Saturday, January 19, 2013

ApAkaH yaNg aKaN tErJaDi?

Kurang dari 100 hari segala kemungkinan akan terjadi sukar untuk dijangkan PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa. Apakah persediaan kita untuk menghadapi PRU13 ini? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan yang besar? Apakah pilihan kita? segala persoalan sentiasa berlaku dalam minda kita sama ada baik dan buruk akan berlaku. Segala keputusan adalah pilihan kita. kita menentukan pemimpin yang bakal mentadbir Negara kita yang tercinta. Tapi kita pernah terpikir segala yang kita inginkan telah kita kecapi selangkah demi selangkah keselesaan ini diberikan oleh kerajaan kita sekarang demi mencapai tahap keselesaan yang maksimum rakyat dan masih memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil yang masih berbaki demi memuaskan hati rakyat. tetapi apakah yang kita balas atas segala usaha mereka? tidak cukupkah lagi segala bukti kemajuan Malaysia sehingga diiktiraf peringkat antarabangsa yang diberikan oleh UMNO? sekiranya Pembangkang mentadbir apakah mereka boleh membangunkan negara seperti sekarang? mengapa setelah negara telah maju dan rakyat hidup aman baru mereka bertindak mengapa tidak mereka memperjuangkan parti mereka ketika negara mengalami kejatuhan pada 2008? mengapa mereka tidak merebut peluang dan buktikan pada rakyat yang mereka mampu membangunkan negara kembali pada waktu itu. Mereka hanya bertindak ketika segalanya kembali pulih. mengapa rakyat tidak percaya mereka boleh membangunkan negara sebelum ini seperti sekarang sebab ketika itu mereka pihak pembangkang tidak mampu menangung risiko tidak berani menghadapi kesusahan. 57tahun kerajaan UMNO telah buktikan kepada rakyat dengan membangunkan negara sehingga dipandang di mata dunia. kalau betul tidak suka pentadbiran kerajaan mengapa segala pinjaman dan pemberian serta kemudahan yang kerajaan beri di ambil. kenapa tidak tunggu pemberian pihak pembangkang?sebab mereka tidak mampu untuk memberikan semua kepada rakyat. mereka hanya tahu menabur janji tanpa apa-apa pelakasaan. rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir beberapa negeri pada PRU12 tapi apakah terjadi?segala janji hanya tinggal janji malahan pelbagai masalah timbul?adakah kita sanggup lihat PRU13 adalah kemusnahan negara sekira pihak pembangkang mengabil alih? kerana mereka tidak membuktikan apa-apa kejayaan sepanjang kemenangan mereka pada PRU12. sebagai rakyat berfikirlah lebih mendalam dan lihatlah segala keselesaan dan keamanan negara sekarang adalah hasil usaha UMNO demi keselesaan rakyat. UMNO membuktikan kepercayaan rakyat mereka galas sebaik mungkin sehingga menjadi negara maju. sekiranya pihak pembangkang satu parti benar-benar bagus mengapa mereka mendoakan kejatuhan kerajaan dan mereka tiada hak menggelarkan UMNO kafir kerana kita adalah umat ISLAM seorang pemimpin yang bagus haruslah mendoakan keharmonian rakyat walaupun berlainan agama dan perfahaman demi kebaikan bukan keburukkan selagi tidak timbul penindasan. sebagai rakyat kita sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan melengkapkan dan memperbaiki segala kekurangan bukan memusnahkan segala pejuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan demi generasi sekarang. Adakah keamanan yang kita kecapi sekarang akan dirasai generasi akan datang? fikir-fikirkan lah demi bangsa kita dan generasi masa hadapan. hargailah apa yang kita kecapi sekarang yang pasti bukan sesuatu yang masih tercari-cari untuk merebut kekuasaan dan kekayaan sehingga sanggup gadaikan bangsa dan negara serta keamanan rakyat. Bersatulah demi mempertahankan negara dari keamanan bangsa kita.

No comments:

Post a Comment