Friday, July 9, 2010

Part 1 - Mesyuarat Perwakilan Puteri Bhg PJU


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara 2010 telah diadakan pada 3 Julai 2010,2:30 petang di Shah Village, Petaling Jaya. Mesyuarat ini sebenarnya dimulakan pada pukul 3.00 petang selepas ketibaan Yang Berbahagia Dato' Ikhwan Salim Dato' Hj. Sujak iaitu ketua UMNO Bahagian PJU. Dato' Ikhwan yang sehari sebelum mesyuarat berada di Shenzen, China, bergegas balik untuk menghadiri mesyuarat ini kerana bagi beliau mesyuarat ini adalah penting bagi menyampaikan amanat, peringatan serta motivasi belaiau kepada ahli-ahli Puteri yang hadir ke mesyuarat ini. Seperti biasa, mesyuarat ini dimulakan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, nyanyian 3 buah lagu iaitu "Negaraku", "Lagu UMNO" dan "Lagu Puteri".

Seterusnya ucapan aluan dari Ketua Puteri Bahagian iaitu Cik Jaslina Herawati. Antara isi penting dalam ucapan beliau ialah beliau bimbang akan kedudukan UMNO sekarang dan berharap ahli puteri dapat memberi kesedaran pada kawan-kawan puteri di luar sana nasib yang bakal menimpa kita sekiranya negara kita jatuh ketangan pembangkang. UMNO telah banyak berjasa dalam memerdekakan dan membangunkan tanah air dan oleh itu janganlah dilupakan jasa UMNO ini. Antara lain yang menarik dalam ucapan beliau juga ialah perkataan "TERKESIMA" yang mana membuatkan para hadirin dalam majlis itu tertanya-tanya antara satu sama lain. ( "TERKESIMA" = tercengang, termangu-mangu, hilang akal).


Pada 3.45 petang, tiba pula masa untuk ucapan penutup merangkap merasmikan mesyuarat perwakilan oleh YB Dato' Ikhwan. Ucapan beliau sepanjang 45 minit itu banyak mengandungi nasihat dan keinsafan yang muncul kepada seiapa yang mendengarnya. Beliau mengingatkan semua hadirin supaya mengubahkan "mind-set" supaya lebih banyak menyumbang dalam segala perbuatan kita, tidaklah boleh hanya berfikiran hendak menerima sahaja atau bantuan dari kerajaan sahaja. Mulakan menyumbang dari sekecil-kecil perkara pun tidak mengapa, mungkin kelak sumbangan itu akan menjadi besar.Beliau juga turut berkongsi pengalaman pahit manis beliau di negara China dan mengingatkan ahli-ahli puteri supaya bersyukur dan tidak melatah akan subsidi minyak yang akan ditarik balik oleh kerajaan. Ini adalah kerana harga minyak negara kita jauh lebih murah berbanding negara lain; misalnya di China 1 liter = RM6.00 walhal negara kita RM2.00. Para hadirin juga diingatkan supaya memperbaiki kekurangan parti dengan segera dan bertindak pantas kerana masa yang tinggal untuk Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) adalah kurang dari 3 tahun sahaja lagi. Setelah selesai ucapan penutup dan perasmian oleh Dato' Ikhwan, para hadirin dijemput menjamu selera hidangan petang. Maklum la perut masing2 dah berlagu antara menu yang menggugat iman kepada sesiapa yang berdiet adalah Nasi Goreng, Bihun Goreng, Ayam Goreng Rempah, Hotdog, Karipap, Popiah, Sandwich, Puding dan sebagainya. Nantikan Part 2....



Persiapan pada malam sebelum Persidangan bermula..

No comments:

Post a Comment