Bertemu kembali, Mesyuarat dimulakan pada pukul 5.15 petang yang mana ahli yang hadir adalah 57 orang, maka cukup la korum untuk bersidang.
Usul yang dibentangkan oleh Cik Bibie adalah bertajuk "Kembali Memartabatkan Halatuju Bangsa Melayu Melalui UMNO Serta Mekanisme Membudayakan Puteri UMNO". Antara isi penting dalam usul ini ialah:
1. Akhir-akhir ini keutuhan dan kebersatuan bangsa Melayu semakin berkurang tidak kira datang dari parti pembangkang atau sesama kita sendiri.
2. Persepsi anak muda yang melihat UMNO sebagai kurang meyakinkan membuatkan kita amat runsing.
3. Antara langkah yang perlu diambil supaya perkara ini tidak berlarutan ialah:
i)Kita kenalah fokus dalam merencanakan dan melaksanakan apakah yang terbaik demi membina sebuah bangsa yang terulung
ii)Perlu ambil kira sensitiviti golongan muda yg menjadi sasaran puteri UMNO hari ini.
iii)Tidak boleh menganggap pergerakan sayap kiri UMNO ini adalah manja sehinggakan tidak boleh memberi sumbangan dan bakti kepada bangsa dan juga negara.
Usul ini disokong padu oleh semua ahli yang hadir tanpa sebarang bantahan.
Ucapan Penanguhan:-
Puan Lily Suriani yg sedang sarat mengandung bangun dengan penuh semangat mencadangkan satu perkara yang dianggap baik untuk masa depan bangsa kita. Perkara itu adalah suatu usaha perlu dilakukan untuk menaikkan ekonomi bangsa Melayu kita. Beliau mencadangkan supaya ahli-ahli puteri yang berkemahiran dari segi pembuatan makanan atau berkemahiran seperti menjahit, kraftangan atau sebagainya, dihimpunkan dan dikumpul untuk dijadikan satu penjenamaan di bawah satu bumbung. Ini sesuai sekali seperti pepatah melayu "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh", atau "sebatang lidi mudah dipatahkan, tetapi kalau serumpun lidi yang dijadikan penyapu, susah dipatahkan". Dengan penjenamaan ini, maka mudahlah produk ini diterima di masyarakat, seperti kejayaan produk yang berjenama AGROMAS. Beliau juga menawarkan diri untuk menjadi penyelaras bagi tujuan ini, dan berharap perkara ini di ambil serius oleh pihak atasan tatkala ekonomi Melayu kita telah jatuh berbanding bangsa lain walaupun berada di tanah air sendiri.
Ada lagi yang turut serta memberi ucapan antaranya Sdr Sheikh Harun (Setiausaha Bhg), Naib Ketua Puteri Bhg Sdri Rozaini, Ketua Puteri Bhg Sdri Jaslina dan beberapa wakil bahagian.
Naib Ketua Puteri Bhg kita iaitu Cik Rozaini ada menyentuh isu keahlian dimana puteri semakin lama semakin hilang, Menarik minat golongan muda mudi bkn tugas Puteri UMNO semata2 tetapi tugas setiap ahli UMNO. Pengaruhi melalui jati diri yg ada, jika ada puteri seorang pendidik, guna skill yg ada utk berdamping dgn masyarakat. Berusaha memahami & letak diri kita dalam kepayahan mereka dlm memahami. Menarik pemikiran mereka utk bersama2 kita, bertanya mereka apa yg boleh dicadangkan, apa yg mereka ingin sembang. Jangan sisih pendapat atau kritik pendapat mereka, jadikan mereka org yg penting. Laksanakan aktiviti & program apa yg org muda minat.. tetapi kena la balance…dengan ini Secara tidak langsung mereka minat utk meyertai puteri & Barisan Nasional. Betapa pentingnya perjuangan orang terdahulu dari kita utk kehidupan yg selesa, harmoni & hak2 org melayu. Bagaimana beliau begitu prihatin tentang pendaftaran keahlian untuk pilihanraya nanti. Beliau juga mengingatkan pada ahli-ahli puteri yang tidak mendaftar dengan suruhanjaya pilihanraya supaya segera berbuat demikian atau bolehlah berjumpa dengan beliau bagi tujuan maksud itu.
Tak ketinggalan juga ada perwakilan dan AJK yang mengambil kesempatan ini untuk berkempen supaya mengundi mereka untuk G7.
Akhirnya, mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.36 petang. Ada beberapa perkara yang tidak sedap mata dan telinga sepanjang berlangsungnya persidangan selama tiga jam setengah itu.
Antaranya:-
MASA- ramai ahli puteri yang tiba lewat dan bersambil lewa dari segi masa. Ada yang datang lewat bukan disebabkan kesesakan jalanraya atau tayar pancit atau tertinggal I/C di rumah, tapi apa yang menyedihkan datang lewat dengan alasan " ala, dah tau majlis akan start lambat, jadi buat apa datang awal, nanti menunggu lama" katanya. Kalau beginilah mentaliti dan attitude kita, jawabnya rosaklah bangsa...-
PAKAIAN- ada yang datang ke mesyuarat perwakilan dengan tidak memakai pakaian rasmi iaitu baju putih dan kain batik puteri. Yang ini saya tak pasti salah siapa, salah ketua mereka tidak maklumkan dengan jelas ke atau sikap diri sendiri yang memang tak nak pakai pakaian rasmi ini. Tapi tak banyak la, ada dalam 3 atau 4 orang sahaja.
BERBUAL SEMASA UCAPAN- saya tak tahulah bagaimana nak ubah sikap sesetengah individu ini yang sangat suka berbual panjang semasa orang lain berucap di depan. Bukan setakat bercakap, tetapi BERBUAL. Walaupun ada juga yang menegur dengan membunyikan "Shhh", tapi mereka ini tetap juga rancak bersembang sesama mereka. Rugi betul lah, kerana peluang yang datang bukan selalu datang. Semasa orang-orang penting ini memberi ucapan, patutnya gunakan masa ini untuk mendengar, ambil point-point penting untuk diri sendiri dan ambil tunjuk ajar yang disampaikan itu. Kalau nak bersembang, bila-bila pun boleh bersembang selepas itu, petang lepas mesyuarat tu pun boleh, nanti malam pun boleh, dalam telefon pun boleh. Tapi kalau nak mendengar ucapan dari Dato' Ikhwan, dalam telefon malam tu boleh ker?Mana boleh....!Itu sahaja laporan saya kali ini, Salah dan silap harap dimaafkan. AB
No comments:
Post a Comment