Thursday, July 22, 2010

Imbasan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg

Sabtu 10hb Julai 2010, di Segi Collage...Seawal 8.30pg, Kami menjalankan tanggungjawab kami sebagai Perwakilan ke Persidangan UMNO Bahagian. Kak Zee tidak dapat hadirkan diri.. Sepatutnya Persidangan ni pada Ahad 11hb... atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan..maka 10hb la iaya diadakan. Istimewanya bahagian PJU, ialah dimana G7 diwakili oleh Setiap wakil dari Sayap Pergerakan Puteri, Wanita & Pemuda.

Kak Nie, Kak Mas & Abg Latiff

Ringkasan ucapan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop

*BERSATU
- Adakah melayu hanya menang sorak sampaikan tergadai kampung sendiri.
- Segala tindakan Orang melayu hanya mengikut emosi & perasaan tanpa memikirkan akibat akan datang.
- Sebagai contoh di akbar Utusan terpampang isu peruntukkan untuk pelajar bkn bumiputra yang mengakibatkan ia menjadi isu pedebatan antara kaum.
- Kerana org melayu selalu mempertikaikan hak2 org melayu, walhal semua sudah termaktub & jelas di perlembagaan bahawa hak2 org melayu akan sentiasa terpelihara.

*BERSETIA
-1 kapal hanya ada 1 nakhoda
-Jadikan pengajaran peristiwa umno tewas digelanggang sendiri pd pilihanraya 2008, bila Selangor jatuh di pihak PKR.

*BERKHIDMAT
-Jadilah seperti padi semangkin berisi semangkin menunduk..
-sentiasa prihatin kpd isu/masalah masyarakat sekeliling.
-pandai mengambil hati kaum yang bukan melayu.
-supaya mereka tidak rasa terpinggir secara logiknya kita akan dapat meraih undi di pemilihan akan datang.

Serba sedikit yg boleh dikongsi bersama rakan-rakan...tertarik juga dengan kata-kata Dato Nazri... "Kenapa nak marah... dorang pun ahli UMNO juga, kalau dah kita sesama kita pun tidak boleh bersama macam mana kita nak kuat..." Betul tu, Cawangan kami parti Pembangkang ke !!!! Kami masih Cawangan didalam Parti UMNO, menjalankan tanggungjawab kami apa yg termampu & melaksanakan aktivit bersama2...Rasanya tak guna la.. Dato Nazri laungkan BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT...kerana masih ada segelintir rakan-rakan yg tidak memahami....bukan nak menang sorak rakan2... ada yg lebih penting lagi... SYABAS!!!

Bersama AJK puteri PJU Bibie, Sherry, Kak NIe, Juma, Mas & Zeti

No comments:

Post a Comment