Wednesday, June 16, 2010

Suasana Persidangan

Selesai sudah Mesyuarat Persidangan puteri cawangan-cawangan. Apa itu perlembagaan, hapuskan perlembagaan sekiranya kita sendiri tidak mengikuti Perlembangan itu sendiri. Bagaimana nak menarik MINAT ahli2 puteri caw untuk bersama2 mengikuti program yg di adakan..Ketua itu sendiri memainkan peranan yg penting serta ahli2 juga tidak kurang pentingnya bagi menjayakan setiap perkara.. tidak kira aktiviti atau program suka2, kerana inilah yg org muda minat, tetapi kita pelbagaikan aktiviti itu sendiri, dari segi moral, agama, kesihatan, minda dan sebagainya..kerana generasi muda inilah yg merupakan Pengundi muda pilihanraya Umum kelak...jika kita tidak mendekati mereka dari sekarang bila lagi??? jangan esok lusa sudah dekat baru hendak terkapai2 .. ketika itu sudah terlambat untuk bertindak.. Puteri terdiri dari golongan muda mudi, mereka ini mempunyai banyak idea2 yg boleh di ambil kira, tidak kiralah positif mahupun negatif, pasti ada rakan2 di luar sana yg ingin menyertai Puteri UMNO...tetapi tidak tahu bagaimana & dimana. Boleh sahaja hubungi kami disini. Jika golongan muda ini berminat janganlah patahkan minat mereka ini, kitalah patut memberi tunjuk ajar kepada mereka. Politik ini ada berbagai2 jenis, politik di tempat kerja dan tidak lupa juga Politik di dalam UMNO itu sendiri. Sebagai generasi muda kita tidak perlu sangat berpolitik UMNO, apa yg perlu kita lakukan mendekatkan diri kita dengan rakan2 sebaya di luar sana dan secara tidak langsung dapatlah kita bersama2 mengadakan berbagai aktiviti. Sampai berjumpa lagi...

Cikgu Azida Ketua Puteri Caw Seri Setia yg berkaca mata, sarat mengandung dah dia ni, Tahniah Cikgu, baby girl or boy :)

Kak Jas Ketua Puteri Caw Taman Mayang SS25, merangkap Ketua Puteri Bahagian PJU
Waktu ini ada 3 puteri cawangan yg bersidang, Desa Murni, Tmn Mayang Jaya SS26 & Taman Bukit Emas

No comments:

Post a Comment