Kurang dari 100 hari segala kemungkinan akan terjadi sukar untuk dijangkan PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa. Apakah persediaan kita untuk menghadapi PRU13 ini? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan yang besar? Apakah pilihan kita? segala persoalan sentiasa berlaku dalam minda kita sama ada baik dan buruk akan berlaku. Segala keputusan adalah pilihan kita. kita menentukan pemimpin yang bakal mentadbir Negara kita yang tercinta. Tapi kita pernah terpikir segala yang kita inginkan telah kita kecapi selangkah demi selangkah keselesaan ini diberikan oleh kerajaan kita sekarang demi mencapai tahap keselesaan yang maksimum rakyat dan masih memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil yang masih berbaki demi memuaskan hati rakyat. tetapi apakah yang kita balas atas segala usaha mereka? tidak cukupkah lagi segala bukti kemajuan Malaysia sehingga diiktiraf peringkat antarabangsa yang diberikan oleh UMNO? sekiranya Pembangkang mentadbir apakah mereka boleh membangunkan negara seperti sekarang? mengapa setelah negara telah maju dan rakyat hidup aman baru mereka bertindak mengapa tidak mereka memperjuangkan parti mereka ketika negara mengalami kejatuhan pada 2008? mengapa mereka tidak merebut peluang dan buktikan pada rakyat yang mereka mampu membangunkan negara kembali pada waktu itu. Mereka hanya bertindak ketika segalanya kembali pulih. mengapa rakyat tidak percaya mereka boleh membangunkan negara sebelum ini seperti sekarang sebab ketika itu mereka pihak pembangkang tidak mampu menangung risiko tidak berani menghadapi kesusahan. 57tahun kerajaan UMNO telah buktikan kepada rakyat dengan membangunkan negara sehingga dipandang di mata dunia. kalau betul tidak suka pentadbiran kerajaan mengapa segala pinjaman dan pemberian serta kemudahan yang kerajaan beri di ambil. kenapa tidak tunggu pemberian pihak pembangkang?sebab mereka tidak mampu untuk memberikan semua kepada rakyat. mereka hanya tahu menabur janji tanpa apa-apa pelakasaan. rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir beberapa negeri pada PRU12 tapi apakah terjadi?segala janji hanya tinggal janji malahan pelbagai masalah timbul?adakah kita sanggup lihat PRU13 adalah kemusnahan negara sekira pihak pembangkang mengabil alih? kerana mereka tidak membuktikan apa-apa kejayaan sepanjang kemenangan mereka pada PRU12. sebagai rakyat berfikirlah lebih mendalam dan lihatlah segala keselesaan dan keamanan negara sekarang adalah hasil usaha UMNO demi keselesaan rakyat. UMNO membuktikan kepercayaan rakyat mereka galas sebaik mungkin sehingga menjadi negara maju. sekiranya pihak pembangkang satu parti benar-benar bagus mengapa mereka mendoakan kejatuhan kerajaan dan mereka tiada hak menggelarkan UMNO kafir kerana kita adalah umat ISLAM seorang pemimpin yang bagus haruslah mendoakan keharmonian rakyat walaupun berlainan agama dan perfahaman demi kebaikan bukan keburukkan selagi tidak timbul penindasan. sebagai rakyat kita sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan melengkapkan dan memperbaiki segala kekurangan bukan memusnahkan segala pejuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan demi generasi sekarang. Adakah keamanan yang kita kecapi sekarang akan dirasai generasi akan datang? fikir-fikirkan lah demi bangsa kita dan generasi masa hadapan. hargailah apa yang kita kecapi sekarang yang pasti bukan sesuatu yang masih tercari-cari untuk merebut kekuasaan dan kekayaan sehingga sanggup gadaikan bangsa dan negara serta keamanan rakyat. Bersatulah demi mempertahankan negara dari keamanan bangsa kita.
Open our mind & heart, relax & participate freely, no ranking everyone is equal, practice "ADULT Learning", have fun & enjoy the experience.
Saturday, January 19, 2013
Tuesday, January 1, 2013
SeLaMat TaHun BaRu 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013 dari kami Pu3 UMNO cawangan Seksyen20 SELATAN semoga segala yang buruk pada 2012 menjadi pengajaran dan yang baik menjadi panduan untuk menjadi yang terbaik.....semoga azam 2012 telah tercapai andai tidak tercapai lagi sila2 lah berusaha lebih untuk mencapai pada tahun ini....
Diharapkan perjalan 2013 ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan mempertingkatkan azam yang lebih untuk tahun ini agar lebih berjaya...
Salam daripada kami Pu3 UMNO Cawangan Seksyen20 Selatan...
Himpunan Wanita Muda 2012
Bertempat di Dewan Tun Abdul Razak 1 PWTC pada 25 November 2012 telah berlangsungnya program Himpunan Wanita Muda 2012 yang telah dirasmikan oleh Pedana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Program ini berjaya menghimpunkan ribuan wanita muda yang hadir. Pelbagai aktiviti dijalankan di sana, turut tidak ketinggalan ramai artis jemputan turut serta memeriakan majlis dengan membuka booth-booth jualan.
sebelum majlis bermula sempat perposing..ini lah barisan Wanita Muda dari Bahagian Petaling Jaya Utara...
sempat bergambar dengan k.Dynas..walaupun penat jaga booth k.Dynas masih melayan peminat yang hadir..
tahniah wanita muda kerana berjaya turut hadir dalam program ini..program ini sangat meriah dengan kehadiran anda...ini bermakna masih lagi ramai pengundi muda di kalangan wanita muda yang masih menyokong UMNO...
Sunday, November 4, 2012
MaJlis Di sana Sini..
Salam rakan-rakan... lama kami tak update.. makna nya tak da aktiviti la yea ;)..
Anyway.. tahniah pada .. Azmah & Nurul..semoga kehidupan yg baru di tempuhi dengan sabar dan sentiasa diberkati..semoga setiap perjalanaan hidup berjalan dengan lancarnya.. insyallah
Majlis Pertunangan Nurul .. so sweet the colour kan..
Tomorrow.. we begin a new journey hand in hand, eager to esplore a world of promise..
Selamat Pengantin Baru buat Azmah & kuri....kenduri di rumah azmah parit buntar, maaf kami tidak dapat stay lama di sana, ada majlis yg perlu kami hadiri.. lauk kampung memang superb..
Forever.. we will share an everlasting love that could come from god alone..
Sunday, September 30, 2012
Ramadhan 2012..
Bersiap sedia bersama Pengerusi Dun KT puteri pju untuk mengagihkan kurma & kordial ke masjid & surau di sekitar DUN Kampung Tunku
Jemputan iftar Biro Politik Puteri Bhg ke Seri Setia
Iftar bersama ahli cawangan.. bukan free yea kawan-kawan, kami mengeluar kan duit sedikit ala.. RM20 je, balance nya ketua cawangan kami & Kak Ida..(thank you so much).. jangan tanya apa yg UMNO beri..tanya diri kita apa yg kita beri..
Jemputan iftar Dato Zainuddin & rakan-rakan.. Ketua cawangan kami..menjemput rakan-rakan yg sentiasa memberi sokongan tidak kira program berunsur kebajikan, berseronok dan lain-lain..susah senang bersama tanpa mengira penat lelah... renung-renungkan.. is a reward to all of them.. SYABAS..
Bersahur Bersama Anggota Bomba Damansara
Kami mengikuti program-program Puteri Bahagian dan juga menerima jemputan berbuka puasa. KAmi juga menganjurkan Iftar bersama Ahli cawangan.. sms telah di keluarkan.. yang ini sahaja la yg bersama-sama..Kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita tidak tahu sama ada rakan-rakan berada di dalam kesusahan, pada mata kasar kami rasa semua nya mampu, melainkan di beritahu atau di maklumkan...mala petaka menimpa, sakit pening, new born baby..wedding dan lain-lain lagi.. setakat kami mampu membantu..insyallah. Pasti kami tidak tahu, sekiranya rakan-rakan memberitahu.. adalah lebih baik kita bertanya direct pada Ketua..dari kita mendengar dari sumber-sumber yg kita tidak pasti kesahianya.. Mohon maaf sekiranya ada perkara yg kami terlepang pandang, yg baik itu dari allah, yg lemah itu dari diri kami sendiri..
Kami mengikuti program-program Puteri Bahagian dan juga menerima jemputan berbuka puasa. KAmi juga menganjurkan Iftar bersama Ahli cawangan.. sms telah di keluarkan.. yang ini sahaja la yg bersama-sama..Kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita tidak tahu sama ada rakan-rakan berada di dalam kesusahan, pada mata kasar kami rasa semua nya mampu, melainkan di beritahu atau di maklumkan...mala petaka menimpa, sakit pening, new born baby..wedding dan lain-lain lagi.. setakat kami mampu membantu..insyallah. Pasti kami tidak tahu, sekiranya rakan-rakan memberitahu.. adalah lebih baik kita bertanya direct pada Ketua..dari kita mendengar dari sumber-sumber yg kita tidak pasti kesahianya.. Mohon maaf sekiranya ada perkara yg kami terlepang pandang, yg baik itu dari allah, yg lemah itu dari diri kami sendiri..
Sekitar Mesyuarat Perwakilan...
Mesyurat Perwakilan Pemuda di Bukit Kiara
Mesyuarat Perwakilan Puteri di Armada Hotel
Di Royal Bintang
Perwakilan & juga urus setia.. yang sentiasa berusaha..
Mesyuarat Perwakilan Puteri PJU 2012
Assalamualaikum minta maaf yea kawan-kawan..baru kesempatan untuk update apa yg patut.. let read..walaupun semua umat islam sibuk dengan persiapan menyambut Ramadan dan Syawal kami Puteri UMNO PJU tetap menjalankan tanjungjawab kami untuk bersidang bagi tahun 2012.
Alhamdullilah dengan izin Allah s.w.t . selesai
juga persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara
bagi tahun 2012 pada 14 Julai 2012 di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor Darul
Ehsan. Persidangan puteri di rasmikan oleh Ketua Umno Bahagian PJU, YBhg. Dato’
Hj Ikhwan Salim bin Dato’ Hj Sujak.
Seperti biasa la kan.. majlis kami di
mulakan dengan bacaan doa dan nyanyian .. bila dah menyanyi lagu UMNO, PUTERI
dan lagu Satu Malaysia, tetiba rasa bersemangat sangat dah rasa macam ada satu
aura masuk dalam badan..eh gitu..hehehhe.. Selepas aura dah masuk baru la ada
semangat nak bersidang.
Ucapan permulaan oleh Ketua Puteri Umno Bhg (Kak Jaslina Harris), kemudian Ketua Puteri Umno Selangor (Kak Suhaila) dan ucapan perasmian oleh Dato Ikhwan Salim.
Selepas selesai upacara perasmiaan, kami berehat sebentar la..perut dah
lapo..break for lunchhhhh...hehehe..sedap makanan yg disediakan oleh Armana
Hotel..terima kasih daun keladi pada yg sponsor ye...tahun depan nak lagi.. J..
Okay bila perut dah kenyang hati dah suka,
so kena la bersidang, ( dah memang itupun kan agenda kita J.) ,
persidangan di mulakan pada pukul 2.45pm dengan kehadiran 63 ahli dari 102..
okay la kan cukup korum nya.. maybe yang tak dapat datang ada alasan mereka
sendiri..
Persidangan kami simple tapi padat dan tak
banyak masa kami ambil.. pengerusi dan timbalan pengerusi tak dapat datang so
kami lantik pengerusi sementara iaitu Azah Mastura. persidangan membentangkan penyata tahunan
dan penyata kewangan. diteruskan dengan keputusan 10 orang puteri bahagian untuk ke persidangan UMNO Bahagian,
kemudian memilih 2 orang wakil pu3 bahagian ke persidangan puteri UMNO Malaysia.
Setelah urusan pemilihan selesai angenda
kami seterus nya mencadang dan membahas usur. Ada 2 usus yang dicadangkan iaitu
usul Pendidikan dan usul Ekonomi. Pendidikan dan usul ekonomi dia cadangan oleh Aishah
dari puteri cawagan Sek 20 Selatan.
Bagi ucapan pengulugan puan pengerusi ada
meminta puteri yang ingin menyuarakan pendapat ataupun cadangan demi
kebaikan parti.. ada 2 orang wakil puteri yang kehadapan. Ini sudah bagus,
puteri berani bersuara..ehhehehe.. sesi
kenalan pun ada kami buat antara Ajk dengan ahli puteri..ye la tak semua ahli
kenal dengan Ajk kan kan kan..hihi.. pastu sambung semula dengan ucapan
pengulugan dari Ajk yang lain.. lepas tu
abis la.. kami tamat bersidang pada pukul 4 petang.
Perwakilan puteri cawangan kami dan juga urusetia..
ucapan penanguhan Naib Ketua Puteri Bhg (Ketua Puteri cawangan kami)
Ops lupa nak bagi tau, ada 3 orang dari wakil perhubungan negeri..ketua kami turun padang beb.. sapa lagi kalau bukan Ketua puteri umno negeri ler.. thanks for coming ya..
Bila persidangan dah tutup acara free and
easy la, kami buat..hehhe..shopping la!! Eh shopping kat mana ye..urmm tu la
rugi sape2 yang tak datang.. kami ni puteri ada bukak booth.. macam2 ado
tauu..hehhehe..so mana yang tak datang, next year make sure datang okay!! J.. pastu seperti biasa sesi bergambar bersama-sama ler, kita kena la
ada bahan untuk kenang kenangan..
Okay
la sampai sini saja untuk kali ini.. nanti kalau ada berita kami akan update
lagi okay... sebelum tu kalau ada silap dan salah haraplah di ampun kan la ye..
J
akhir kata slogan kita “rakyat di dahulukan percapaian di utamakan..” wasalam
* simple kan laporan ni, hehhee.. ingat boleh la share amanat yg di sampaikan oleh pemimpin-pemimpin di atas.. rupanya adik-adik tak ambil perhatian la yea ketika ucapan-ucapan di beri.. so jangan lupa yea, lepas ni kena la ambil nota untuk..dicatit dan akan si share di blog ini. apa pun.. tahniah pada semua ahli dan jadilah yg terbaik..
shoping time.. hujung belah kanan is cyma (dia la owner cymus.. kawan-kawan boleh tengok dekat blog yg ada tetera sebelah kanan tu yea.. yg tiga dari kiri pon tokey juga tu, sandal manik2..if nak beli sila hubungi kak bib yea
shoping time.. hujung belah kanan is cyma (dia la owner cymus.. kawan-kawan boleh tengok dekat blog yg ada tetera sebelah kanan tu yea.. yg tiga dari kiri pon tokey juga tu, sandal manik2..if nak beli sila hubungi kak bib yea
Sunday, July 22, 2012
Hari Guru..
sambil menanti para tetamu yang lain.. kita bergambar dulu....
Salam Ramadhan pada semua... Sambutan hari guru teleh berlalu, kini tiba masanya kami memberitahu..maaf kan kami sekiranya rakan-rakan menantikkan.. Rancangan sudah di rancang, selepas sambutan Nurses day, hari guru pula, sebanyak tiga kali kami terpaksa menunda tarikh yang sesuai, dengan cuti sekolah lagi, akhirnya terlaksana juga pada 17hb Jun 2012, bertempat di Bukit Kiara, alhamdulillah Puteri Bahagian dapat mengumpulkan seramai 110 orang guru yg terdiri dari berbagai-bagai sekolah.. Pada mulanya risau juga, tidak mendapat sambutan, rupanya sporting-sporting betul cikgu-cikgu...berbagai acara di sediakan, nyanyian, permainan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi la.. ada juga nyanyi dari guru-guru tau. Acara potong kek untuk Hari Guru & Juga Hari Bapa, thema kali ini polka dot, jadi Kek pun polka dot yea.. sambil guru-guru menyanyikan lagu "Lilin".. tersentuh juga kami semua, Cikgu jasa mu mendidik kami akan akan kami kenang sampai bila-bila. Berjaya juga puteri bahagian melaksanakan program ini, yang pasti guru-guru yang hadir tidak kering gusi dan juga pulang dengan senyuman yg sentiasa terukir di bibir
acara potong kek..polka dot, di hiburkan dengan nayanyian dari Diana
sebelum pulang..kami bergambar bersama guru-guru bagi kenang-kenangan
salah satu dari permainan kotak beracun..."Chicken dance... ada backup dancer lagi
.
Urusetia yg sentiasa berusaha...menjayakan Majlis ini, ada yg sudah balik ni.. Terima Kasih juga kepada semua puteri yg terlibat secara langsung dan tidak langsung..
Friday, July 20, 2012
SELAMAT BERPUASA
Assalamualaikum....
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam khas nye dan kepada semua yang mengenali kami amnya....semoga kedatangan bulan yang mulia ini membaya 1001 rahmat kepada kita umat islam....
dari kami PU3 UMNO SEK20 SELATAN...
Jika Harta adalah Racun maka Zakat lah penawarnya,
Jika Umur adalah Dosa maka Taqwa & Taubat lah ubanya,
Jika seluruh Bulan adalah Noda maka Ramadhan lah Pemutihnya
MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
Monday, June 4, 2012
Majlis Makan Malam
Assalamualaikum, hai semua.. kami nak share sikit ni.. pada 29hb May 2012, bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dimana telah di adakan Majlis makan makan bersama-sama Jururawat sempena Nurses Day, kami tahu dah belated, tapi tidak bermakna kami tidak dapat raikan. Majlis ini anjuran Puteri Bahagian PJU.. kami juga turut membantu apa yg perlu. Nurse-nurse terdiri dari Hospital Sg Buloh, Kajang, Damansara Specialist... malam itu sungguh meriah suasananya, dihiburkan dengan nyanyi, permainan & juga penyampaian cenderahati.. Nurse-nurse semua malam itu memang sporting sangat-sangat... we really enjoy the day. Tidak lupa juga, kaunter SPR & keahlian puteri juga kami sediakan, dengan ini dapat la kami menyemak nama-nama yang tidak mendaftar SPR lagi, dan adik-adik nurse ni menyambut baik dengan mendaftarkan diri mereka yg mana belum mendaftar..jangan fikir lain pula yea...mereka mendaftar tidak semestinya mereka dapat mengundi untuk PRU13, tetapi untuk masa akan datang.. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. sampai ketemu lagi.. di Majlis Seterusnya.. iaitu Majlis Makan Malam bersama guru-guru.
poco-poco & game turut di adakan
ajk & puteri yang turut membantu
Subscribe to:
Posts (Atom)












