Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Cawangan, yg duduk tu ibu EG
Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Tuesday, May 3, 2011
Sumbangan
Sunday, April 24, 2011
Y&S Boutique
Yanti & Kak Bib, tengah mendengar penjelasan tentang penjagaan kulit muka dari Yanti
Monday, April 18, 2011
JOM FACIAL...
Pu3 Seksyen 2o Selatan mengadakan program facial Aura Seri di Y & S Boutique Spa pada hari Sabtu 23/04/2011 jam 10:00am hingga 3:00pm. Bertempat Y & S Boutique Spa Galeri N0.3 Menara PNKS PJ Ground Floor (ala tempat yg kita berbuka puasa dulu & mesyuarat baru ini). 10 orang Pu3 terawal dikenakan bayaran RM 5, pu3 yang seterusnya dikenakan bayaran RM 15...Jom kita beramai-ramai memeriahkannya...datang awal tau 10 orang terawal jer dapat harga istimewa..sila beri nama kepada Pen.Setiausaha Aisah sekiranya rakan2 berminat.. DATANG, FACIAL & PULANG..tak perlu tunggu lama lama...
AL-FATIHAH
Wednesday, April 6, 2011
Persidangan UMNO Cawangan SEKSYEN 20 SELATAN
Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada Ahad,27 Mac 2011 bertempat di De Palma & Conference Center 15th Floor Menara PKNS dengan jayanya. Sms sudah di keluarkan & juga disertakan email bagi notis Persidangan. Ada juga yg tersentuh hati sebak bila membaca email Ketua puteri & ada juga yg terasa hati. Nama pun berjawatankan, tak salah jika setahun sekali kita hadir bagi menunaikan tanggungjawab kita. Ok la tu rakan-rakan, teater, aktiviti yg hanya bayar setakat tak sampai 50% pun..dan macam2 lagi la...renung-renungkan bersama. Sometimes in life kita kena ada give & take...Bila tiba hari persidangan hati kami kerisauan kerana bimbang ahli Puteri cawangan tidak cukup korum untuk bersidang, tetapi sangkaan kami meleset di mana selepas sesi mendaftar diri ahli puteri UMNO cawangan telah mencukupi seramai 14 orang….Alhamdulillah…syukur..berbalik kepada yg maha esa, jika betul cara kita & ikhlas insyallah ALLAh sentiasa bersama kita. Kami tidak mengambil banyak masa apabila memastikan ahli kami cukup korum kami terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli baru…Kak Nie telah mendapat persetujuan semua ahli untuk menjadi pengerusi sementara
menggantikan Kak Haniza selaku Pengerusi Tetap yang tidak dapat hadir…terdapat beberapa perubahan dimana Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan adalah perwakilan automatik yang perlu hadir , Nur Hafizah dan Siti Salamah telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian tetapi 2 orang wakil ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pula bagi sesiapa penama yang ingin menjadi wakil hendaklah mendaftar diri di Bahagian dan telah menjadi ahli umno selama 3tahun. 20 minit sahaja persidangan kami selesai…dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan “ Terima Kasih kerana sudi hadir walaupun saat-saat akhir dan beliau berharap agar lebih banyak mengadakan aktiviti untuk menarik perhatian ahli baru kerana kami diatas ini dan beberapa org ahli akan menamatkan term sebagai puteri UMNO, berharap selepas ini lebih baik dari kami ”…selepas persidangan cawangan selesai ada acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Penaung Singgah sini Kak Ida, Ketua caw, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan. Kami juga dihidangkan dengan tayangan video pendakian ke Gunung Datuk serta sedikit hidangan hi tea…persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehigga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun & maaf sekiranya ada kekurangan & salah silap kami sebelum & selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...punya la lupa, tahun ni kami tak bergroup photo
Friday, March 18, 2011
Notis Persidangan
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.
Assalamualaikum w.b.k.
Saudari,
PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2011.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2011 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 27 Mac 2011 bersamaan 22 R.Akhir 1432H
Masa : 2.00 Petang
Tempat : DE PALMA SEMINAR & CONFERENCE CENTRE
15th Floor, Menara PKNS, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
.
Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.
Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, jika HADIR / TIDAK HADIR.
Sekian, terima kasih.
“GENERASI WANITA PRIHATIN”
Sunday, February 13, 2011
Best Moment
kita makan dulu.. $$ siapa lom bayar lagi peyertaan...tq abe...heheh
ooooo Tiger...ooops silap la... testing testing
ooo zoom... beng beng...argggg....Pendakian ke Gunung Datok
Walaupun konvoi tidak menjadi tapi kami tetap sampai ke tempat yg dituju. Alhamdullilah semua berjalan lancar. lepas kami berkemas..aduh perut dah keroncong, nasib makanan tengahari dah sedia. apa lagi lauk mesti la orang negori.. masak lemak cili api la..Roy makan punya la tak nampak kiri kanan dah..sehingga menjilat jari di buat nya..tepat 1.30ptg. Dalam pukul 3ptg, time nak telematch ujan plak, walaupun renyai2 program tetap dijalankan..hehehe..paling best telematch 'Ozoom', macam2 aksi, sampai nak pecah perut gelak..game ikatan kasih pulak sepatutnya lain...tapi ini acara kami kan...jadi cara game kami la... apa yg ada...keluar kan je... time ni hehehh group 1 menang, group kak nie la..nasib la ada beg Kak na [jadi mangsa la yea] ermmm tapi waktu amat cemburu tanpa sedar dah nak masuk waktu senja. jadi pulang masuk ke tempat beradu masing-masing...
Kitaorg bekumpul semula tepat jam 8..ada BBQ huhh dah terliur ni tak sabar nak makan. Tak sangka kami Abg Latiff sudi join kami... sungguh pantas betul plan kami ni, dalam sekelip mata dah plan bila tahu Abg latiff nak join bersama kami malam itu...Seperti biasa program kami sentiasa penuh...maklum la semua dengan idea2 yg berbagai2...mlm tu kitaorg buat games kotak beracun, huhu sekali kena Abg latif terpaksalah dia kena denda nasib ketua cawangan sporting..lepas tu kitaorg tukar2 hadiah yg dibawa. nak tau kitaorg ada surprise program, nak tau program ape? jeng, jeng, jeng..Besday kek utk ketua cawangan (abg latif). lebih kurang kul 11mlm kami beredar ke bilik masing2..kenalah tido awal kan, tak sabar ni nak mendaki sok, harap2 ujan bentilah..Friday, January 28, 2011
Jom Mendaki Gunung Datuk Negeri Sembilan

Saturday, January 1, 2011
Selamat Menyambut Tahun 2011

