Friday, July 30, 2010

Training Netball

Jangan risau update tetap update.. biasa la editor editor yg di tugaskan tengah mencari idea & masa. Kami start training dari minggu lepas lagi...konon bersemangat nak meyertai Pertandingan. Kak Mas yang lead netball ni, lantik Moi jadi Kapten.. jadi kapten jangan lupa apa sebenarnya tugas kapten... kena la pastikan satu pasukan.. bermain sebagai 1 pasukan..pastikan tempat untuk training, bila, di mana , pukul berapa kena la confirmkan, bila dah confirm kena la inform Kak Mas atau Aishah, Aishah kan setiausaha, jadi dia akan sms dekat para pemain. Itulah caranya. Time kena pancual.. baru la boleh jadi pemain yg berdisplin. Kena ada juga prinsip...semuakan 1 team, Bersatu Teguh Bercerai Roboh...
Bersemangat kami training... tup tup... tunda pula..selepas Raya la nampaknya...tapi tak pa la kami nak training juga.. Tapi jangan main netball je... program lain sertai la juga yea...Kami ajak juga rakan2 yg lain, jadi kami bergabung utk 1 pasukan.. 1st day training, ramai yg tidak dapat hadir..but alhamdulillah selepas itu cukup la pemain kami...

Thursday, July 22, 2010

Lawatan Mengejut....:)


Siti Salamah... ahli puteri yg paling muda dalam cawangan kami... Anak Kak Absah (Suk UMNO Bhg)... Kami cuba meluangkan masa untuk melawat..."kakak" (dia suka bahasakan diri dia kakak) yang terlantar di Hospital.. menjalani pembedahan Appendix... Alhamdulillah semuanya selamat... tidak lama dia terlantar.. 1 malam je rasanya...kakak macam orang sihat je... :) tabah betul la dia ni...Masa malam tu, dia inform ibu dia, yg dia nak hadir mesyuarat yg kami adakan untuk merangka program seterusnya... tak sangka la pulak hajatnya tidak kesampaian... tidak mengapa kakak... kesihatan perlu di utamakan..Kami tahu kakak memang suka berkhidmat... Jangan risau kami tak marah pun ...;)


Perasan ke... sign board ni... kami jumpa ni masa di parking kereta Hospital PPUM... kami ni terlebih prihatin.... Abg latiff " tak da kerja ke... itu pun nak tangkap gambar" abg tak perasan ke apa yg ditulis ....

Imbasan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg

Sabtu 10hb Julai 2010, di Segi Collage...Seawal 8.30pg, Kami menjalankan tanggungjawab kami sebagai Perwakilan ke Persidangan UMNO Bahagian. Kak Zee tidak dapat hadirkan diri.. Sepatutnya Persidangan ni pada Ahad 11hb... atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan..maka 10hb la iaya diadakan. Istimewanya bahagian PJU, ialah dimana G7 diwakili oleh Setiap wakil dari Sayap Pergerakan Puteri, Wanita & Pemuda.

Kak Nie, Kak Mas & Abg Latiff

Ringkasan ucapan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop

*BERSATU
- Adakah melayu hanya menang sorak sampaikan tergadai kampung sendiri.
- Segala tindakan Orang melayu hanya mengikut emosi & perasaan tanpa memikirkan akibat akan datang.
- Sebagai contoh di akbar Utusan terpampang isu peruntukkan untuk pelajar bkn bumiputra yang mengakibatkan ia menjadi isu pedebatan antara kaum.
- Kerana org melayu selalu mempertikaikan hak2 org melayu, walhal semua sudah termaktub & jelas di perlembagaan bahawa hak2 org melayu akan sentiasa terpelihara.

*BERSETIA
-1 kapal hanya ada 1 nakhoda
-Jadikan pengajaran peristiwa umno tewas digelanggang sendiri pd pilihanraya 2008, bila Selangor jatuh di pihak PKR.

*BERKHIDMAT
-Jadilah seperti padi semangkin berisi semangkin menunduk..
-sentiasa prihatin kpd isu/masalah masyarakat sekeliling.
-pandai mengambil hati kaum yang bukan melayu.
-supaya mereka tidak rasa terpinggir secara logiknya kita akan dapat meraih undi di pemilihan akan datang.

Serba sedikit yg boleh dikongsi bersama rakan-rakan...tertarik juga dengan kata-kata Dato Nazri... "Kenapa nak marah... dorang pun ahli UMNO juga, kalau dah kita sesama kita pun tidak boleh bersama macam mana kita nak kuat..." Betul tu, Cawangan kami parti Pembangkang ke !!!! Kami masih Cawangan didalam Parti UMNO, menjalankan tanggungjawab kami apa yg termampu & melaksanakan aktivit bersama2...Rasanya tak guna la.. Dato Nazri laungkan BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT...kerana masih ada segelintir rakan-rakan yg tidak memahami....bukan nak menang sorak rakan2... ada yg lebih penting lagi... SYABAS!!!

Bersama AJK puteri PJU Bibie, Sherry, Kak NIe, Juma, Mas & Zeti

Thursday, July 15, 2010

Bengkel Solekan & Kecantikan


Bengkel Solekan & Kecantikan, Sabtu 24hb Julai 2010, 3ptg di Purrfect Beauty. Alatan & refreshment disediakan. Module - Basis skincare, cara massage muka yg betul, "Day makeup" teknik, dari cara memilih foundation hingga teknik solekan. Pu3 caw Sek 20 Selatan jgn lepaskan peluang ini,tempat terhad, sila sms Aishah if nak sertai. Tidak tahu dimana.... senang je... jika hendak ke Sunway Piramid akan nampak DOMINO Pizza... purrfect Beauty kat area itu la, akan nampak Klinik IKH... tengok atas ada besarnya Sign Board...TQ

NetBall Training....




Jom sertai kami... Netball training di Rakan Muda Puchong (kalau datang dari Sunway tol, selepas IOI mall terus smp nampak komplek Rakan Muda sebelah Kanan) pada :-

Sabtu 17hb Julai 2010, 4-6petang

Selasa 20hb Julai 2010, 8.30 Malam

Khamis 22hb Julai 2010, 8.30 Malam



Minta kerjasama players untuk hadir training. Pakaian sudah tentulah Pakaian sukan yea, Air minum pun jangan la lupa :)


Moi - Jangan lupa bawa bib & bola.


* Rakan-rakan yg lain jom join training dgn kami....kalau tidak kami nak training dengan sapa. Ajak la kawan-kawan yg lain... Jumpa kami di sana yea..

Tuesday, July 13, 2010

Part 2 - Mesyuarat Perwakilan Puteri

Barisan AJK Puteri Bahagian
Bertemu kembali, Mesyuarat dimulakan pada pukul 5.15 petang yang mana ahli yang hadir adalah 57 orang, maka cukup la korum untuk bersidang.

Usul yang dibentangkan oleh Cik Bibie adalah bertajuk "Kembali Memartabatkan Halatuju Bangsa Melayu Melalui UMNO Serta Mekanisme Membudayakan Puteri UMNO". Antara isi penting dalam usul ini ialah:

1. Akhir-akhir ini keutuhan dan kebersatuan bangsa Melayu semakin berkurang tidak kira datang dari parti pembangkang atau sesama kita sendiri.

2. Persepsi anak muda yang melihat UMNO sebagai kurang meyakinkan membuatkan kita amat runsing.

3. Antara langkah yang perlu diambil supaya perkara ini tidak berlarutan ialah:
i)Kita kenalah fokus dalam merencanakan dan melaksanakan apakah yang terbaik demi membina sebuah bangsa yang terulung

ii)Perlu ambil kira sensitiviti golongan muda yg menjadi sasaran puteri UMNO hari ini.

iii)Tidak boleh menganggap pergerakan sayap kiri UMNO ini adalah manja sehinggakan tidak boleh memberi sumbangan dan bakti kepada bangsa dan juga negara.

Usul ini disokong padu oleh semua ahli yang hadir tanpa sebarang bantahan.

Ucapan Penanguhan:-

Puan Lily Suriani yg sedang sarat mengandung bangun dengan penuh semangat mencadangkan satu perkara yang dianggap baik untuk masa depan bangsa kita. Perkara itu adalah suatu usaha perlu dilakukan untuk menaikkan ekonomi bangsa Melayu kita. Beliau mencadangkan supaya ahli-ahli puteri yang berkemahiran dari segi pembuatan makanan atau berkemahiran seperti menjahit, kraftangan atau sebagainya, dihimpunkan dan dikumpul untuk dijadikan satu penjenamaan di bawah satu bumbung. Ini sesuai sekali seperti pepatah melayu "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh", atau "sebatang lidi mudah dipatahkan, tetapi kalau serumpun lidi yang dijadikan penyapu, susah dipatahkan". Dengan penjenamaan ini, maka mudahlah produk ini diterima di masyarakat, seperti kejayaan produk yang berjenama AGROMAS. Beliau juga menawarkan diri untuk menjadi penyelaras bagi tujuan ini, dan berharap perkara ini di ambil serius oleh pihak atasan tatkala ekonomi Melayu kita telah jatuh berbanding bangsa lain walaupun berada di tanah air sendiri.

Ada lagi yang turut serta memberi ucapan antaranya Sdr Sheikh Harun (Setiausaha Bhg), Naib Ketua Puteri Bhg Sdri Rozaini, Ketua Puteri Bhg Sdri Jaslina dan beberapa wakil bahagian.


Naib Ketua Puteri Bhg kita iaitu Cik Rozaini ada menyentuh isu keahlian dimana puteri semakin lama semakin hilang, Menarik minat golongan muda mudi bkn tugas Puteri UMNO semata2 tetapi tugas setiap ahli UMNO. Pengaruhi melalui jati diri yg ada, jika ada puteri seorang pendidik, guna skill yg ada utk berdamping dgn masyarakat. Berusaha memahami & letak diri kita dalam kepayahan mereka dlm memahami. Menarik pemikiran mereka utk bersama2 kita, bertanya mereka apa yg boleh dicadangkan, apa yg mereka ingin sembang. Jangan sisih pendapat atau kritik pendapat mereka, jadikan mereka org yg penting. Laksanakan aktiviti & program apa yg org muda minat.. tetapi kena la balance…dengan ini Secara tidak langsung mereka minat utk meyertai puteri & Barisan Nasional. Betapa pentingnya perjuangan orang terdahulu dari kita utk kehidupan yg selesa, harmoni & hak2 org melayu. Bagaimana beliau begitu prihatin tentang pendaftaran keahlian untuk pilihanraya nanti. Beliau juga mengingatkan pada ahli-ahli puteri yang tidak mendaftar dengan suruhanjaya pilihanraya supaya segera berbuat demikian atau bolehlah berjumpa dengan beliau bagi tujuan maksud itu.

Tak ketinggalan juga ada perwakilan dan AJK yang mengambil kesempatan ini untuk berkempen supaya mengundi mereka untuk G7.

Akhirnya, mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.36 petang. Ada beberapa perkara yang tidak sedap mata dan telinga sepanjang berlangsungnya persidangan selama tiga jam setengah itu.

Antaranya:-

MASA- ramai ahli puteri yang tiba lewat dan bersambil lewa dari segi masa. Ada yang datang lewat bukan disebabkan kesesakan jalanraya atau tayar pancit atau tertinggal I/C di rumah, tapi apa yang menyedihkan datang lewat dengan alasan " ala, dah tau majlis akan start lambat, jadi buat apa datang awal, nanti menunggu lama" katanya. Kalau beginilah mentaliti dan attitude kita, jawabnya rosaklah bangsa...-

PAKAIAN- ada yang datang ke mesyuarat perwakilan dengan tidak memakai pakaian rasmi iaitu baju putih dan kain batik puteri. Yang ini saya tak pasti salah siapa, salah ketua mereka tidak maklumkan dengan jelas ke atau sikap diri sendiri yang memang tak nak pakai pakaian rasmi ini. Tapi tak banyak la, ada dalam 3 atau 4 orang sahaja.

BERBUAL SEMASA UCAPAN- saya tak tahulah bagaimana nak ubah sikap sesetengah individu ini yang sangat suka berbual panjang semasa orang lain berucap di depan. Bukan setakat bercakap, tetapi BERBUAL. Walaupun ada juga yang menegur dengan membunyikan "Shhh", tapi mereka ini tetap juga rancak bersembang sesama mereka. Rugi betul lah, kerana peluang yang datang bukan selalu datang. Semasa orang-orang penting ini memberi ucapan, patutnya gunakan masa ini untuk mendengar, ambil point-point penting untuk diri sendiri dan ambil tunjuk ajar yang disampaikan itu. Kalau nak bersembang, bila-bila pun boleh bersembang selepas itu, petang lepas mesyuarat tu pun boleh, nanti malam pun boleh, dalam telefon pun boleh. Tapi kalau nak mendengar ucapan dari Dato' Ikhwan, dalam telefon malam tu boleh ker?Mana boleh....!Itu sahaja laporan saya kali ini, Salah dan silap harap dimaafkan. AB

Monday, July 12, 2010

Suasana Mesyuarat PErwakilan

Puteri yg bertanggunjawab semasa pendaftaran

Perwakilan selepas selesai Mesyuarat

Inilah Perwakilan di Cawangan Kami, Ab, Zee & Mas. Kak Na (Timb Pengerusi Tetap Puteri Bhg & Kak Nie Naib Ketua Puteri Bahagian.

Seleraknya Meja kami..makan time

Friday, July 9, 2010

Part 1 - Mesyuarat Perwakilan Puteri Bhg PJU


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara 2010 telah diadakan pada 3 Julai 2010,2:30 petang di Shah Village, Petaling Jaya. Mesyuarat ini sebenarnya dimulakan pada pukul 3.00 petang selepas ketibaan Yang Berbahagia Dato' Ikhwan Salim Dato' Hj. Sujak iaitu ketua UMNO Bahagian PJU. Dato' Ikhwan yang sehari sebelum mesyuarat berada di Shenzen, China, bergegas balik untuk menghadiri mesyuarat ini kerana bagi beliau mesyuarat ini adalah penting bagi menyampaikan amanat, peringatan serta motivasi belaiau kepada ahli-ahli Puteri yang hadir ke mesyuarat ini. Seperti biasa, mesyuarat ini dimulakan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, nyanyian 3 buah lagu iaitu "Negaraku", "Lagu UMNO" dan "Lagu Puteri".

Seterusnya ucapan aluan dari Ketua Puteri Bahagian iaitu Cik Jaslina Herawati. Antara isi penting dalam ucapan beliau ialah beliau bimbang akan kedudukan UMNO sekarang dan berharap ahli puteri dapat memberi kesedaran pada kawan-kawan puteri di luar sana nasib yang bakal menimpa kita sekiranya negara kita jatuh ketangan pembangkang. UMNO telah banyak berjasa dalam memerdekakan dan membangunkan tanah air dan oleh itu janganlah dilupakan jasa UMNO ini. Antara lain yang menarik dalam ucapan beliau juga ialah perkataan "TERKESIMA" yang mana membuatkan para hadirin dalam majlis itu tertanya-tanya antara satu sama lain. ( "TERKESIMA" = tercengang, termangu-mangu, hilang akal).


Pada 3.45 petang, tiba pula masa untuk ucapan penutup merangkap merasmikan mesyuarat perwakilan oleh YB Dato' Ikhwan. Ucapan beliau sepanjang 45 minit itu banyak mengandungi nasihat dan keinsafan yang muncul kepada seiapa yang mendengarnya. Beliau mengingatkan semua hadirin supaya mengubahkan "mind-set" supaya lebih banyak menyumbang dalam segala perbuatan kita, tidaklah boleh hanya berfikiran hendak menerima sahaja atau bantuan dari kerajaan sahaja. Mulakan menyumbang dari sekecil-kecil perkara pun tidak mengapa, mungkin kelak sumbangan itu akan menjadi besar.Beliau juga turut berkongsi pengalaman pahit manis beliau di negara China dan mengingatkan ahli-ahli puteri supaya bersyukur dan tidak melatah akan subsidi minyak yang akan ditarik balik oleh kerajaan. Ini adalah kerana harga minyak negara kita jauh lebih murah berbanding negara lain; misalnya di China 1 liter = RM6.00 walhal negara kita RM2.00. Para hadirin juga diingatkan supaya memperbaiki kekurangan parti dengan segera dan bertindak pantas kerana masa yang tinggal untuk Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) adalah kurang dari 3 tahun sahaja lagi. Setelah selesai ucapan penutup dan perasmian oleh Dato' Ikhwan, para hadirin dijemput menjamu selera hidangan petang. Maklum la perut masing2 dah berlagu antara menu yang menggugat iman kepada sesiapa yang berdiet adalah Nasi Goreng, Bihun Goreng, Ayam Goreng Rempah, Hotdog, Karipap, Popiah, Sandwich, Puding dan sebagainya. Nantikan Part 2....



Persiapan pada malam sebelum Persidangan bermula..