Sunday, February 7, 2010

TAHNIAH

Bersama2 AJK Puteri PJU, Dato Hisham & Datin Shikin (Baju biru)

Tahniah & Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada , Dato Hisham Nordin (Timb Ketua Bhg PJU) & Datin Kapt Norashikin Tan Sri Onn. Sabtu 6hb Februari 2010, 8:00 malam, Majlis Bertandang di adakan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, jemputan dihadiri oleh AJK Bhg, Pu3, Wanita, Pemuda Bhg & juga rakan2 dari Bhg Kelana Jaya, Subang & lain2 lagi . Kak Nie & juga Kak Na (Pen.Bendahari pu3 caw & Timb Pengerusi tetap pu3 bhg) turut hadir. Majlis bermula dgn bacaan doa oleh Sdr Hj Latt Sharizat (Ketua Pemuda PJU), Sdr Munir merupakan pengacara Majlis utk mlm itu. Majlis dimeriahkan dgn pantun - pantun, ucapan usik mengusik oleh rakan2 & juga sedikit ucapan dari Dato Ikhwan Salim (Ketua Bhg PJU). Kami juga di tontonkan slide show perjalanan hidup, majlis akad nikah, reception di rumah pengantin Perempuan & di Hotel Bluewave Shah Alam. Tapi ada technical problem, dimana suara tidak dapat didengari, jadi tgk gambar je la kami.
Kak Nie mengenali Datin Kapt Shikin semasa beliau di zaman penaja pu3 lagi pada tahun 2003, masa itu kami bahasakan dirinya Kak Shikin, orangnya kecil molek je, peramah, rendah diri & lembut bahasanya bila bertutur, sapa sangka beliau merupakan seorg juruterbang. Ketika itu Datin merupakan Ketua Penerangan pu3 Negeri Selangor & juga merangkap Exco pu3 Malaysia. Masih ingat lagi zaman itu, kami semua masih muda-muda lagi... Datin merupakan Juruterbang bersama Cathay Pasific ketika itu, sekarang beliau bersama Air Asia. Ini lah serba sedikit yg dpt dikongsi bersama rakan2. Pasangan mengenakan baju colour biru, majlis bersurai dalam pukul 10mlm. Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru & semoga kekal hingga ke akhir hayat, selamat menjalani kehidupan bersama2.... amin. Inilah di namakan jodoh pertemuan. Semuanya adalah Ketentuan Allah.

Bersama wanita & pu3

No comments:

Post a Comment