Wednesday, February 24, 2010

ALFatihah

Alfatihah, makluman, Sdri Haslinda Zerain, Ketua Puteri Ampang telah pulang ke rahmatullah, Jenazah beliau ada di rumah sekarang : -
No 1, Jalan 7, Taman Sri Ukay, Ampang

Tuesday, February 23, 2010

JeMputaN Majlis Bacaan Yasin & DoA SeLaMat

Assalamualikum wkt, Kami mengambil kesempatan ini utk menjemput rakan2 ke Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat utk anak rakan kita Sdr Rahman Ramli yg masih terlantar di Wad ICU Sunway Medical Centre selama 2 minggu tidak silap kami. Kita semua insan biasa yg sentiasa ada kelemahan, kadang2 kita tidak peka kepada sesuatu perkara & tanggungjawab kita bersama2 utk mengingati sesama lain, yg mana sudah berlalu biarkan ia berlalu, kita terus kan apa yg ada hari ini, esok & seterusnya. Abg Rahman ni merupakan rakan rapat kepada Abg latiff & juga dengan kami semua... Harap rakan2 dapat meluangkan sedikit masa utk kita berkumpul utk Majlis ini yg akan di adakan di Rumah Kak Nie. Kami dahului dengan Ribuan terima kasih sekiranya sdri/sdr dapat hadir, hanya allah yg dapat membalas kebaikan sdri/sdr. Moga2 Allah menyembuhkan penyakit "BOY". Insyallah.... Amin

Pada Hari SABTU 27hb Februari 2010 @ 2.30ptg
Di Kediaman Sdri Rozaini Othman
No 6, Jalan Pjs 4/17
Taman Indah Jaya

Monday, February 22, 2010

DaLaM satu hari ada......Ahad 21 Februari 2010


Ada 3 aktiviti yg dijalankan..... masing2 bukan nya selalu berjumpa, kami masih ingat kali terakhir berjumpa masa main futsal.
Pagi Ahad dengan bertemankan cuaca yg agak panas kebelakangan ini, kami berkumpul di Syed Bistro SS3, memandangkan hari ahad, jadi... terlewat la yea. Kak Bib sampai dulu, Kak Nie jemput salamah, selepas itu di ikuti oleh Kak Na & anak2, Abg rizal su caw turut hadir. Abg Latiff nak join, tetapi dia ada hal sikit. Yat, aishah & wafi pun smp, kami tunggu Kak Ita je la, coz yg lain last minute reply tak hadir, kesian kat AB, dia cari tempat tak jumpa, actualy dia dah dekat area tu dah, but tak leh jumpa gak, so dia terus balik. So kami 8org je la yg turn up :(... hemmmm. Bukan apa rakan2, sekurang2 nya, if dapat hadir, boleh la bagi pandangan2 apa yg perlu di buat & juga apa yg kena buat. Next time if ada lagi perbincangan & ramah mesra lapang2 kan la masa yea, sekurang2 nya dapat mengenali diantara satu sama lain. Lagi satu kalau boleh, inform jika tidak dpt hadir ke perbincangan ini, maklum la kita ada 14 ajk & juga ahli lebih kurang 55, mana semua nya :)


Aktiviti Pertama
Kami membincangkan aktiviti yg hendak dijalankan, sehingga pertengahan tahun, harap rakan2 yg lain turut serta & dpt membantu bersama2 yea.. Mari kita laksanakan apa yg telah dirancangkan, yg penting pelaksanaan itu. Setelah berbincang dlm masa 2jam apa yg patut, kami baru la makan, masing2 free pulak hari ni, jadi aktiviti kedua la. Kak Bib tidak dapat join, coz dah janji dgn mak dia. So yg mana free le join aktiviti seterusnya....... jeng jeng jeng....


Aktiviti Ke- 2
Bukan apa rakan2, nak ke gerai Abg Lin, buka @ 5pm, jadi nak mengunakan masa yg ada...Mula2 macam nak tonton movie the Wolf, tapi biasa la hari minggu takut full pulak, so apa lagi... karaoke le.... so kami car pool ke karaoke, sempat juga Ketua Penerangan beri kata2 aluan sikit...maka kami mengadakan konsert dengan berbagai2 lagu lama, baru & terkini. Abg rizal terpaksa la jadi bodyguard kami... anak2 Kak Na pun join gak... ada bakat menyanyi juga yea. Kami excise suara hehehe sampai pukul 4.30ptg.... apa lagi.... aktivit seterusnya





Aktiviti Ke-3


Kami nak serang pulak gerai Naib Ketua Pemuda kami (Abg Lin) & rakannya (tak lama lagi ahli kami la ni) yg terletak di Taman eQuine park.... kami konvoi la beramai2 kesana. Wah best best..... macam2 ada.... Along Danish ni very selamba & tidak segan... sampai je gerai, terus dia laung " mari2... beli beli"........ usahawan kecil molek la mcm ni, bagus2.. Makanan yg ada di gerai ABg Lin is Nasi bubur berlauk, otak-otak, air soya, taufoo fa & kek kukus, sepanjang jalan tu mcm2 gerai2, ada kepak yam, sata, nasi tomato, jagung bakar & lain2 la. Kami punya la mkn tak ingat dunia, sedap2 sedap.... if ikutkan nafsu, semua nya nak makan... tak pa next time kita boleh serang lagi, lama gak kami disana, mana tidak dok tunggu Yat & ucu yg dalam perjalanan. Kami beredar dlm pukul 8.30mlm... siap bungkus lagi... tiba2 wa pulak wat kecoh, beg dia hilang, yg kami perasan masa makan mana ada dia bawa beg dia, puas la mencari kat dalam keta, kami minta dia cari lagi sekali dlm keta, dia kata tak da, biasa la bila dah panic, semua barang cari tak jumpa, cari2 lagi sekali, beg nya sudah ketemu, dalam kereta Ita... hemmmm



So berakhir la aktiviti kami dalam satu hari....oh ya, lepas ni boleh la serang pulak gerai puteri kami yg bernama AB, dia buka gerai goreng pisang di puchong, tidak silap berdekatan dgn puchong prima. tak pa nanti kita survey ramai2 gerai AB pulak. Sampai ketemu lagi

Sunday, February 21, 2010

Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum, pasti tertanya2 siapa khawin ni, Kami mewakili Uncle Zaulkifli & Aunty Noorah (wanita caw) dengan segala hormatnya menjemput rakan2 sekelian ke Majlis Perkhawinan puteri mereka Fazmira dgn pasangannya Shaharuddin :


Ahad, 28 Februari 2010
di Dewan Serbaguna, Kompleks Kastam Kelana Jaya
No 22, Jalan Ss 6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya

Apa lagi kawan2, rombongan la kita yea, ok kita meet di sana dalam lebih kurang pukul 12.30 tgh yea....

Saturday, February 20, 2010

KonSert Musikal AnTara

Salam rakan, Jom tengok... Jumaat 26hb Februari di Istana Budaya, 8.00 malam. Rakan2 yg nak join please inform yea.



Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik.
Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.


Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.
Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.


Karya …. Erma Fatima


Para Pelakon :-
Fahrin Ahmad
Nasha Aziz

Para Penyanyi
Jamal Abdillah,
Ziana Zain,

Hattan,
Lan Typewriter,
Wana,
Iqbal

Friday, February 19, 2010

Lamanya.......

Aishah, wafi, mas, alfian

MMMmm ini masa program dryrun, tak silap tahun 2008, dryrun ni merupakan training utk menghadapi pilihanraya...masa ni ramai gak antara kami yg turut membantu... gambar ni baru terjumpa..




Kak Nie, Aunty Asmara, Mas, Abg Latiff, Laini, Saira

Aunty Asmah, Aunty Noorah & Abg Alfian

Info TerKini

Selamat Pagi Semua, 2 perkara yg hendak di beritahu :-

1. Kursus Bela Nusa yg diadakan di Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka dari Hari Khamis 18hb hingga Ahad 21hb Februari 2010. Kak Azizah (gambar yg ditengah) mewakili Kak Nie bagi kursus ni, bas disediakan di Pjb Bhg, dijangka bertolak pada pukul 9.00mlm. Kita tunggu la yea, report kak Azizah mengikuti Kursus ni. Good Luck Kak Azizah, yg penting jaga nama pu3 caw kita ehehheehh......Selamat Berkursus


2. Ramah Mesra & Mesyuarat Pu3 Caw Seksyen 20 Selatan Ahad 21hb Februari 2010, 11:00 pagi di Syed Bistro SS3, bersebelahan dgn Dewan Org Ramai. Semua ahli pu3 caw diminta hadir yea, boleh la mengenali diantara satu sama lain, ada yg baru & ada yg lama. Nak bincang byk perkara ini, salah satu program & aktiviti yg hendak dijalankan. Ok rakan2, tolong sampaikan pada rakan2 yg lain yea....Kak Azizah u being excuse...hehehe.... jom kita kasi gegar SYed Bistro.... Jumpa nanti yea.......datang jgn tak dtg, pandangan rakan2 diperlukan...

Wednesday, February 17, 2010

SunwaY


Asalamualaikum semua, apa yg berlaku hari ini. Setelah masing2 bercuti panjang, Kak Nie ajak 2 3 org dari kami utk bertanya khabar Boy anak Abg Rahman. Kali ni kami ajak Abg latiff sekali join, Kami meluangkan masa bersama Keluarga Abg Rahman, memberi kata2 semangat pada Boy & juga Abg Rahman & Kak Wati. Kami berdoa agar Boy sembuh seperti sedia kala. Insyallah, doa sentiasa mengiringi Boy, tidak kira apa cara sekali pun yg pasti niat kita. Ada antara kami hati bunga la pulak, tetapi kami pun kena strong, coz berdepan dgn Kak Wati & Abg Rahman.


Kami lepak minum.... sambil bincang apa yg patut, isu2 semasa & lain2 lagi, bertukar2 pendapat ni seronok sebenarnya, kami jemput sekali Abg Rahman, Kak Wati & kakak join kami minum & sembang2... kata abg Rahman tekak Kak Wati (heheheh DKG) sama la dgn kawan kami ni (tekak melayu heheheh), but Kakak join kami minum gak, katanya "Pakcik Latiff belanja yea". Rins pun join kami minum, tq so much kak ita....... :), rin's beransur dulu ada appoitment katanya, di turuti dgn Abg Latiff. Kami yg lain lepak lagi, temankan Abg Rahman, kak Wati & Kakak, sebelum Abg Rahman beredar minta diri , "Abg & Kak Wati, you have to be strong, apa2 inform kami, kami akan dtg beri semangat, call kami if hendak mengadu atau bercerita, kami sedia mendengar & membantu apa yg perlu. Insyallah...

Friday, February 12, 2010

Visit di Hosp

Salam rakan2, semalam kami meluangkan masa utk visit anak lelaki Abg Rahman yg berada di ICU Hospital Sunway. Dia menghidap penyakit meningitis, disini ada serba sedikit info mengenai penyakit ini. We hope for the best utk anak abg Rahman Insyallah. Kita berdoa utk kesihatan dia & seluruh keluarga. Abg Rahman you have to be strong & all of us is here to support you. Bukan kami nak war2 kan kami telah visit, cuma nak share dgn rakan2 lain, tidak bermakna yg tidak dpt visit, tidak boleh bagi support, yg penting naiwaitu kita, tidak kira la cara macam mana kita bagi support, moral ke , rohani ke. Tidak perlu la kita masuk smp ke dlm bilik ICU, kita cuma tgk dr luar bilik ICU sudah memadai, dimana kita masih dapat melihat keadaan pesakit. Bukan apa rakan2, pesakit sudah lemah, jgn la kita lak membawa virus yg lain pulak. Jauh ke, dekat ke, visit ke tidak ke, YG PENTING NAIWAITU kita, doa kita,bacaan yassin kita. Allah sentiasa mendengar walau dimana kita. Yg pasti kita usaha utk yg terbaik. Insyallah

MENINGITIS


Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.


Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.


Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing



Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak.


Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B)


Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.


Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.


Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
Demam

Kurang selesa.

Enggan minum.

Sakit kepala.

Menangis berterusan.

Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")


Tanda akhir serangan Meningitis:
Muntah.

Sawan.

Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.

Lemah.

Ruam seperti lebam-lebam.

Tidak sedar.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.

Terdapat individu yang mempunyai bakteria ini dalam tekak mereka tetapi tidak menunjukkan gejala penyakit. Golongan ini di kenali sebagai pembawa bakteria (carrier). Mereka ini mungkin menjadi punca jangkitan kepada individu lain. Apabila seseorang itu dijangkiti bakteria Neisseria meningitides, ini menunjukkan bahawa bakteria telah merebak dan ia meningkatkan risiko jangkitan kepada orang yang berdekatan dengan pesakit (ibu-bapa, keluarga dan jika di kampus ialah rakan sebilik dan kawan-kawan rapat).


Bakteria Neisseria meningitides terbahagi kepada beberapa jenis atau serotype. Serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype A, B, C, Y dan W135. Di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat serotype yang sering menjangkiti manusia ialah dari serotype B dan C. Di Asia, ialah serotype A dan C manakala serotype W135 ialah jenis yang sering ditemui di kalangan jemaah haji. Serotype Y pula dikatakan semakin meningkat di Amerika Syarikat.


CARA JANGKITAN

Bakteria Neisseria meningitides boleh menjangkiti seseorang melalui titisan pernafaan iaitu bersin, batuk, berkongsi gelas, straw, rokok, bercium dan resusitasi mulut ke mulut (mouth to mouth resuscitation).


MEREKA YANG BERISIKO

Jangkitan mudah merebak di kalangan:- Mereka yang tinggal di tempat sesak seperti asrama, kem tentera dan jemaah haji. Risiko jangkitan lebih tinggi pada mereka yang paling rapat dengan pesakit.- Mereka yang mempunyai sistem daya pertahanan yang rendah.


GEJALA

Masa pengeraman bakteria dalam tubuh manusia ialah antara 2 hingga 10 hari. Kebanyakkan pesakit menunjukkan gejala penyakit selepas terdedah dalam masa antara tiga hingga lima hari.Tanda penyakit ialah:- Demam dengan suhu yang tinggi- Loya dan muntah- Sakit kepala- Kekejangan pada leher- Kekeliruan- Mengantuk- Ruam/bintat merah (petecheal rash) pada peringkat awal dan kemudian pendarahan bawah kulit. Gejala ini membezakan meningococcal meningitis dari meningitis yang lain. Walaubagaimanapun adakalanya penyakit silap didiagnosa oleh pakar perubatan kerana menyangka ia demam denggi kerana denggi lebih kerap berlaku di negara ini.


DIAGNOSA

Meningococcal meningitis boleh didiagnosa melalui

-ujian mikroskopik

-ujian biokimia

-ujian kulturke atas cecair serebrospina yang diambil melalui lumbar puncture (lihat gambar 3).


Lain-lain ujian yang dijalankan ialah- ujian darah- CT-scan.


RAWATAN

Pengawalan suhu badan, sawan dan yang paling utama ialah rawatan antibiotik yang diberi secara intravena.


PENCEGAHAN

Terdapat dua cara mencegah meningococcal meningitis:

1.Kemoprofilaksis. Rawatan ini khas untuk mereka yang rapat dengan pesakit. Ia bertujuan menghalang jangkitan terutama kepada mereka yang berisiko. Individu ini diberi antibiotik RIFAMPICIN (10mg/kg atau dos maksimum 600mg untuk ditelan sebanyak dua kali sehari selama dua hari atau CIPROFLOXACIN 500 mg satu dos atau OFLOXACIN 400mg untuk satu dos.

2. Imunisasi. Imunisasi merupakan kaedah pencegahan jangka panjang. Kesan diperolehi selepas dua minggu imunisasi diambil. Ia biasanya diberi kepada bakal-bakal haji.

Terdapat tiga jenis vaksin iaitu:

- Vaksin quadivalent: untuk serotype A, C, Y dan W135.

- Vaksin bivalent untuk serotype A dan C

- Vaksin conjugate untuk serotype C.

Para jemaah haji diberi vaksin quadrivalent.Sehingga kini belum ada vaksin yang dihasilkan bagi serotype B.


KOMPLIKASI

- Kecacatan otak

- Hilang pendengaran

- Kegagalan organ penting seperti buah pinggang dan hati.

- Kematian

Thursday, February 11, 2010

Sama-sama Kita Menghayati

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Sunday, February 7, 2010

TAHNIAH

Bersama2 AJK Puteri PJU, Dato Hisham & Datin Shikin (Baju biru)

Tahniah & Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada , Dato Hisham Nordin (Timb Ketua Bhg PJU) & Datin Kapt Norashikin Tan Sri Onn. Sabtu 6hb Februari 2010, 8:00 malam, Majlis Bertandang di adakan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya, jemputan dihadiri oleh AJK Bhg, Pu3, Wanita, Pemuda Bhg & juga rakan2 dari Bhg Kelana Jaya, Subang & lain2 lagi . Kak Nie & juga Kak Na (Pen.Bendahari pu3 caw & Timb Pengerusi tetap pu3 bhg) turut hadir. Majlis bermula dgn bacaan doa oleh Sdr Hj Latt Sharizat (Ketua Pemuda PJU), Sdr Munir merupakan pengacara Majlis utk mlm itu. Majlis dimeriahkan dgn pantun - pantun, ucapan usik mengusik oleh rakan2 & juga sedikit ucapan dari Dato Ikhwan Salim (Ketua Bhg PJU). Kami juga di tontonkan slide show perjalanan hidup, majlis akad nikah, reception di rumah pengantin Perempuan & di Hotel Bluewave Shah Alam. Tapi ada technical problem, dimana suara tidak dapat didengari, jadi tgk gambar je la kami.
Kak Nie mengenali Datin Kapt Shikin semasa beliau di zaman penaja pu3 lagi pada tahun 2003, masa itu kami bahasakan dirinya Kak Shikin, orangnya kecil molek je, peramah, rendah diri & lembut bahasanya bila bertutur, sapa sangka beliau merupakan seorg juruterbang. Ketika itu Datin merupakan Ketua Penerangan pu3 Negeri Selangor & juga merangkap Exco pu3 Malaysia. Masih ingat lagi zaman itu, kami semua masih muda-muda lagi... Datin merupakan Juruterbang bersama Cathay Pasific ketika itu, sekarang beliau bersama Air Asia. Ini lah serba sedikit yg dpt dikongsi bersama rakan2. Pasangan mengenakan baju colour biru, majlis bersurai dalam pukul 10mlm. Kami ucapkan Selamat Pengantin Baru & semoga kekal hingga ke akhir hayat, selamat menjalani kehidupan bersama2.... amin. Inilah di namakan jodoh pertemuan. Semuanya adalah Ketentuan Allah.

Bersama wanita & pu3

Saturday, February 6, 2010

KaMi..........


2009, Mesyuarat Perwakilan Pu3 Bahagian, dari kiri Kak Nie (Kpu3), Wafi (Ajk, bukan senang nak tgk dia pakai baju kurung, wanita melayu terakhir), Yong (Timb Pengerusi tetap), Kak Bib (Nkpu3), Kak Na (jaga $$$$ bendahari leaa) & Aishah (yg selalu menyibuk sms & menyibuk hehehe setiausaha leaa).
Kami setiap tahun, bertukar2 perwakilan, agar semua dapat di beri peluang utk merasa menjadi perwakilan, lagi 1 seronok gak, coz masing2 dah ada kain batik pu3 hehehe.

Sedia

Haloooooo.... Lama gak yea tak ke udara... bersedia tak rakan2, kita nak friendly game futsal atau netball atau bowling... jgn terkejut... kali ni jauh punya team, gopeng perak. If bersedia boleh la kita training apa yg patut, bab2 sukan ni kita serahkan dekat wafi la senang. Kita pun dah lama tak duduk2 minum kopi sama2 yea... AJK bersedia yea tugas akan diberi.... so pls do freekan ur time...

Wednesday, February 3, 2010

Something to SHare

Tips to Stay Young n Happy Always

1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight, and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay them.


2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down. (Keep this in mind if you are one of those grouches!)


3. Keep learning: Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain get idle. 'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's!





4. Enjoy the simple things






5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath. And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with him or her!

6. The tears happen: Endure, grieve, and move on. The only person who is with us our entire life, is ourself. LIVE while you are alive.


7. Surround yourself with what you love: Whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.



9. Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to a foreign country, but NOT to where the guilt is

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity. who cares? But do share this with someone.