Ahli-ahli Pergerakan Puteri
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.
Assalamualaikum w.b.k.
Saudari,
PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2010.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2010 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 23 Mei 2010 bersamaan 9 J.Akhir 1431H
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Hotel Singgah Sana Petaling Jaya, Persiaran Barat, Off Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.
Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, H/P : 017-2448226 jika HADIR / TIDAK HADIR.
Sekian, terima kasih.
“GENERASI WANITA PRIHATIN”
No comments:
Post a Comment