Wednesday, June 9, 2010

Kata-kata nasihat & Pandangan

Ketua Cawangan kami En Abdul Latiff Roslan, kami dah siap pesan jangan bagi ucapan lama sangat, ucapan nya ringkas & penuh isi, jika bagi lama bercakap rasanya mungkin panjang lagi ucapannya, memandangkan kami ada agenda lain jadi ini lah serba sedikit apa yg diucapkan.



"Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT yg memberikan kita kesempatan untuk bertemu kembali didalam satu majlis yang diadakan setiap tahun sekali iaitu mesyuarat agong UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan, tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan tuan dan puan puan yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO bagi menjalankan mesyuarat agong cawangan bagi tahun ini, saya amat faham hari ini adalah hari cuti dan sepatut kita bersama sama keluarga masing masing untuk menikmati cuti hujung minggu tetapi tuan tuan2 dan puan2 sanggup meluangkan masa disini demi perjuangan umat yang di panggil melayu melalui parti keramat kita iaitu parti UMNO sekali lagi syabas saya ucapkan. Saya tidak berhajat untuk bercakap panjang pada tahun ini kerana saban tahun kita bercakap perkara yang sama tetapi tiada perlaksanaan dan tindakan,saban tahun juga kita berjanji buat itu dan ini tetapi tiada tindakan/perlaksanaan ia akan berlalu begitu sahaja selepas berakhirnya mesyuarat cawangan. Tidak payahlah berjanji apa2 dengan ahli2 cawangan kerana takut nanti cakap nak buat itu dan ini tapi akhirnya tak buat apa apa yang di ucapkan dimasa yang lepas pun masih tidak di lakukan khusus nya berkenaan kedudukan UMNO di PJU ini yang di lihat lesu dan juga mendekati golongan muda yang mana ia amatlah penting bagi menghadapi PRU 13 nanti . Ingin menyentuh sedikit mengenai peranan golongan muda (pengundi muda) yg rata rata condong untuk menyokong parti pembangkang, suka mengingatkan kepada tuan tuan dan puan puan serta diri saya sendiri bahawa kita kena jaga/ingatkan kepada golongan muda ini khususnya anak2 kita sendiri tentang perjuangan org2 terdahulu yang menyebabkan kita hidup dalam keharmonian aman damai sehingga ke hari ini. Jangan besok semuanya sudah terlepas baru menyesal sudah tiada gunanya lagi justeru itu saya pohon sekali lagi agar kita semua termasuk diri saya sendiri agar kita sering mendekati mereka dan mengingatkan mereka betapa pentingnya kuasa politik malaysia ini di tunjangi UMNO bagi menjaga hak2 keistimewaan kita orang2 melayu tidak di ganggu gugat oleh bangsa asing yang memungkinkan kita merempat di negara kita sendiri jika kepentingan orang melayu ini tidak di jaga. sekian wasalam"

Apa yg kami dapat kesimpulan pada ucapan kali ini, baik dari Penaung, perasmi, Ketua Puteri kami sendiri menekankan golongan muda mudi, KEMANA arah MUda Mudi esok, lusa dan seterusnya, jika tiada yg lama maka tiada la yg baru. Kami berharap dengan kata2 semangat & nasihat ini dapat la kami memperjuangkan apa yg patut bagi mendekatkan diri kami bersama golongan muda mudi diluar sana.

No comments:

Post a Comment