Salam rakan, Jom tengok... Jumaat 26hb Februari di Istana Budaya, 8.00 malam. Rakan2 yg nak join please inform yea.

Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik.
Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.
Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.
Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.
Karya …. Erma Fatima
Para Pelakon :-
Fahrin Ahmad
Nasha Aziz
Para Penyanyi
Jamal Abdillah,
Ziana Zain,
Jamal Abdillah,
Ziana Zain,
Hattan,
Lan Typewriter,
Wana,
Iqbal
Lan Typewriter,
Wana,
Iqbal
No comments:
Post a Comment