Sunday, July 22, 2012

Hari Guru..

 sambil menanti para tetamu yang lain.. kita bergambar dulu....

 Salam Ramadhan pada semua... Sambutan hari guru teleh berlalu, kini tiba masanya kami memberitahu..maaf kan kami sekiranya rakan-rakan menantikkan.. Rancangan sudah di rancang, selepas sambutan Nurses day, hari guru pula, sebanyak tiga kali kami terpaksa menunda tarikh yang sesuai, dengan cuti sekolah lagi, akhirnya terlaksana juga pada 17hb Jun 2012, bertempat di Bukit Kiara, alhamdulillah Puteri Bahagian dapat  mengumpulkan seramai 110 orang guru yg terdiri dari berbagai-bagai sekolah.. Pada mulanya risau juga, tidak mendapat sambutan, rupanya sporting-sporting betul cikgu-cikgu...berbagai acara di sediakan, nyanyian, permainan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi la.. ada juga nyanyi dari guru-guru tau. Acara potong kek untuk Hari Guru & Juga Hari Bapa, thema kali ini polka dot, jadi Kek pun polka dot yea.. sambil guru-guru menyanyikan lagu "Lilin".. tersentuh juga kami semua, Cikgu jasa mu mendidik kami akan akan kami kenang sampai bila-bila.  Berjaya juga puteri bahagian melaksanakan program ini, yang pasti guru-guru yang hadir tidak kering gusi dan juga pulang dengan senyuman yg sentiasa terukir di bibir

acara potong kek..polka dot, di hiburkan dengan nayanyian dari Diana


sebelum pulang..kami bergambar bersama guru-guru bagi kenang-kenangan

 salah satu dari permainan kotak beracun..."Chicken dance... ada backup dancer lagi


.  

Urusetia yg sentiasa berusaha...menjayakan Majlis ini, ada yg sudah balik ni.. Terima Kasih juga kepada semua puteri yg terlibat secara langsung dan tidak langsung..

No comments:

Post a Comment