Ada 3 aktiviti yg dijalankan..... masing2 bukan nya selalu berjumpa, kami masih ingat kali terakhir berjumpa masa main futsal.
Pagi Ahad dengan bertemankan cuaca yg agak panas kebelakangan ini, kami berkumpul di Syed Bistro SS3, memandangkan hari ahad, jadi... terlewat la yea. Kak Bib sampai dulu, Kak Nie jemput salamah, selepas itu di ikuti oleh Kak Na & anak2, Abg rizal su caw turut hadir. Abg Latiff nak join, tetapi dia ada hal sikit. Yat, aishah & wafi pun smp, kami tunggu Kak Ita je la, coz yg lain last minute reply tak hadir, kesian kat AB, dia cari tempat tak jumpa, actualy dia dah dekat area tu dah, but tak leh jumpa gak, so dia terus balik. So kami 8org je la yg turn up :(... hemmmm. Bukan apa rakan2, sekurang2 nya, if dapat hadir, boleh la bagi pandangan2 apa yg perlu di buat & juga apa yg kena buat. Next time if ada lagi perbincangan & ramah mesra lapang2 kan la masa yea, sekurang2 nya dapat mengenali diantara satu sama lain. Lagi satu kalau boleh, inform jika tidak dpt hadir ke perbincangan ini, maklum la kita ada 14 ajk & juga ahli lebih kurang 55, mana semua nya :)
Aktiviti Pertama
Kami membincangkan aktiviti yg hendak dijalankan, sehingga pertengahan tahun, harap rakan2 yg lain turut serta & dpt membantu bersama2 yea.. Mari kita laksanakan apa yg telah dirancangkan, yg penting pelaksanaan itu. Setelah berbincang dlm masa 2jam apa yg patut, kami baru la makan, masing2 free pulak hari ni, jadi aktiviti kedua la. Kak Bib tidak dapat join, coz dah janji dgn mak dia. So yg mana free le join aktiviti seterusnya....... jeng jeng jeng....
Aktiviti Ke- 2
Bukan apa rakan2, nak ke gerai Abg Lin, buka @ 5pm, jadi nak mengunakan masa yg ada...Mula2 macam nak tonton movie the Wolf, tapi biasa la hari minggu takut full pulak, so apa
lagi... karaoke le.... so kami car pool ke karaoke, sempat juga Ketua Penerangan beri kata2 aluan sikit...maka kami mengadakan konsert dengan berbagai2 lagu lama, baru & terkini. Abg rizal terpaksa la jadi bodyguard kami... anak2 Kak Na pun join gak... ada bakat menyanyi juga yea. Kami excise suara hehehe sampai pukul 4.30ptg.... apa lagi.... aktivit seterusnya
Aktiviti Ke-3
Kami nak serang pulak gerai Naib Ketua Pemuda kami (Abg Lin) & rakannya (tak lama lagi ahli kami la ni) yg terletak di Taman eQuine park.... kami konvoi la beramai2 kesana. Wah best best..... macam2 ada.... Along Danish ni very selamba & tidak segan... sampai je gerai, terus dia laung " mari2... beli beli"........ usahawan kecil molek la mcm ni, bagus2.. Makanan yg ada di gerai ABg Lin is Nasi bubur berlauk, otak-otak, air soya, taufoo fa & kek kukus, sepanjang jalan tu mcm2 gerai2, ada kepak yam, sata, nasi tomato, jagung bakar & lain2 la. Kami punya la mkn tak ingat dunia, sedap2 sedap.... if ikutkan nafsu, semua nya nak makan... tak pa next time kita boleh serang lagi, lama gak kami disana, mana tidak dok tunggu Yat & ucu yg dalam perjalanan. Kami beredar dlm pukul 8.30mlm... siap bungkus lagi... tiba2 wa pulak wat kecoh, beg dia hilang, yg kami perasan masa makan mana ada dia bawa beg dia, puas la mencari kat dalam keta, kami minta dia cari lagi sekali dlm keta, dia kata tak da, biasa la bila dah panic, semua barang cari tak jumpa, cari2 lagi sekali, beg nya sudah ketemu, dalam kereta Ita... hemmmm
So berakhir la aktiviti kami dalam satu hari....oh ya, lepas ni boleh la serang pulak gerai puteri kami yg bernama AB, dia buka gerai goreng pisang di puchong, tidak silap berdekatan dgn puchong prima. tak pa nanti kita survey ramai2 gerai AB pulak. Sampai ketemu lagi
No comments:
Post a Comment