Monday, May 31, 2010

Pelancaran Singgah Sini

Dengan secara rasmi nya kami melancarkan SInggah sini pada Ahad 23 Mei 2010, sejurus selepas Mesyuarat Persidangan Puteri Caw Kami. Kami menjemput Ahli caw & juga Puteri Bhg, bila sms jemputan dikeluarkan "Apa tu Singgah Sini" jawab kami "Singgah Sana baru tahu apa Singgah Sini". Seawal 12tgh beberapa pu3 yg ditugaskan berkumpul seawal mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Semuanya berlaku pada hari Ahad itu sendiri, rehearsal pun ahad itu juga, sampai tak sempat la juga nak lunch, mana tidak nya bila time yg dijanjikan , tidak muncul pertugasnya, apa pun semua berjalan lancar walaupun adalah 2 3 perkara yg terlepas pandang. Majlis dimulakan dengan Perasmian Persidangan Caw oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara YBhg Dato' Hj Shamshul Baharain Hj Sulaiman. Ucapan Dato' menekankan tentang kemana arah UMNO itu sendiri, masa depan anak2 kita, perjuangan orang-orang lama. Secara tidak langsung, kami berharap agar rakan-rakan dapat memikirkan serba sedikit apa yg diperkatakan. Jika tiada yg lama, maka tiada la yg baru. Bagaimana mahu menarik generasi muda untuk menyertai UMNO & secara tidak langsung untuk menghadapi PRU13

Dato' Shamshul Baharain

Sejurus selepas itu Laini ambil tugas sebagai pengacara majlis pelancaran tersebut. Sedikit Penerangan & mengapa SInggah Sini di wujudkan telah di sampaikan oleh Ketua Puteri kami :-

Laini pengacara Majlis Pelancaran

Kak Rozaini - Kita semua sedar, bahawa betapa pentingnya dunia it serta kemahiran berfikir untuk memastikan kita mempunyai generasi yg competitive, intelek dan berdaya maju. Singgah sini merupakan Dunia "IT" yg berhubung dengan sesiapa sahaja. Bermula dgn sembang2 bagaimana hendak menarik minat golongan muda mudi mendekati Puteri Umno. Maka lahirlah SINGGAH SINI pada Julai 2009 di bawah Penaungnya Sdri Ida Rahayu Datuk Md Noor bersama penulis2 yg terdiri daripada pu3 caw kami sendiri.

Kita sedia maklum bahawa golongan ini tidak berminat dengan dunia politik yg begitu exstreem, kita perlu merakyatkan UMNO itu sendiri “NO RANKING EVERYONE EQUAL” tetapi kalau tiada kepala masakan ada ekornya . Dengan gaya penulisan yg relax & bersahaja serta pandangan-pandangan yang positif & negative secara tidak langsung dapatlah kami menarik minat golongan muda ini untuk bersama2 dengan kami. Dengan wujudnya Singgah sini kami berjaya menarik minta rakan2 baru.

Ia merupakan landasan utk kami mendedahkan apa yang berlaku dan akan berlaku dalam caw kami sendiri, persekitaran dan sebagainya. Ia juga mengandungi ruangan jom borak & juga iklan2 bagi yg ingin mempromasikan perniagaan2 mereka. Dengan gambar-gambar aktiviti & juga program yg dapat diceritakan & berkongsi bersama.

Kami amat bertuah & berterima kasih dimana kami mendapat sokongan & juga sumbangan dari Penaung Singgah Sini iaitu CIk Ida Rahayu bagi melaksanakan segala aktiviti yg kami jalankan,. Tidak lupa juga Kepada Ketua Caw kami yg turut serta menyumbang bagi aktiviti kami dan tidak lupa juga Ketua wanita kami. Inilah merupakan ahli korporat yg byk membantu, apa yg penting pelaksanaan setiap prg itu sendiri. Saya sendiri pun tidak mampu utk melaksanakan semua ini tanpa penglibatan mereka2 ini dan juga rakan2 pu3 caw ini. Seumpama apabila kita seorg yg bertepuk tangan bunyinya tidaklah sehebat mana, tetapi jika kita bertepuk beramai2, betapa hebatnya bunyi itu.

Ketua puteri kami la ni

No comments:

Post a Comment