Selamat Hari Jururawat
Salam 1 Jururawat, Selamat Hari Jururawat. Senyum-senyumlah selalu. Pesakit akan lebih gembira bila jururawat senyum kepada mereka. Bila sebut je jururawat.. teringat masa zaman persekolahan antara cita cita yg tidak digemari.. jika hendak menjadi doktor, jika tidak ada Nurse tidak mungkin juga, Nurse merupakan org kiri & kanan Doktor...mungkinkah kerana tidak sanggup utk melihat darah, melayan kerenah pesakit2 atau sebagainya. Apakah betul sikap jururawat memang garang? Jururawat sememangnya sudah diajar bagaimana untuk melayan pesakit cuma masalahnya mungkin ada yang tidak mengaplikasikan kaedah yang sepatutnya ketika bertugas di wad atau klinik. Atau ada jururawat yang tidak mengamalkan sikap prihatin terhadap pesakit mungkin juga berpunca daripada sikap jururawat itu sendiri. Apabila perkerjaan ini dilakukan dengan penuh ikhlas.. nescaya pengorbanan di sanjung tinggi. Pesakit-pesakit pasti terubat juga dengan senyuman & layanan yg diberikan walaupun sedang menangung derita. Tanggugjawab yg digalas oleh mereka ini tidak seharusnya dipandang mudah.. kadang2 mereka terpaksa berdepan dgn segala jenis penyakit, tambah2 lagi penyakit yg amat berbahaya ketika ini H1N1. Selamat Berjuang, tingkatkan prestasi, Rakyat didahulukan Pencapaian di utama kan.

HAPPY NURSES DAY
No comments:
Post a Comment