Serba sedikit mengenai diri Penaung Singgah Sini, Hajah Ida Rahayu Datuk Md Noor, selesa dengan panggilan Kak Ida, merupakan seorang usahawan sejak 1994, Pengarah kepada Syarikat Eurofine Sdn Bhd. Ahli seumur hidup UMNO yg pendaftarannya disahkan pada 2002, dikelilingi dengan Keluarga UMNO dimana Ayahnya merupakan Ketua UMNO bahagian Labis sebelum UMNO diharamkan pada tahun 1987, ayahnya juga pernah memegang jawatan Ketua Penaja UMNO bahagian Muar bila umno baru ditubuhkan & juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yg dilantik oleh Tun Dr Mahathir 1987-1994. Ayahnya antara 4 org yg menubuhkan semula UMNO 1987 bersama Tun Dr M, Ketua Penaja UMNO Bhg Lahad Datu (silam) sabah 1991-1995 kerana dia merupakan 5org MKT yg dihantar oleh Tun Dr M utk menubuhkan UMNO di Sabah. Jadi Kak Ida ni bukan orang baru dalam UMNO. Inilah penaung Singgah sini Kami.
Selesai Ucapan dari Ketua puteri Kami, Kak Ida pula mengambil tempat, sepatah kata dari Kak Ida .
"Kita kerajaan BN yg wujudkan infrastruktur teknologi maklumat, sediakan multimedia super coridor utk rakyat tetapi kita yg tidak mengunakan teknologi yg kita wujudkan utk dekat dengan masyarakat. Pembangkang yg guna beriya2 sampai kita kalah banyak semasa PRU12. Jadi berharap dengan adanya blog puteri cawangan ini, dapatlah dijadikan medium penyampaian maklumat dan percambahan idea antara puteri UMNO Cawangan dengan masyarakat muda Melayu"
Sejurus itu dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim Kak Ida melancarkan Singgah Sini.
Ha merupakan ahli baru kami yg mahir dlm bidang it
Slide show blog kami, kesian pulak Abg Lattif, Dato' Shamshul & Aunty Mara terpaksa menoleh ke belakang.
Acara potong riben, apa yg ada belakang baloon tu.
Jeng jeng.... T.shirt puteri caw kami... ehhhh patung ni kenyit matalah
No comments:
Post a Comment