Comment