Monday, May 31, 2010

Pelancaran Singgah Sini

Dengan secara rasmi nya kami melancarkan SInggah sini pada Ahad 23 Mei 2010, sejurus selepas Mesyuarat Persidangan Puteri Caw Kami. Kami menjemput Ahli caw & juga Puteri Bhg, bila sms jemputan dikeluarkan "Apa tu Singgah Sini" jawab kami "Singgah Sana baru tahu apa Singgah Sini". Seawal 12tgh beberapa pu3 yg ditugaskan berkumpul seawal mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Semuanya berlaku pada hari Ahad itu sendiri, rehearsal pun ahad itu juga, sampai tak sempat la juga nak lunch, mana tidak nya bila time yg dijanjikan , tidak muncul pertugasnya, apa pun semua berjalan lancar walaupun adalah 2 3 perkara yg terlepas pandang. Majlis dimulakan dengan Perasmian Persidangan Caw oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara YBhg Dato' Hj Shamshul Baharain Hj Sulaiman. Ucapan Dato' menekankan tentang kemana arah UMNO itu sendiri, masa depan anak2 kita, perjuangan orang-orang lama. Secara tidak langsung, kami berharap agar rakan-rakan dapat memikirkan serba sedikit apa yg diperkatakan. Jika tiada yg lama, maka tiada la yg baru. Bagaimana mahu menarik generasi muda untuk menyertai UMNO & secara tidak langsung untuk menghadapi PRU13

Dato' Shamshul Baharain

Sejurus selepas itu Laini ambil tugas sebagai pengacara majlis pelancaran tersebut. Sedikit Penerangan & mengapa SInggah Sini di wujudkan telah di sampaikan oleh Ketua Puteri kami :-

Laini pengacara Majlis Pelancaran

Kak Rozaini - Kita semua sedar, bahawa betapa pentingnya dunia it serta kemahiran berfikir untuk memastikan kita mempunyai generasi yg competitive, intelek dan berdaya maju. Singgah sini merupakan Dunia "IT" yg berhubung dengan sesiapa sahaja. Bermula dgn sembang2 bagaimana hendak menarik minat golongan muda mudi mendekati Puteri Umno. Maka lahirlah SINGGAH SINI pada Julai 2009 di bawah Penaungnya Sdri Ida Rahayu Datuk Md Noor bersama penulis2 yg terdiri daripada pu3 caw kami sendiri.

Kita sedia maklum bahawa golongan ini tidak berminat dengan dunia politik yg begitu exstreem, kita perlu merakyatkan UMNO itu sendiri “NO RANKING EVERYONE EQUAL” tetapi kalau tiada kepala masakan ada ekornya . Dengan gaya penulisan yg relax & bersahaja serta pandangan-pandangan yang positif & negative secara tidak langsung dapatlah kami menarik minat golongan muda ini untuk bersama2 dengan kami. Dengan wujudnya Singgah sini kami berjaya menarik minta rakan2 baru.

Ia merupakan landasan utk kami mendedahkan apa yang berlaku dan akan berlaku dalam caw kami sendiri, persekitaran dan sebagainya. Ia juga mengandungi ruangan jom borak & juga iklan2 bagi yg ingin mempromasikan perniagaan2 mereka. Dengan gambar-gambar aktiviti & juga program yg dapat diceritakan & berkongsi bersama.

Kami amat bertuah & berterima kasih dimana kami mendapat sokongan & juga sumbangan dari Penaung Singgah Sini iaitu CIk Ida Rahayu bagi melaksanakan segala aktiviti yg kami jalankan,. Tidak lupa juga Kepada Ketua Caw kami yg turut serta menyumbang bagi aktiviti kami dan tidak lupa juga Ketua wanita kami. Inilah merupakan ahli korporat yg byk membantu, apa yg penting pelaksanaan setiap prg itu sendiri. Saya sendiri pun tidak mampu utk melaksanakan semua ini tanpa penglibatan mereka2 ini dan juga rakan2 pu3 caw ini. Seumpama apabila kita seorg yg bertepuk tangan bunyinya tidaklah sehebat mana, tetapi jika kita bertepuk beramai2, betapa hebatnya bunyi itu.

Ketua puteri kami la ni

Wednesday, May 26, 2010

Persidangan Puteri Caw


Selesai sudah persidangan kami, alhamdullilah semuanya berjalan lancar seperti biasa, kami buat awal kerana ada diantara kami ada berbagai rancangan masing2. Persidangan kali ini diadakan Pada Ahad 23 Mei 2010 bertempat di Hotel Singgah Sana. Seperti biasa rakan2 menjalankan tanggungjawab sebagai ahli puteri caw. Mula2 agak kelam kabut sikit, mana tidak nya, tugas sudah diberi, tapi.. empunya tuan badan tak sampai2, kelam kabut la juga Aishah, semboyan Ketua Puteri sudah berbunyi heheheee... Semasa pendaftaran bagi yg belum dapat T.shirt terus ambik dekat Kak Na & terus tukar... bagus bagus... Jam sudah pukul 3ptg, kami dah cukup korum, boleh jalankan terus Persidangan ini, coz Ketua Puteri kami tak nak tunggu lama2, coz lepas ni ada prg lain pula. Kami hanya perlu tunggu Wakil Puteri Bhg Kak Lina. Akhirnya sampai juga dia. Tugas Kak Haney la yea, untuk menjalankan Mesyuarat ini sebagai Pengerusi Tetap...seperti biasa pesanan Pengerusi, silentkan hp.. bukan apa supaya tidak menganggu Mesyuarat kami. Ada perubahan baru kali ni, tidak perlu calonkan G2 Puteri ke Mesyuarat Perwakilan Puteri Malaysia. wakil kami ke Perwakilan Puteri Bahagian kali ni is AB, Kak Zee & Angah penganti tempat Kak Nie, coz Ketua kami ada seat di Puteri Bahagian nanti, kami sudah amalkan setiap tahun pu3 yg berbeza2 akan menjadi wakil, jadi dapatlah merasai pengalaman & dapat kain batik puteri. Rasanya dah ramai pu3 kami ada kain batik puteri...Dalam 20minit selesai la Mesyuarat kami. Ucapan penanguhan dari Ketua Kami "Terima Kasih kepada semua rakan2 puteri kerana berkerjasama utk mengadakan prg & aktiviti. Selepas ini tidak kira siapa sahaja ajk ke ahli ke.. semua sama sahaja & dialu-alukan utk menghadiri Mesyuarat jika kita hendak rangka kan apa sahaja prg. Perlu ada pelapis, dimana kami2 semua sudah menghampiri zaman...... " Seterusnya program akan datang.. Moi akan uruskan... bersedia ya Moi. Kak Nie memperkenalkan Ajk & ahli puteri nya kepada Kak Lina. Sepatah 2 kata dari Kak Lina, Tahniah kerana dapat mengadakan mesyuarat, prg2 dan selepas ini sesiapa sahaja dialu-alukan utk menghadiri prg.


Nampak serius betul Biro Politik kami berbincang :)



Kak Lina wakil pu3 Bhg, Pemilik Purrfect Beauty

Tuesday, May 18, 2010

Pelancaran Singgah Sini

Salam rakan2, sejurus selesai Persidangan Puteri Caw Ahad 23hb Mei 2010 di Singgah sana, Majlis Pelancaran Singgahsini akan diadakan, minta kerjasama dari rakan2 untuk memakai baju T.shirt pu3 caw, bagi yg belum dapat sila dapatkan dari Kak Na sebelum acara bermula. Jumpa di sana yea...

Persidangan Puteri Caw Seksyen 20 Selatan

Ahli-ahli Pergerakan Puteri
UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan
Bahagian Petaling Jaya Utara.

Assalamualaikum w.b.k.

Saudari,

PERSIDANGAN TAHUNAN PUTERI UMNO - CAWANGAN SEKSYEN 20 SELATAN, BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA, TAHUN 2010.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan 2010 Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 23 Mei 2010 bersamaan 9 J.Akhir 1431H
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Hotel Singgah Sana Petaling Jaya, Persiaran Barat, Off Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Oleh yang demikian, saudari sebagai ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan ini adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Ini bersesuaian dengan kehendak perlembagaan parti. Persidangan Pergerakan Puteri, Wanita dan Pemuda akan dimulakan serentak, disusuli seterusnya dengan persidangan Cawangan.

Kehadiran saudari, sangatlah dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Faizahtul Aisyah, H/P : 017-2448226 jika HADIR / TIDAK HADIR.

Sekian, terima kasih.


“GENERASI WANITA PRIHATIN”

Monday, May 17, 2010

Sekitar Latihan Bomba

Ashik menonton


Aunty-aunty yg sungguh sporting



Ini tak da kerja ehhe

Kami le
Mesti kecut perut kan


Orang lama

Paling muda

Latihan Kebakaran Penutup



Selesai sudah aktiviti yg kami anjurkan, Kami mengucapkan ribuan terima Kasih tidak terhingga kepada En Shamsul & angota yg lain kerana mereka banyak memberi kerjasama dengan kami & juga banyak ilmu yg kami perolehi. Kebetulan tarikh tersebut merupakan Sambutan Hari Bomba. Sampai kami bertemu kembali utk acara yg lain pula yea. Jasa En Shamsul & anggota bomba yg lain amat kami hargai. Terima Kasih juga kepada semua yg turut serta bagi menjayakan aktiviti ini. Matlamat kami untuk bersama masyarakat tercapai & juga betapa latihan ini memberi manafaat kepada kami. Terima Kasih juga Kepada Kak Ida & Abg latiff yg sudi menyumbang utk aktiviti ini. Aunty mara juga terima kasih kerana ahli wanitanya turut hadir begitu juga dgn pemuda & rakan puteri yg lain. Bagi rakan2 yg terlibat secara langsung & tidak langsung kami ucupakan terima kasih, kalau boleh kita berkerjasama lagi. We did a great job everyone. Selesai sudah... kami menuju ke KFC utk makan tengahari.

Latihan Kebakaran Ke 3



Terbakar kulit kami dibuatnya, tekak pun kering & perut minta diisi, kami berhenti seketika untuk menjamah Nasi lemak...ada kuih apam & karipap. Kak Zee & moi yg incharge sal makanan & Kak Haniza jaga minuman. Bila perut dah kenyang... emmmm latihan seterusnya la pula.


Peralatan untuk menyelamatkan diri di tempat tinggi


Cara menyelamatkan diri dengan peralatan & tanpa peralatan dalam keadaan tinggi, 2 jenis –Half Harness & Full Harness. Harness boleh menampung keberatan manusia 300kg. Jadi tidak ada sesiapa yg dapat mengelak aktiviti ini. Berani juga rakan2 yg lain, tapi boleh tengok la muka masing2 memang tak da darah, Ha mulakan dulu diikuti oleh Mas, Kak Zee, ahli baru kami, lupa la pula nama dia, Abg latiff juga mencuba, Lina Kpu3 Caw Kelana Jaya Baru juga tidak ketinggalan, Kak Nie mission dia fail, takut tinggi rupanya.... Peserta termuda kami pun berani ok....Aishah & Ha tak cukup2 sekali, sampai 2 kali mencuba.

Tinggikan

Latihan Kebakaran Ke-2


Hari semakin panas terik, tak sanggup rasanya nak teruskan, tetapi memadangkan kami perlu juga ambil tahu perkara2 yg dipandang remeh ini. Kami bergerak menuju tanah lapang, disebabkan cuaca panas ada yg berpayung & kami berteduh bawah pokok, disini kami mengenali pula alatan pemadam api jenis ABC Dry powder, terdapat disetiap pejabat, sekolah, pusat membeli belah & juga boleh dirumah, mempunyai keberatan dalam lingkungan 5, 6 & 9kg, cara mengunakan, tarik pin keselamatan, nozel hendaklah dihala mengikut arah angin. Apa lagi jom la cuba...Bila pakai baju uniform anggota bomba, rasa macam tak sanggup, nampak tebal, dgn cuaca yg begini, mcm yea, anggota Bomba menjalankan tanggungjawab mereka dengan cuaca panas & suhu api kebakaran itu sendiri, rupa-rupa sejuk bila pakai baju itu. Menurut En Shamsul, jika berlaku kebakaran, anggotanya sudah bersedia dimana baju2 berkenaan dibasahkan & juga apa bila smp ditempat kejadian, mereka disembur dgn air... kiranya mandi air paip bomba. Kami mengambil peluang ini utk menggunakan alat pemadam api, Baju ni besar, hehehe... Ada antara kami kecil molek, so mcm2 la gelagat lucu, helmet tutup mata, lengan baju tak nampak tangan & yg pasti baju ni memang berat...

Saturday, May 15, 2010

Latihan Kebakaran Sessi 1

Salam 1 Malaysia, maaf yea rakan-rakan.. lambat menulis kisah ini... masa tidak mengizinkan. Seawal 9.00 pagi kami sudah berkumpul, tetapi 2 3 kerat je, maklum la pagi Ahad, ada yg baru bangun... dan sebahgainya, tetapi tidak kisah la... yg pasti latihan ini akan diteruskan juga. Cuaca memang panas sangat, Kami berkumpul di dalam Bilik Kuliah... best la sikit ada aircond... Akhirnya bilik kuliah ni penuh juga ok... Abg Latiff, Aunty Noorah, Asmah,wanita & rakan2 puteri termasuk la pemuda juga turut serta. Pen. Setiausaha Pemuda Bhg iaitu ABg Zul juga turut hadir bersama family. Kami diberi penerangan serba sedikit dan kemudian terus dgn pengenalan :-

1. Kenderaan (LFRT) - Light Fire Rescue Tender, Keluaran Mercedes 600cc, dilengkapi dgn semua peralatan penyelamat & bencana alam seperti kebakaran. Seramai 7 org anggota termasuk la pemandu & pengelola dimuatkan di dalam kenderaan ini.

1.1) Peralatan di (LFRT):
-Hos pemadam: Salur air (Delivery Hose)
-GP Ten-ten-Bekalan air 22 saat
-800cc
-Honda
-Alat Medic : Digunakan untuk kemalangan kecil.
- Contoh: Kemalangan jalanraya-kecederaan kecil
-Air Tangki : 1,400l
-Alatan Rescue : Digunakan untuk kemalangan critical@teruk
-Rotatable cutter
-Hydraulic Oombi tool
-Large Toe
-Large Spade
- Parang
-30 kg axe

2) Anggota bomba akan memakai “Breathing Approach”- normal air oksigen, untuk
menyelamatkan mangsa dalam kebakaran.

3) Kenderaan Motor : memberi bantuan cepat ditempat sesak, mengurangkan masa.
-3 jenis kenderaan bermotor -Hose
-Pump
-Res,Q
-dilengkapi dengan “Safety Bar”
- Keberatan: 400 kilo setiap unit
3.1) Hose: Dilengkapi dengan nozel alatan.
3.2) Pump: Dilengkapi dengan ‘Floating Pump’& alatan rescue.
Digunakan untuk menyedut air dari sungai@tasik.
3.3) Res-Q: Dilengkapi dengan ‘rescue unit’ Dapat memberi bantuan contohnya: Kebakaran kereta

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Jururawat

Salam 1 Jururawat, Selamat Hari Jururawat. Senyum-senyumlah selalu. Pesakit akan lebih gembira bila jururawat senyum kepada mereka. Bila sebut je jururawat.. teringat masa zaman persekolahan antara cita cita yg tidak digemari.. jika hendak menjadi doktor, jika tidak ada Nurse tidak mungkin juga, Nurse merupakan org kiri & kanan Doktor...mungkinkah kerana tidak sanggup utk melihat darah, melayan kerenah pesakit2 atau sebagainya. Apakah betul sikap jururawat memang garang? Jururawat sememangnya sudah diajar bagaimana untuk melayan pesakit cuma masalahnya mungkin ada yang tidak mengaplikasikan kaedah yang sepatutnya ketika bertugas di wad atau klinik. Atau ada jururawat yang tidak mengamalkan sikap prihatin terhadap pesakit mungkin juga berpunca daripada sikap jururawat itu sendiri. Apabila perkerjaan ini dilakukan dengan penuh ikhlas.. nescaya pengorbanan di sanjung tinggi. Pesakit-pesakit pasti terubat juga dengan senyuman & layanan yg diberikan walaupun sedang menangung derita. Tanggugjawab yg digalas oleh mereka ini tidak seharusnya dipandang mudah.. kadang2 mereka terpaksa berdepan dgn segala jenis penyakit, tambah2 lagi penyakit yg amat berbahaya ketika ini H1N1. Selamat Berjuang, tingkatkan prestasi, Rakyat didahulukan Pencapaian di utama kan.


HAPPY NURSES DAY

Saturday, May 1, 2010

Lawatan Tapak


Seawal 10.30pg bagi yg mana ada masa terluang kami berkumpul di Sunway, kami hendak melawat lokasi program kami esok. Sebelum itu kami mengambil Alat Pemadam api & have our brunch at Macdonals. Setelah selesai semua, kami menuju ke lokasi yg hendak dituju. Kami di sambut baik oleh En Shamsul & anggota bomba yg lain. Kami diberi sedikit penerangan mengenai demostrasi yg akan diadakan esok. wah... menarik rasanya... kami akan diajar cara-cara menggunakan alat pemadam api & sebagainya... tunggu dah lihat & sertai kami esok. Kami juga sempat melawat kawasan2 balai bomba ini. Menurut kata En Shamsul, tidak semesti nya yg tinggal atau salah seorg ahli keluarga yg bertugas disini tahu cara-cara teknik-teknik keselamatan & mengunakan alat pemadam api. Kami rasa aktiviti seperti ini memang patut diadakan. Dan barulah kami tahu tidak semua syarikat2 persendirian mengutamakan Alat pemadam api ini, macam mana kami tahu.... mana tidak, kami dikehendaki menyediakan alat pemadam Api sendiri, jadi kat mana kami nak dapat ni.. Zulaiha atau Ha punya tugas ni... Setelah dapat quotation sewa, beli & refill... if nak beli mana nak letak ya... kat rumah boleh... tapi kami memilih utk refill....tapi kena cari la siapa yg ada alat ini...memang tidak semua yg ada, jadi tebukti la ada setengah syarikat mengambil sambil lewa mengenai alat ini. Akhir nya kami dapat la 4 unit alat pemadam api dari rakan2 yg baik hati... Setelah selesai semua, jadi kami balik, tetapi Kak Nie & Aishah masih perlu selesaikan perkara2 yg lain... Nak hantar flyer yg direka oleh YAT.. lupa lak hari ini Labour day so banyak la kedai tutup, nasib la ada yg buka di PJ, kami nak edarkan di dalam peti surat rupa2nya quaters bomba tak da peti surat.. jadi En Shamsul mengarahkan Anggotanya mengedarkan di permis2 berdekatan. Terima Kasih En Shamsul & rakan-rakan. Kami terpaksa tunggu hingga Khemah dipasang, menurut Abg latiff petang katanya, Setelah selesai semua. Baru la kami beredar. Terima Kasih kepada Lili & Lina kerana sudi memberi kami menggunakan Alat pemadam Api & pasti kami akan refill semula. Terima Kasih juga kepada Abg Latiff & Kak Ida kerana turut memberi sumbangan utk kami melaksanakan program Ini. Sebelum itu... Checklist dulu... Zee & Moi *makanan siap, Haniza *minuman & keperluan lain siap, Mas * Cenderahati beres...Ha * Alat pemadam api done, *Flyer Yat sudah uruskan. Aishah * sms jemputan & etc siap. $$$ siapa la Kak Na la yg pegang.


JOM RAMAI2 SERTAI KAMI... BAGI AJK DIMINTA BERADA DISANA JAM 9.30PAGI BERSAMA T.SHIRT PU3 CAW YEA. BAGI AHLI PU3 CAW KAMI YG MASIH BELUM DAPAT T.SHIRT JUMPA KAK NIE YEA. BAGI YG TIDAK TAHU DIMANA LOKASI, GUNAKAN LDP MENUJU KE OU, SEHINGGA JUMPA KDU, MAKE U TURN, KEEP TO YOUR LEFT, MASUK KIRI & BALAI BOMBA BERADA DI KIRI ANDA