Barisan Kepimpinan Pu3 Bahagian di atas, dari kiri, Fid (Pen.Bendahari), K.Fiz (Pen Setiausaha), Sdr Sheik Harun (Setiausaha tapi tak nampak la pula), Wakil Pu3 Selangor (Sdri Herni Ketua Puteri Bhg Subang), K.Jas (Ketua Pu3), Kak Na (Timb. Pengerusi Tetap), K.Nie (Naib Ketua Pu3) & BB (Ketua Penerangan) Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Sunday, May 22, 2011
Kami La Ni..
Barisan Kepimpinan Pu3 Bahagian di atas, dari kiri, Fid (Pen.Bendahari), K.Fiz (Pen Setiausaha), Sdr Sheik Harun (Setiausaha tapi tak nampak la pula), Wakil Pu3 Selangor (Sdri Herni Ketua Puteri Bhg Subang), K.Jas (Ketua Pu3), Kak Na (Timb. Pengerusi Tetap), K.Nie (Naib Ketua Pu3) & BB (Ketua Penerangan) Saturday, May 21, 2011
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011
PART 1
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011, telah di bersidang pada 07 Mei 2011 bersamaan 03 Jamadilakhir 1432H, pada jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Perdana Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Majlis , bacaan doa dan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu 'NEGARA KU, BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT DAN PUTERI. Seterusnya mesyuarat di teruskan dengan ucapan aluan dari:-
Mesyuarat dimulakan semula dan di pegerusikan oleh Puan Rahzana Othman selaku Timbalan Pengerusi Tetap Puteri Bahagian ini Pen. Bendahari Puteri Cawangan kami, seperti biasa surat akuan sumpah di buat dihadapan para perwakilan puteri . Jumlah ahli puteri bahagian seramai 1206 orang, hanya 18 cawangan yang bersidang, jumlah perwakilan seramai 102 orang, yang hadir hanya 62 orang dan 40 orang tidak hadir, ramai juga kan yg tak hadir, barisan AJK puteri bahagian nampak banyak kerusi kosong, mana mereka semua ini yea. Bagi kami yg sebagai perwakilan nak juga tengok, siapa AJK di atas ini. Mungkin Barisan kepimpinan di atas perlu lakukan sesuatu...heheh jangan marah la yea..ini pandangan kami..
'ONLINE REGISTRATION DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN'
Seperti yang kita sedari sekarang pendaftaran keahlian ahli UMNO sama ada Puteri,Pemuda dan Wanita adalah terlalu senang memandangkan zaman teknologi yang serba moden dimana pendaftaran keahlian UMNO boleh dilakukan secara online berbanding daripada dahulu zaman nenek moyang kita dimana pendaftaran keahlian UMNO adalah jauh berbeza daripada sekarang. Generasi muda sekarang kebanyakkannya celik IT dan banyak menghabiskan masa di alam maya.
1. Dengan adanya pendaftaran online menggalakkan individu sendiri yang ingin mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO secara sukarela dan bukan dipaksa.
2. Mengadakan kempen daftar ahli baru secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang lebih kreatif dan mesra dengan gerak kerja yang proaktif dan agresif terutamanya melalui sayap-sayap parti.
3. Menjalinkan kerjasama yang baik dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi mendekati rakyat dalam usaha daftar pemilih pilihan raya mengikut kawasan bagi memastikan setiap individu yang layak mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR dan seterusnya menyokong serta mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
4. Mengadakan usaha yang bersungguh-sungguh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan Badan Perhubungan Negeri untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi melaksanakan misi dan visi UMNO serta Barisan Nasional (BN) di segenap pelusuk negeri.
5. Had umur keahlian Puteri adalah daripada 18-35 tahun. Hal ini terjadi dimana-mana bahagian sekalipun bahawa ramai puteri yang masih belum mencapai umur 35 tahun telah mendaftar dan keahliannya secara automatik menjadi wanita.kita tidak mahu golongan muda ini yang masih dikatakan mentah dan baru hendak berjinak-jinak di dalam duni Politik. Bagi yang memegang jawatan di peringkat bahagian dan cawangan kita pohon agar UMNO pusat lebih peka supaya jawatan mereka ini dikekalkan dan tidak dilucutkan dengan sewenang-wenangnya sehingga tamat penggalnya.
Usul telah di sokong oleh Pn Siti Rokiah Ishak.
online registration satu kaedah yang efektif yang mana kita tahu dengan cara ini kita lebih dapat mendekatkan diri dengan remaja-remaja zaman sekarang yang lebih menghabiskan masa dengan melayari IT...percaya lah remaja zaman sekarang lebih gemar mendapatkan fakta-fakta tentang apa sahaja dari dunia siber dan tidak mustahil mereka akan mendapat kan maklumat atau apa sahaja mengenai UMNO dengan sendirinya, dengan adanya kaedah ini lebih menyenangkan proses pendaftaran dengan satu klik sahaja dimana ahli yang ingin berdaftar tak perlu untuk bersusah payah untuk membuat janji temu dan ke pejabat pendaftaran. Selain itu ini juga dapat mengelakkan dari wujudnya 'AHLI HANTU' yang dimana nama ahli baru telah di daftarkan di cawangan kita tetapi nama ahli wujud juga di cawangan lain.
Cara berkempen juga sedang menjalani transformasi. Sumber-sumber maklumat baru, contohnya akses pada sumber maklumat alternatif contohnya blog,laman web seperti Facebook, YouTube,Twitter dan banyak lagi telah diterapkan dalam kempen pilihanraya.
Transformasi sedang berlaku disekeliling kita. Bagi mengharungi transformasi ini, kita perlu mempunyai sikap yang baru , optimistik dan terbuka kepada perubahan yang dibawa. Justeru itu, kita tidak boleh lagi terus leka dalam zon selesa kita dan mengambil mudah semua perkara sedangkan perubahan pesat berlaku di sekeliling kita. Sebaliknya kita semua harus mengembeleng tenaga dan fikiran untuk menjana, bukan setakat perubahan di sana sini, tetapi suatu transformasi budaya kerja yang lebih menyeluruh, memahami kehendak dan halatuju kepimpinan, manghapuskan politik negatif dalaman dan meningkatkan politik yang menentukan kejayaan demi perjuangan kita.
usul yang di bentangkan telah disokong oleh semua ahli yang hadir. Harap sangat usul ini sampai ke peringkat atasan iaitu UMNO Malaysia.
Mesyuarat ditangguhkan untuk ucapan penangguhan
Ketua Puteri kami pun diminta untuk berucap selaku Naib Ketua Puteri Bahagian....tapi tak lama sekejap je....kak ani sempat menyentuh bab online registration yang di diusulkan semasa mesyuarat diadakan,beliau menyeru pada sesiapa yang ahlinya belum berdaftar bolehlah email kan nama,alamat & ic no. Saya juga tertarik dengan pantun dari kak ani, dengar ye kawan-kawan"2 3 kucing berlari, kalau kami marah,puteri jangan lah lari".
Mesyuarat akhirnya ditangguhkan pada jam 5.13 PM dan diakhiri dengan sesi bergambar. Ada sedikit yg saya & rakan2 lain nak sentuh, kami harap barisan kepimpinan dapat la juga mengambil kira pandangan kami ini, walaupun saya terlalu baru di dalam Puteri, saya sendiri yg mencari untuk menyertai pu3, dimana minatnya datang dari diri sendiri adalah lebih berkesan. Alhamdullilah kami di cawangan ada juga aktiviti yg diadakan, nama pun golongan muda kan, jadi tak mau la program-program yg terlalu politik sangat, macam golongan kami ni nak join.

Thursday, May 12, 2011
Hentikan Amalan Kuota Calon
SAYA terpanggil untuk mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Ternyata para pengundi Cina menunjukkan sokongan padu kepada DAP. Namun pada saya ini ada hikmahnya.
Pertama: UMNO sudah boleh dengan berani dan jelasnya meletakkan calon Melayu di tempat majoriti Melayu tanpa perlu bermurah hati memberikan kuota kepada parti-parti komponen lain yang tidak perform. Jika kembali mahu dicalonkan haruslah menunjukkan keberhasilan di pihak mereka juga.
Kedua: Tidak ada lagi apa yang dikatakan pembahagian kuota pada satu-satu pilihan raya. Ertinya, jika Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan orang-orang Melayu yang memberi kemenangan tersebut, maka Pulau Pinang akan diterajui oleh UMNO.
Ketiga: UMNO tidak lagi perlu terlalu mengikut kehendak MCA dan Gerakan yang pelbagai dan kadang-kadang melampau. UMNO sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri atas kepentingan negara sahaja.
Kepada orang-orang Melayu yang masih juga ingin menjadi barua DAP, anda akan berhutang dengan hampir keseluruhan umat Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsanya.
Kepada Nik Aziz yang menerima salam persaudaraan daripada Lee Kuan Yew, kroni Lim Kit Siang dan kroni Karpal Singh dengan mesra, sambil menolak salam persaudaraan daripada saudara seagama yang berlainan parti politik, kamu akan berhutang selama-lamanya dengan kami, orang-orang Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Apakah kamu tidak nampak atau sengaja membutakan hati?
Kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa Cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.
Kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat lima waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji. Namun kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.
Saya cuma doakan hati dan fikiranmu dibukakan Allah kepada kebenaran yang nyata. Hilangkan dendam kesumat kepada UMNO.
Orang-orang Melayu dalam UMNO hari ini sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yang boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan Pas yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP; yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah; rela berbaring atas jalan raya bagi menghalang Sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka Pas yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo.
Tentulah juga bukan PKR yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walaupun kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon daripada Allah, terpulanglah...
HANIZA AHMAD
Muar, Johor Well, that's it. Terima kasih. Haniza Ahmad
Tuesday, May 3, 2011
Sumbangan
Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Cawangan, yg duduk tu ibu EG
Sunday, April 24, 2011
Y&S Boutique
Yanti & Kak Bib, tengah mendengar penjelasan tentang penjagaan kulit muka dari Yanti
Monday, April 18, 2011
JOM FACIAL...
Pu3 Seksyen 2o Selatan mengadakan program facial Aura Seri di Y & S Boutique Spa pada hari Sabtu 23/04/2011 jam 10:00am hingga 3:00pm. Bertempat Y & S Boutique Spa Galeri N0.3 Menara PNKS PJ Ground Floor (ala tempat yg kita berbuka puasa dulu & mesyuarat baru ini). 10 orang Pu3 terawal dikenakan bayaran RM 5, pu3 yang seterusnya dikenakan bayaran RM 15...Jom kita beramai-ramai memeriahkannya...datang awal tau 10 orang terawal jer dapat harga istimewa..sila beri nama kepada Pen.Setiausaha Aisah sekiranya rakan2 berminat.. DATANG, FACIAL & PULANG..tak perlu tunggu lama lama...
AL-FATIHAH
Wednesday, April 6, 2011
Persidangan UMNO Cawangan SEKSYEN 20 SELATAN
Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada Ahad,27 Mac 2011 bertempat di De Palma & Conference Center 15th Floor Menara PKNS dengan jayanya. Sms sudah di keluarkan & juga disertakan email bagi notis Persidangan. Ada juga yg tersentuh hati sebak bila membaca email Ketua puteri & ada juga yg terasa hati. Nama pun berjawatankan, tak salah jika setahun sekali kita hadir bagi menunaikan tanggungjawab kita. Ok la tu rakan-rakan, teater, aktiviti yg hanya bayar setakat tak sampai 50% pun..dan macam2 lagi la...renung-renungkan bersama. Sometimes in life kita kena ada give & take...Bila tiba hari persidangan hati kami kerisauan kerana bimbang ahli Puteri cawangan tidak cukup korum untuk bersidang, tetapi sangkaan kami meleset di mana selepas sesi mendaftar diri ahli puteri UMNO cawangan telah mencukupi seramai 14 orang….Alhamdulillah…syukur..berbalik kepada yg maha esa, jika betul cara kita & ikhlas insyallah ALLAh sentiasa bersama kita. Kami tidak mengambil banyak masa apabila memastikan ahli kami cukup korum kami terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli baru…Kak Nie telah mendapat persetujuan semua ahli untuk menjadi pengerusi sementara
menggantikan Kak Haniza selaku Pengerusi Tetap yang tidak dapat hadir…terdapat beberapa perubahan dimana Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan adalah perwakilan automatik yang perlu hadir , Nur Hafizah dan Siti Salamah telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian tetapi 2 orang wakil ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pula bagi sesiapa penama yang ingin menjadi wakil hendaklah mendaftar diri di Bahagian dan telah menjadi ahli umno selama 3tahun. 20 minit sahaja persidangan kami selesai…dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan “ Terima Kasih kerana sudi hadir walaupun saat-saat akhir dan beliau berharap agar lebih banyak mengadakan aktiviti untuk menarik perhatian ahli baru kerana kami diatas ini dan beberapa org ahli akan menamatkan term sebagai puteri UMNO, berharap selepas ini lebih baik dari kami ”…selepas persidangan cawangan selesai ada acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Penaung Singgah sini Kak Ida, Ketua caw, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan. Kami juga dihidangkan dengan tayangan video pendakian ke Gunung Datuk serta sedikit hidangan hi tea…persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehigga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun & maaf sekiranya ada kekurangan & salah silap kami sebelum & selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...punya la lupa, tahun ni kami tak bergroup photo
Friday, March 18, 2011
Notis Persidangan
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.
Assalamualaikum w.b.k.
Saudari,
PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2011.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2011 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 27 Mac 2011 bersamaan 22 R.Akhir 1432H
Masa : 2.00 Petang
Tempat : DE PALMA SEMINAR & CONFERENCE CENTRE
15th Floor, Menara PKNS, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
.
Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.
Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, jika HADIR / TIDAK HADIR.
Sekian, terima kasih.
“GENERASI WANITA PRIHATIN”
Sunday, February 13, 2011
Best Moment
kita makan dulu.. $$ siapa lom bayar lagi peyertaan...tq abe...heheh
ooooo Tiger...ooops silap la... testing testing
ooo zoom... beng beng...argggg....