Saturday, May 21, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011


Assalammualaikum, Maaf rakan-rakan, mungkin masih belum terlambat untuk yang tidak hadir ke Persidangan kali ini, boleh la share bersama-sama kami yea. Kali ini kami 5orang + Ketua Puteri Caw & Timbalan Pengerusi Tetap so 7orang la kami. Seperti biasa kami la genuine pu3 cawangan Seksyen 20 Selatan.
PART 1
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011, telah di bersidang pada 07 Mei 2011 bersamaan 03 Jamadilakhir 1432H, pada jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Perdana Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Majlis , bacaan doa dan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu 'NEGARA KU, BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT DAN PUTERI. Seterusnya mesyuarat di teruskan dengan
ucapan aluan dari:-

Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara iaitu Cik Jaslina Herawati Harris Fadillah, ucapan dari Cik Jaslina pada hari itu banyak mencerita mengenai sejarah beliau sepanjang bersama puteri UMNO..bila,kenapa,mengapa beliau terus bersama umno, ini semua untuk memartabatkan orang-orang melayu yang ada di negara kita. Beliau juga ada menyatakan "kalau ingin jadi Puteri yang hebat,tingkah laku janganlah sumbang,mulut jangan suka mengumpat,waktu kerja jangan dok curi tulang."renung-renung kan lah....

Ucapan Perasmian oleh Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, YB Dato Ikhwan Salim Bin Dato HJ Sujak. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua yang terlibat pada hari mesyuarat.* ucapan ini tak boleh lama2, kalau lebih 20minit, pasti tumpuan mendengar akan berkurangan. Akhirnya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua yang hadir,'makan time'. makanan pada hari tu memang banyak dan sodap-sodap semuanya....next year buat kat sini lagi la yea, pihak pengurusan hotel pun sentiasa asa kat dalam dewan ni, semua terjaga la kiranya.


PART 2
Mesyuarat dimulakan semula dan di pegerusikan oleh Puan Rahzana Othman selaku Timbalan Pengerusi Tetap Puteri Bahagian ini Pen. Bendahari Puteri Cawangan kami, seperti biasa surat akuan sumpah di buat dihadapan para perwakilan puteri . Jumlah ahli puteri bahagian seramai 1206 orang, hanya 18 cawangan yang bersidang, jumlah perwakilan seramai 102 orang, yang hadir hanya 62 orang dan 40 orang tidak hadir, ramai juga kan yg tak hadir, barisan AJK puteri bahagian nampak banyak kerusi kosong, mana mereka semua ini yea. Bagi kami yg sebagai perwakilan nak juga tengok, siapa AJK di atas ini. Mungkin Barisan kepimpinan di atas perlu lakukan sesuatu...heheh jangan marah la yea..ini pandangan kami..


Mesyuarat diteruskan dengan memilih 10 orang perwakilan untuk ke mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Cik Jas sendiri telah mencalonkan kesepuluh nama perwakilan dan telah disetujui oleh semua yang bersidang. Bagi 2 orang Perwakilan ke Perhimpunan Agong Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menang tanpa bertanding iaitu Kak Lili & Jumalia.

Usul yang di bentangkan pada mesyuarat kali ini ialah:
'ONLINE REGISTRATION DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN'
Seperti yang kita sedari sekarang pendaftaran keahlian ahli UMNO sama ada Puteri,Pemuda dan Wanita adalah terlalu senang memandangkan zaman teknologi yang serba moden dimana pendaftaran keahlian UMNO boleh dilakukan secara online berbanding daripada dahulu zaman nenek moyang kita dimana pendaftaran keahlian UMNO adalah jauh berbeza daripada sekarang. Generasi muda sekarang kebanyakkannya celik IT dan banyak menghabiskan masa di alam maya.
1. Dengan adanya pendaftaran online menggalakkan individu sendiri yang ingin mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO secara sukarela dan bukan dipaksa.
2. Mengadakan kempen daftar ahli baru secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang lebih kreatif dan mesra dengan gerak kerja yang proaktif dan agresif terutamanya melalui sayap-sayap parti.
3. Menjalinkan kerjasama yang baik dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi mendekati rakyat dalam usaha daftar pemilih pilihan raya mengikut kawasan bagi memastikan setiap individu yang layak mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR dan seterusnya menyokong serta mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
4. Mengadakan usaha yang bersungguh-sungguh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan Badan Perhubungan Negeri untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi melaksanakan misi dan visi UMNO serta Barisan Nasional (BN) di segenap pelusuk negeri.
5. Had umur keahlian Puteri adalah daripada 18-35 tahun. Hal ini terjadi dimana-mana bahagian sekalipun bahawa ramai puteri yang masih belum mencapai umur 35 tahun telah mendaftar dan keahliannya secara automatik menjadi wanita.kita tidak mahu golongan muda ini yang masih dikatakan mentah dan baru hendak berjinak-jinak di dalam duni Politik. Bagi yang memegang jawatan di peringkat bahagian dan cawangan kita pohon agar UMNO pusat lebih peka supaya jawatan mereka ini dikekalkan dan tidak dilucutkan dengan sewenang-wenangnya sehingga tamat penggalnya.

Usul telah di sokong oleh Pn Siti Rokiah Ishak.
online registration satu kaedah yang efektif yang mana kita tahu dengan cara ini kita lebih dapat mendekatkan diri dengan remaja-remaja zaman sekarang yang lebih menghabiskan masa dengan melayari IT...percaya lah remaja zaman sekarang lebih gemar mendapatkan fakta-fakta tentang apa sahaja dari dunia siber dan tidak mustahil mereka akan mendapat kan maklumat atau apa sahaja mengenai UMNO dengan sendirinya, dengan adanya kaedah ini lebih menyenangkan proses pendaftaran dengan satu klik sahaja dimana ahli yang ingin berdaftar tak perlu untuk bersusah payah untuk membuat janji temu dan ke pejabat pendaftaran. Selain itu ini juga dapat mengelakkan dari wujudnya 'AHLI HANTU' yang dimana nama ahli baru telah di daftarkan di cawangan kita tetapi nama ahli wujud juga di cawangan lain.

Cara berkempen juga sedang menjalani transformasi. Sumber-sumber maklumat baru, contohnya akses pada sumber maklumat alternatif contohnya blog,laman web seperti Facebook, YouTube,Twitter dan banyak lagi telah diterapkan dalam kempen pilihanraya.

Transformasi sedang berlaku disekeliling kita. Bagi mengharungi transformasi ini, kita perlu mempunyai sikap yang baru , optimistik dan terbuka kepada perubahan yang dibawa. Justeru itu, kita tidak boleh lagi terus leka dalam zon selesa kita dan mengambil mudah semua perkara sedangkan perubahan pesat berlaku di sekeliling kita. Sebaliknya kita semua harus mengembeleng tenaga dan fikiran untuk menjana, bukan setakat perubahan di sana sini, tetapi suatu transformasi budaya kerja yang lebih menyeluruh, memahami kehendak dan halatuju kepimpinan, manghapuskan politik negatif dalaman dan meningkatkan politik yang menentukan kejayaan demi perjuangan kita.
usul yang di bentangkan telah disokong oleh semua ahli yang hadir. Harap sangat usul ini sampai ke peringkat atasan iaitu UMNO Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan untuk ucapan penangguhan
Ketua Puteri kami pun diminta untuk berucap selaku Naib Ketua Puteri Bahagian....tapi tak lama sekejap je....kak ani sempat menyentuh bab online registration yang di diusulkan semasa mesyuarat diadakan,beliau menyeru pada sesiapa yang ahlinya belum berdaftar bolehlah email kan nama,alamat & ic no. Saya juga tertarik dengan pantun dari kak ani, dengar ye kawan-kawan
"2 3 kucing berlari, kalau kami marah,puteri jangan lah lari".

Mesyuarat akhirnya ditangguhkan pada jam 5.13 PM dan diakhiri dengan sesi bergambar. Ada sedikit yg saya & rakan2 lain nak sentuh, kami harap barisan kepimpinan dapat la juga mengambil kira pandangan kami ini, walaupun saya terlalu baru di dalam Puteri, saya sendiri yg mencari untuk menyertai pu3, dimana minatnya datang dari diri sendiri adalah lebih berkesan. Alhamdullilah kami di cawangan ada juga aktiviti yg diadakan, nama pun golongan muda kan, jadi tak mau la program-program yg terlalu politik sangat, macam golongan kami ni nak join.


1. Menyentuh mengenai masa, rasanya semua berjalan dengan lancar, bila kita on time jadi semuanya akan COOL, yg lambat datang tu, tak perlu pun menunggu mereka ini, kerana bila kita tunggu, pasti mereka akan fikir, "tak pa belum start lagi tu, mesti tunggu punya"..heheh Bila yg hadir lambat ni, pasti akan malu sendiri bila function dah bermula.

2. Pakaian, saya rasa tahun lePas pun kak Ab dah sentuh juga dalam bab ini, if kawan2 tak percaya tgk dekat post tahun lepas. Memang Ketua Puteri Cawangan kena main kan peranan. Mana la kami yg akar umbi nak tahu kan kalau Kpu3 caw tak bagi tau.. Apa kata kita buat satu program etika pakaian ketika majlis Rasmi & juga cara-cara sopan di majlis. Bukan untuk majlis puteri je, tapi baik untuk diri sendiri. Lebih manis rasanya jika kita tahu etika ini. Nama pun puteri kan. Ayu & cantik. dan juga COOL.3. Suka juga bila ada kek untuk menyambut hari ibu ini, seronok tengok kawan2 yg bergelar ibu ini, rasa sangat dihargai. Tapi birthday tu sapa yea..ini function pu3 kan, emm kan lebih molek disambut birthday bulan May untuk perwakilan pu3.. Ini saja dari saya, sedang kan lidah lagi tergigit, ini kan pula rakan pu3. Renung-renungkan yea. Maaf sekiranya ada yg terasa hati & sebagainya. Tapi sudah masanya kita mentransformasikan diri sendiri dengan lebih maju. Pu3 COOL.. Dari saya Fiza.

No comments:

Post a Comment