Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada Sabtu 3hb Julai 2010, 2.30ptg di Shah Village Resort (bersebelahan A&W Pj Drive in). Perwakilan Puteri Cawangan Seksyen 20 Selatan ialah Azizah (zee), Nor Abidah (Ab) & Siti Maszuita (Mas). Sila hadir dengan Pakaian Rasmi Puteri.
Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Tuesday, June 29, 2010
Friday, June 25, 2010
Mesyuarat Perwakilan Puteri Bhg PJU
Akan di adakan pada Sabtu 3hb Julai 2010, tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian. Diminta Perwakilan Puteri Cawangan Sek 20 selatan Ab, zee & angah ambil perhatian. Pakaian rasmi puteri (Baju kurung/kebaya & Kain batik puteri). Angah tidak dapat hadir, memandangkan dia mewakili seat Kak Nie jadi seat dia masih boleh diganti bagi puteri cawangan yg ingin menjadi perwakilan mengantikan seat angah sila inform Kak Nie asap. Kerjasama amat dihargai.
Wednesday, June 16, 2010
Suasana Persidangan
Selesai sudah Mesyuarat Persidangan puteri cawangan-cawangan. Apa itu perlembagaan, hapuskan perlembagaan sekiranya kita sendiri tidak mengikuti Perlembangan itu sendiri. Bagaimana nak menarik MINAT ahli2 puteri caw untuk bersama2 mengikuti program yg di adakan..Ketua itu sendiri memainkan peranan yg penting serta ahli2 juga tidak kurang pentingnya bagi menjayakan setiap perkara.. tidak kira aktiviti atau program suka2, kerana inilah yg org muda minat, tetapi kita pelbagaikan aktiviti itu sendiri, dari segi moral, agama, kesihatan, minda dan sebagainya..kerana generasi muda inilah yg merupakan Pengundi muda pilihanraya Umum kelak...jika kita tidak mendekati mereka dari sekarang bila lagi??? jangan esok lusa sudah dekat baru hendak terkapai2 .. ketika itu sudah terlambat untuk bertindak.. Puteri terdiri dari golongan muda mudi, mereka ini mempunyai banyak idea2 yg boleh di ambil kira, tidak kiralah positif mahupun negatif, pasti ada rakan2 di luar sana yg ingin menyertai Puteri UMNO...tetapi tidak tahu bagaimana & dimana. Boleh sahaja hubungi kami disini. Jika golongan muda ini berminat janganlah patahkan minat mereka ini, kitalah patut memberi tunjuk ajar kepada mereka. Politik ini ada berbagai2 jenis, politik di tempat kerja dan tidak lupa juga Politik di dalam UMNO itu sendiri. Sebagai generasi muda kita tidak perlu sangat berpolitik UMNO, apa yg perlu kita lakukan mendekatkan diri kita dengan rakan2 sebaya di luar sana dan secara tidak langsung dapatlah kita bersama2 mengadakan berbagai aktiviti. Sampai berjumpa lagi...
Cikgu Azida Ketua Puteri Caw Seri Setia yg berkaca mata, sarat mengandung dah dia ni, Tahniah Cikgu, baby girl or boy :)
Kak Jas Ketua Puteri Caw Taman Mayang SS25, merangkap Ketua Puteri Bahagian PJU
Waktu ini ada 3 puteri cawangan yg bersidang, Desa Murni, Tmn Mayang Jaya SS26 & Taman Bukit Emas
Wednesday, June 9, 2010
Ribuan Terima Kasih
Mungkin ucapan ini sudah terlambat, tetapi bagi kami masih baru lagi & belum terlambat untuk kami mengucapkan Ribuan terima kasih kepada Kak Ida, Abg Latiff, aunty asmara, puteri cawangan kami & juga ahli cawangan yg lain kerana Sudi untuk menghadiri Majlis kami ini. Tidak lupa juga kepada Dato' Shamshul (Naib Ketua Bahagian PJU), Sdr Munir (Ajk Bahagian merangkap Naib Ketua Pemuda Bhg), Sdri Jaslina (Ketua Puteri Bhg) bersama barisan kepimpinan puteri, pemuda,wanita & bahagian PJU yg turut serta bersama2 kami. Kami berharap sudi2 la kiranya rakan2 melayari blog kami, pandangan & komen rakan2 amat kami hargai... kita jadikan UMNO sebagai platform dimana tidak kira Positif mahupun negatif untuk kita membicara pandangan masing2..
Nantikan lah program2 & aktiviti kami seterusnya. Tahniah & Syabas kami ucapakan kepada rakan2 puteri cawangan yg banyak memberi sokongan & juga penglibatan secara langsung & tidak langsung, tanpa kerjasama semua kita tidak mungkin dapat sampai ketahap ini. PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI
Kata-kata nasihat & Pandangan
Ketua Cawangan kami En Abdul Latiff Roslan, kami dah siap pesan jangan bagi ucapan lama sangat, ucapan nya ringkas & penuh isi, jika bagi lama bercakap rasanya mungkin panjang lagi ucapannya, memandangkan kami ada agenda lain jadi ini lah serba sedikit apa yg diucapkan.
"Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT yg memberikan kita kesempatan untuk bertemu kembali didalam satu majlis yang diadakan setiap tahun sekali iaitu mesyuarat agong UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan, tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan tuan dan puan puan yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO bagi menjalankan mesyuarat agong cawangan bagi tahun ini, saya amat faham hari ini adalah hari cuti dan sepatut kita bersama sama keluarga masing masing untuk menikmati cuti hujung minggu tetapi tuan tuan2 dan puan2 sanggup meluangkan masa disini demi perjuangan umat yang di panggil melayu melalui parti keramat kita iaitu parti UMNO sekali lagi syabas saya ucapkan. Saya tidak berhajat untuk bercakap panjang pada tahun ini kerana saban tahun kita bercakap perkara yang sama tetapi tiada perlaksanaan dan tindakan,saban tahun juga kita berjanji buat itu dan ini tetapi tiada tindakan/perlaksanaan ia akan berlalu begitu sahaja selepas berakhirnya mesyuarat cawangan. Tidak payahlah berjanji apa2 dengan ahli2 cawangan kerana takut nanti cakap nak buat itu dan ini tapi akhirnya tak buat apa apa yang di ucapkan dimasa yang lepas pun masih tidak di lakukan khusus nya berkenaan kedudukan UMNO di PJU ini yang di lihat lesu dan juga mendekati golongan muda yang mana ia amatlah penting bagi menghadapi PRU 13 nanti . Ingin menyentuh sedikit mengenai peranan golongan muda (pengundi muda) yg rata rata condong untuk menyokong parti pembangkang, suka mengingatkan kepada tuan tuan dan puan puan serta diri saya sendiri bahawa kita kena jaga/ingatkan kepada golongan muda ini khususnya anak2 kita sendiri tentang perjuangan org2 terdahulu yang menyebabkan kita hidup dalam keharmonian aman damai sehingga ke hari ini. Jangan besok semuanya sudah terlepas baru menyesal sudah tiada gunanya lagi justeru itu saya pohon sekali lagi agar kita semua termasuk diri saya sendiri agar kita sering mendekati mereka dan mengingatkan mereka betapa pentingnya kuasa politik malaysia ini di tunjangi UMNO bagi menjaga hak2 keistimewaan kita orang2 melayu tidak di ganggu gugat oleh bangsa asing yang memungkinkan kita merempat di negara kita sendiri jika kepentingan orang melayu ini tidak di jaga. sekian wasalam"
Apa yg kami dapat kesimpulan pada ucapan kali ini, baik dari Penaung, perasmi, Ketua Puteri kami sendiri menekankan golongan muda mudi, KEMANA arah MUda Mudi esok, lusa dan seterusnya, jika tiada yg lama maka tiada la yg baru. Kami berharap dengan kata2 semangat & nasihat ini dapat la kami memperjuangkan apa yg patut bagi mendekatkan diri kami bersama golongan muda mudi diluar sana.
Monday, June 7, 2010
Penyerahan T.Shirt
Secara serentak, Penaung kami juga melancarkan T.shirt Pu3 caw kami. Disebabkan ketinggian bilik function tidak la begitu tinggi.. jadi idea ini dicetus oleh Mr Liew bersama isterinya Coleen dari Blooming Baloon.. Setiap yg masuk ke dalam bilik ini pasti rasa macam ada org je..bak kata Munir Wakil Bahagian "Zaini alih la patung ni, rasa macam ada org disebelah" dengan penyerahan T.shirt kepada Penaung & juga Ketua Caw, Ketua wanita, Pemangku Ketua Pemuda & Puteri dengan secara rasminya puteri cawangan kami sudah mempunyai T.shirt puteri cawangan, lepas ni.. program seragam la kami. Cadangan memakai T.shirt ke Majlis ini tercetusnya idea Moi.. jadi ini lah hasilnya.
Rupa-rupa wanita pun ada juga kejutan.. potong kek beramai2 sempena hari ibu... jadi puteri kami yg sudah bergelar ibu...pun turut serta... kesian Kak Nie & bib, dorang nak la join bersama2 utk bergambar... Aunty Mara said " tak boleh sebab belum jadi ibu" emmm sedihnya Kak Nie & bib.. tengok je la... janji boleh makan kek kan.
Wednesday, June 2, 2010
Penaung Singgah Sini
Serba sedikit mengenai diri Penaung Singgah Sini, Hajah Ida Rahayu Datuk Md Noor, selesa dengan panggilan Kak Ida, merupakan seorang usahawan sejak 1994, Pengarah kepada Syarikat Eurofine Sdn Bhd. Ahli seumur hidup UMNO yg pendaftarannya disahkan pada 2002, dikelilingi dengan Keluarga UMNO dimana Ayahnya merupakan Ketua UMNO bahagian Labis sebelum UMNO diharamkan pada tahun 1987, ayahnya juga pernah memegang jawatan Ketua Penaja UMNO bahagian Muar bila umno baru ditubuhkan & juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yg dilantik oleh Tun Dr Mahathir 1987-1994. Ayahnya antara 4 org yg menubuhkan semula UMNO 1987 bersama Tun Dr M, Ketua Penaja UMNO Bhg Lahad Datu (silam) sabah 1991-1995 kerana dia merupakan 5org MKT yg dihantar oleh Tun Dr M utk menubuhkan UMNO di Sabah. Jadi Kak Ida ni bukan orang baru dalam UMNO. Inilah penaung Singgah sini Kami.
Selesai Ucapan dari Ketua puteri Kami, Kak Ida pula mengambil tempat, sepatah kata dari Kak Ida .
"Kita kerajaan BN yg wujudkan infrastruktur teknologi maklumat, sediakan multimedia super coridor utk rakyat tetapi kita yg tidak mengunakan teknologi yg kita wujudkan utk dekat dengan masyarakat. Pembangkang yg guna beriya2 sampai kita kalah banyak semasa PRU12. Jadi berharap dengan adanya blog puteri cawangan ini, dapatlah dijadikan medium penyampaian maklumat dan percambahan idea antara puteri UMNO Cawangan dengan masyarakat muda Melayu"
Sejurus itu dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim Kak Ida melancarkan Singgah Sini.
Ha merupakan ahli baru kami yg mahir dlm bidang it
Slide show blog kami, kesian pulak Abg Lattif, Dato' Shamshul & Aunty Mara terpaksa menoleh ke belakang.
Acara potong riben, apa yg ada belakang baloon tu.
Jeng jeng.... T.shirt puteri caw kami... ehhhh patung ni kenyit matalah
Subscribe to:
Posts (Atom)