Monday, August 1, 2011

Salam Sahur & Ramadhan..1432H




Assalamualaikum, syukur alhamdulillah kita masih berpeluang menunaikan Rukun Islam yg ke3 iaitu Puasa di bulan Ramadan. Kami mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan di atas segala kesilapan kami kepada rakan-rakan serta kenalan & juga yg membaca blog ini.. siapa juga di luarsana . Dambakan cinta dalam SUJUD & suci, rimbukan kanlah keimanan di dalam hati Kita tidak pasti masih ada peluang kah untuk esok hari, sesaat, seminit, sejam rebutlah peluang yg ada ini, bulan yg penuh kemulian. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

Saturday, July 9, 2011

Bersih..

BERSIH..

Jalan raya sesak di sana sini, kesian pula rakyat yang menunggu di bus station, punya la ramai, mana tidak nya, bus dari KL belum tiba. Saya ambik contoh yang paling dekat iaitu di Kalangan office mate, "Ini semua kerja UMNO la, susahkan semua orang, jam is every where" "Why you salahkan UMNO pula" " Ye la because goverment is BN, and BN is UMNO" " Is not UMNO, is Ambiga & PKR" "Aiya ini PKR banyak susahkan orang la" Pelik kan mengapa jalan jam salahkan UMNO, mana tidak mereka-mereka ini sungguh aktif di laman sosial yg membuatkan rakyat di luar sana terpedaya. Well PDRM hanya menjalankan tugas mereka, memastikan NEGARA tidak menjadi huru hara. Iaya betul, [you kata Demo ini aman, happy & enjoy] jadi tidak salah la kan jika PDRM bersedia apa kemungkinan akan berlaku. Bila dah ramai, macam2 ragam kan. Buatnya la yg berkumpul ni ada yg short wire, parah la kan, yg berkumpul itu panas baraN, you tahu ke, takan dekat muka org tu tertulis [SAYA PANAS BARAN, JGN SENTUH SAYA]. Rasa-rasa menyusahkan kan RAKYAT tak....Mengapa saya berkata begini...

1. Di sebabkan berhimpunan haram ini, aktiviti luar terpaksa di batalkan, sekatan jalan raya di merata2.

2. Kesian bagi yg mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa berhati2 dan kemungkinan besar, terpaksa tutup kedai, kerana jalan dah di tutup, rakyat mana nak lalu jalan kat situ.

3. Kesian bagi yg mengadakan Majlis Perkhawinan di sekitar KL, pasti ada yg tidak hadir kan. [bayangkan la if your wedding]

4. Ekonomi pada hari ni akan berkurangan.

5. Kan Sekarang is KL Festival, bagaimana pelancong-pelancong & juga rakyat MALAYSIA nak bersiar2.


Siapa yang punya rancangan BESIH ni [semua ini adalah kepentingan diri sendiri] [yg rakyat nak berkumpul ni apa faedah], tidak cukup Platform ke untuk bersuara, bukan kah ceramah di sini sana. Mengapa takut pada bayang-bayang sendiri ke. Negara kita ni dah aman damai, Apa lagi yg kita hendak, nak bersih kan apa lagi.. SPR...kalau SPR tak bersih..macam mana 5 negeri sudah di tawan. Adakah kerana sudah gentar kerana..apa yang telah di janji kan tidak di kotakan..Kami ni pun rakyat juga.. Kenapa pilih BN, kerana ketika zaman persekolahan, kami adalah golongan family yang kurang pendapatan, Kami di beri pinjaman buku sekolah, token untuk makan, susu kotak percuma. Dulu memang berbeza, mungkin generasi sekarang celik mata sahaja semua sudah tersedia, susah payah mak bapa kita ketika dulu. Semalam MAK saya menerima panggilan telefon dari sesorang yg boleh dikata kan menyokong PAS "Macam mana kak, esok himpunan bersih" MAK saya jawab " Itu la, apa lagi yg kita hendak, nak beli barang semua ada, mahal macam mana pun semua ada, semua tersedia, aman damai, semua keperluan dah cukup. Yg dok berkumpul banyak orang kita je, yg lain pandai dok rumah" jawab makcik tu " Ye la kan kak, betul juga semua ada, semua cukup"

So rakan2 apa yg kita hendak lagi, Negara Kita ni sudah aman damai, Kita boleh duduk kat kedai kopi bila bila tanpa perlu risau ada pergaduhan & perang. Berbilang bangsa, jadi sentiasa la jaga hati setiap bangsa. Setiap negara pasti ada politik di mana2, yg penting Hati RAKYAT perlu di JAGA & Keselamatan itu amat penting.

Sunday, July 3, 2011

Selamat Pengantin Baru

Kami bersama Cik Jah (Ketua Wanita caw DB, ain & Dila (pu3 caw DB)

Sama Cantik sama padan, masa di D'Kelana, maaf kan kami kerana tidak dapat hadir, jadi kami ke sini la yea


Selamat PEngantin Baru to Ayang & Mizi, semoga sucess selalu..Amin

Wednesday, June 29, 2011

j0M l0OsE wEigHt & siHaT.....



Kawan-kawan....kami pu3 cawangan sek 20 selatan nak ajak rakan-rakan yg berminat untuk loose weight join kami dalam program "JOM LOOSE WEIGHT & SIHAT"...sekira berminat boleh la email kepada Kak Nie (Ketua Pu3 caw seksyen 20 selatan)....or SMS kat Aishah (Pen Setiausaha Pu3 kami) please inform before jumaat (01/07/2011)

agenda program kami :

1) Menimbang berat badan


2) Setiap peserta perlu membayar RM50 (wang tebusan)
3) Tempoh masa 3 bulan untuk loose weight
4) Peserta yang paling tinggi/kg penurunan dikira pemenang.

5) Pemenang akan menerima wang tebusan dari setiap peserta yang tidak berjaya.
6) Selepas 3 bulan para peserta akan ditimbang semula untuk memilih pemenang.

p/s: tarikh,masa dan tempat akan diberitahu kemudian untuk sesi timbang berat badan. Syarat-syaratnya juga tidak boleh la makan pil diet yea..





JOM RAMAI-RAMAI LOOSE WEIGHT!!! AYUH!!! KITA AMALKAN HIDUP YANG SIHAT DAN CERIA DENGAN POTONGAN BADAN YANG MENAWAN!!! :)

Thursday, June 16, 2011

Rombongan..& makan..

Rombongan kami baru tiba, bawah ni bersama Aunty mara, Kak Chye, Kak Jas, BB & Juma, Abg LAtiff kali ni malu pula dia nak snap photo bersama, selalunya ok je..ada mood agaknya



Kami melawat ke kolam ikan Arowana, 3G [agaknya 3 group, Dato Z, Abg LAtiff & Abg Rahman] ada sesiapa berminat untuk invest, boleh terus hubungi.


Mee udang mak teh di kuala Sepetang..RM12[7ekor]
Dinner kami di rumah ibu bapa Setiausaha cawangan kami Abg Rizal.. menu nya is Capati bersama kuah sardin. Time ni dah abis makan dah..itu yg senyum sambil said "KEMUNTING' along danish anak kak Na & rizal punya idea. After dinner baru la Kak Chye & Kak Jas gerak balik ke Kuala Lumpur. Kami pula bungkus itu capati untuk KC kami & rakan2nya..
nasi kandar beratur di penang & akhirnya keesokan harinya, makan ini Raja Buah di Hentian Bukit Gantang, memang sedap..durian kampung ni..

sehingga menjilat jari



merah sangat la mak ngah...bertandang ke rumah Khairul pula... Both of you look so sweet, hope that your married is sweet as you are. AMIN

Sunday, June 12, 2011

Aishah & Khairul

Pasti yg lain tak sabar2 nak tau cerita kan... Kami konvoi 2kereta dari KL, 2 kereta lagi sudah berada di Taiping.. BB, Aunty mara & Juma 1 kereta, Kena gerak dulu, coz kami menuggu fiza, tapi bagus betul la semua group konvoi kami ni, on time.. Kami tiba di rumah pengantin lebih kurang dalam 1pm tak silap, sama time dengan pengantin tiba, apa2 pun kami makan dulu, punya la nak makan sangat, sampai gambar pun kurang nak snap, panas memang panas yea... enjoy juga food kenduri, biasa la kan kenduri kampung kan mesti sedap punya.. Lama juga kami lepak kat kenduri Aishah, siap berphoto di pelamin, takut juga roboh lak pelamin nya, ye la kami rombongan kami ramai juga. Gambar2 ramai, kami tak snap, so terpaksa la tunggu camera Pengantin yea.. Terima KAsih kami ucapkan bagi pihak keluarga Pegantin kepada rakan-rakan pu3 bhg yg sudi hadir,Kak Zaidah, kak Jas, BB, & Juma. Cawangan kami yg turut serta, Kak Nie, Kak Bib, Kak Na, azmah, fiza, aunty mara & Abg latiff. Tak lupa juga kepada rakan kami Ha & Abe sekeluarga yg tidak dapat hadir tapi Hadiah mereka sampai juga ke TAIPING. Lepas kenduri mereka round2 kat taman tasik, kami plan ramai2 nak makan mee udang, Cuma sempat group yg ini je la.. BB, aunty mara tak jadi join. If ada rakan2 yg ada snap photo jangan lupa down load yea. Apa2 pun Kami akan tunggu penganti punya gambar collection yea. Semoga Aishah & Khairul success selalu, insyallah. Amin.

Sunday, June 5, 2011

Jemputan Perkahwinan..

Assalamualaikum, Kami mewakili Faizahtul Aishah @ Aishah ingin menjemput rakan2 ke Majlis Perkhawinannya pada Sabtu 11 Jun 2011, dari pukul 12 tengahari beralamat Di Taiping Perak.. Kad Jemputan & juga sms kami dah keluar kan.. If rakan2 nak maklumam lanjut, sila hubungi aishah yea.. takan tak kenal Penolong Setiausaha puteri Caw kita.. If sapa nak konvoi, boleh je contact Kpu3 kami.. Semoga Majlisnya berjalan dengan lancar & meriah dengan kehadiran rakan-rakan.

Sunday, May 22, 2011

Kami La Ni..

Selesai Mesyuarat kami lepak kat sini la, KC kami ni ada je mana2. Mas & Aishah dah balik awal, coz ada hal lain.
Complete perwakilan kami, 5orang + Ketua Puteri & Timb Pengerusi. Awal lagi ni, itu sebab kosong je seat kat belakang.Barisan Kepimpinan Pu3 Bahagian di atas, dari kiri, Fid (Pen.Bendahari), K.Fiz (Pen Setiausaha), Sdr Sheik Harun (Setiausaha tapi tak nampak la pula), Wakil Pu3 Selangor (Sdri Herni Ketua Puteri Bhg Subang), K.Jas (Ketua Pu3), Kak Na (Timb. Pengerusi Tetap), K.Nie (Naib Ketua Pu3) & BB (Ketua Penerangan)

Saturday, May 21, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011


Assalammualaikum, Maaf rakan-rakan, mungkin masih belum terlambat untuk yang tidak hadir ke Persidangan kali ini, boleh la share bersama-sama kami yea. Kali ini kami 5orang + Ketua Puteri Caw & Timbalan Pengerusi Tetap so 7orang la kami. Seperti biasa kami la genuine pu3 cawangan Seksyen 20 Selatan.
PART 1
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan PUTERI UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA 2011, telah di bersidang pada 07 Mei 2011 bersamaan 03 Jamadilakhir 1432H, pada jam 2.00 petang dan bertempat di Dewan Perdana Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Majlis , bacaan doa dan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu 'NEGARA KU, BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT DAN PUTERI. Seterusnya mesyuarat di teruskan dengan
ucapan aluan dari:-

Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara iaitu Cik Jaslina Herawati Harris Fadillah, ucapan dari Cik Jaslina pada hari itu banyak mencerita mengenai sejarah beliau sepanjang bersama puteri UMNO..bila,kenapa,mengapa beliau terus bersama umno, ini semua untuk memartabatkan orang-orang melayu yang ada di negara kita. Beliau juga ada menyatakan "kalau ingin jadi Puteri yang hebat,tingkah laku janganlah sumbang,mulut jangan suka mengumpat,waktu kerja jangan dok curi tulang."renung-renung kan lah....

Ucapan Perasmian oleh Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, YB Dato Ikhwan Salim Bin Dato HJ Sujak. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua yang terlibat pada hari mesyuarat.* ucapan ini tak boleh lama2, kalau lebih 20minit, pasti tumpuan mendengar akan berkurangan. Akhirnya acara yang di tunggu-tunggu oleh semua yang hadir,'makan time'. makanan pada hari tu memang banyak dan sodap-sodap semuanya....next year buat kat sini lagi la yea, pihak pengurusan hotel pun sentiasa asa kat dalam dewan ni, semua terjaga la kiranya.


PART 2
Mesyuarat dimulakan semula dan di pegerusikan oleh Puan Rahzana Othman selaku Timbalan Pengerusi Tetap Puteri Bahagian ini Pen. Bendahari Puteri Cawangan kami, seperti biasa surat akuan sumpah di buat dihadapan para perwakilan puteri . Jumlah ahli puteri bahagian seramai 1206 orang, hanya 18 cawangan yang bersidang, jumlah perwakilan seramai 102 orang, yang hadir hanya 62 orang dan 40 orang tidak hadir, ramai juga kan yg tak hadir, barisan AJK puteri bahagian nampak banyak kerusi kosong, mana mereka semua ini yea. Bagi kami yg sebagai perwakilan nak juga tengok, siapa AJK di atas ini. Mungkin Barisan kepimpinan di atas perlu lakukan sesuatu...heheh jangan marah la yea..ini pandangan kami..


Mesyuarat diteruskan dengan memilih 10 orang perwakilan untuk ke mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Cik Jas sendiri telah mencalonkan kesepuluh nama perwakilan dan telah disetujui oleh semua yang bersidang. Bagi 2 orang Perwakilan ke Perhimpunan Agong Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menang tanpa bertanding iaitu Kak Lili & Jumalia.

Usul yang di bentangkan pada mesyuarat kali ini ialah:
'ONLINE REGISTRATION DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN'
Seperti yang kita sedari sekarang pendaftaran keahlian ahli UMNO sama ada Puteri,Pemuda dan Wanita adalah terlalu senang memandangkan zaman teknologi yang serba moden dimana pendaftaran keahlian UMNO boleh dilakukan secara online berbanding daripada dahulu zaman nenek moyang kita dimana pendaftaran keahlian UMNO adalah jauh berbeza daripada sekarang. Generasi muda sekarang kebanyakkannya celik IT dan banyak menghabiskan masa di alam maya.
1. Dengan adanya pendaftaran online menggalakkan individu sendiri yang ingin mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO secara sukarela dan bukan dipaksa.
2. Mengadakan kempen daftar ahli baru secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang lebih kreatif dan mesra dengan gerak kerja yang proaktif dan agresif terutamanya melalui sayap-sayap parti.
3. Menjalinkan kerjasama yang baik dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi mendekati rakyat dalam usaha daftar pemilih pilihan raya mengikut kawasan bagi memastikan setiap individu yang layak mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR dan seterusnya menyokong serta mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
4. Mengadakan usaha yang bersungguh-sungguh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan Badan Perhubungan Negeri untuk menyediakan dana yang mencukupi bagi melaksanakan misi dan visi UMNO serta Barisan Nasional (BN) di segenap pelusuk negeri.
5. Had umur keahlian Puteri adalah daripada 18-35 tahun. Hal ini terjadi dimana-mana bahagian sekalipun bahawa ramai puteri yang masih belum mencapai umur 35 tahun telah mendaftar dan keahliannya secara automatik menjadi wanita.kita tidak mahu golongan muda ini yang masih dikatakan mentah dan baru hendak berjinak-jinak di dalam duni Politik. Bagi yang memegang jawatan di peringkat bahagian dan cawangan kita pohon agar UMNO pusat lebih peka supaya jawatan mereka ini dikekalkan dan tidak dilucutkan dengan sewenang-wenangnya sehingga tamat penggalnya.

Usul telah di sokong oleh Pn Siti Rokiah Ishak.
online registration satu kaedah yang efektif yang mana kita tahu dengan cara ini kita lebih dapat mendekatkan diri dengan remaja-remaja zaman sekarang yang lebih menghabiskan masa dengan melayari IT...percaya lah remaja zaman sekarang lebih gemar mendapatkan fakta-fakta tentang apa sahaja dari dunia siber dan tidak mustahil mereka akan mendapat kan maklumat atau apa sahaja mengenai UMNO dengan sendirinya, dengan adanya kaedah ini lebih menyenangkan proses pendaftaran dengan satu klik sahaja dimana ahli yang ingin berdaftar tak perlu untuk bersusah payah untuk membuat janji temu dan ke pejabat pendaftaran. Selain itu ini juga dapat mengelakkan dari wujudnya 'AHLI HANTU' yang dimana nama ahli baru telah di daftarkan di cawangan kita tetapi nama ahli wujud juga di cawangan lain.

Cara berkempen juga sedang menjalani transformasi. Sumber-sumber maklumat baru, contohnya akses pada sumber maklumat alternatif contohnya blog,laman web seperti Facebook, YouTube,Twitter dan banyak lagi telah diterapkan dalam kempen pilihanraya.

Transformasi sedang berlaku disekeliling kita. Bagi mengharungi transformasi ini, kita perlu mempunyai sikap yang baru , optimistik dan terbuka kepada perubahan yang dibawa. Justeru itu, kita tidak boleh lagi terus leka dalam zon selesa kita dan mengambil mudah semua perkara sedangkan perubahan pesat berlaku di sekeliling kita. Sebaliknya kita semua harus mengembeleng tenaga dan fikiran untuk menjana, bukan setakat perubahan di sana sini, tetapi suatu transformasi budaya kerja yang lebih menyeluruh, memahami kehendak dan halatuju kepimpinan, manghapuskan politik negatif dalaman dan meningkatkan politik yang menentukan kejayaan demi perjuangan kita.
usul yang di bentangkan telah disokong oleh semua ahli yang hadir. Harap sangat usul ini sampai ke peringkat atasan iaitu UMNO Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan untuk ucapan penangguhan
Ketua Puteri kami pun diminta untuk berucap selaku Naib Ketua Puteri Bahagian....tapi tak lama sekejap je....kak ani sempat menyentuh bab online registration yang di diusulkan semasa mesyuarat diadakan,beliau menyeru pada sesiapa yang ahlinya belum berdaftar bolehlah email kan nama,alamat & ic no. Saya juga tertarik dengan pantun dari kak ani, dengar ye kawan-kawan
"2 3 kucing berlari, kalau kami marah,puteri jangan lah lari".

Mesyuarat akhirnya ditangguhkan pada jam 5.13 PM dan diakhiri dengan sesi bergambar. Ada sedikit yg saya & rakan2 lain nak sentuh, kami harap barisan kepimpinan dapat la juga mengambil kira pandangan kami ini, walaupun saya terlalu baru di dalam Puteri, saya sendiri yg mencari untuk menyertai pu3, dimana minatnya datang dari diri sendiri adalah lebih berkesan. Alhamdullilah kami di cawangan ada juga aktiviti yg diadakan, nama pun golongan muda kan, jadi tak mau la program-program yg terlalu politik sangat, macam golongan kami ni nak join.


1. Menyentuh mengenai masa, rasanya semua berjalan dengan lancar, bila kita on time jadi semuanya akan COOL, yg lambat datang tu, tak perlu pun menunggu mereka ini, kerana bila kita tunggu, pasti mereka akan fikir, "tak pa belum start lagi tu, mesti tunggu punya"..heheh Bila yg hadir lambat ni, pasti akan malu sendiri bila function dah bermula.

2. Pakaian, saya rasa tahun lePas pun kak Ab dah sentuh juga dalam bab ini, if kawan2 tak percaya tgk dekat post tahun lepas. Memang Ketua Puteri Cawangan kena main kan peranan. Mana la kami yg akar umbi nak tahu kan kalau Kpu3 caw tak bagi tau.. Apa kata kita buat satu program etika pakaian ketika majlis Rasmi & juga cara-cara sopan di majlis. Bukan untuk majlis puteri je, tapi baik untuk diri sendiri. Lebih manis rasanya jika kita tahu etika ini. Nama pun puteri kan. Ayu & cantik. dan juga COOL.3. Suka juga bila ada kek untuk menyambut hari ibu ini, seronok tengok kawan2 yg bergelar ibu ini, rasa sangat dihargai. Tapi birthday tu sapa yea..ini function pu3 kan, emm kan lebih molek disambut birthday bulan May untuk perwakilan pu3.. Ini saja dari saya, sedang kan lidah lagi tergigit, ini kan pula rakan pu3. Renung-renungkan yea. Maaf sekiranya ada yg terasa hati & sebagainya. Tapi sudah masanya kita mentransformasikan diri sendiri dengan lebih maju. Pu3 COOL.. Dari saya Fiza.

Thursday, May 12, 2011

Hentikan Amalan Kuota Calon

Assalamualaikum, Knie terima email ini dari Kpu3 Bhg PJU (Kak Jas), boleh la share dengan semua, Petikan ini di tulis oleh PN Haniza Ahmad. Ahli puteri yg bangga dilahirkan sebagai melayu, bagaimana dengan adik-adik yang lain. Harapan dgn article begini dapat la kita renung-renungkan & menjadikan semangat kepada yg lain. Tanah tumpah darah ku.


[As salam, Tulisan ini bertarikh 20hb April 2011 selepas PRN Sarawak. Boleh buka arkib berita Utusan Online bertajuk "hentikan amalan kuota calon". Mungkin ada sesuatu yg boleh dikongsi bersama ahli-ahli UMNO yg lain. Jika sampai kepada pucuk pimpinan juga sangat bagus. Ulasan saya ini juga telah dipetik dalam beberapa blogers pro-BN. Jelas, ramai yg mahukan perubahan keras sebegini. Berikut adalah tulisan tersebut :-


Hentikan amalan kuota calon
SAYA terpanggil untuk mengulas tentang keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini. Ternyata para pengundi Cina menunjukkan sokongan padu kepada DAP. Namun pada saya ini ada hikmahnya.


Pertama: UMNO sudah boleh dengan berani dan jelasnya meletakkan calon Melayu di tempat majoriti Melayu tanpa perlu bermurah hati memberikan kuota kepada parti-parti komponen lain yang tidak perform. Jika kembali mahu dicalonkan haruslah menunjukkan keberhasilan di pihak mereka juga.


Kedua: Tidak ada lagi apa yang dikatakan pembahagian kuota pada satu-satu pilihan raya. Ertinya, jika Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional (BN) dan orang-orang Melayu yang memberi kemenangan tersebut, maka Pulau Pinang akan diterajui oleh UMNO.


Ketiga: UMNO tidak lagi perlu terlalu mengikut kehendak MCA dan Gerakan yang pelbagai dan kadang-kadang melampau. UMNO sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri atas kepentingan negara sahaja.


Kepada orang-orang Melayu yang masih juga ingin menjadi barua DAP, anda akan berhutang dengan hampir keseluruhan umat Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsanya.
Kepada Nik Aziz yang menerima salam persaudaraan daripada Lee Kuan Yew, kroni Lim Kit Siang dan kroni Karpal Singh dengan mesra, sambil menolak salam persaudaraan daripada saudara seagama yang berlainan parti politik, kamu akan berhutang selama-lamanya dengan kami, orang-orang Melayu yang sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Apakah kamu tidak nampak atau sengaja membutakan hati?


Kamu tidak bangga menjadi orang Melayu. Berbeza dengan saya yang bangga menjadi orang Melayu walaupun nenek berbangsa Cina. Melalui kesetiaan dan kesedaran orang Melayu lah maka agama Islam sampai ke tanah ini, sehingga semua Melayu itu adalah Islam pada hari ini.
Kamu mendoakan keburukan bagi pemimpin kami, mengkafirkan kami dan menjahiliyahkan kami sedangkan lidah kami mengucap syahadah, solat lima waktu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan diterima menjadi tetamu Allah di Mekah bagi menunaikan haji. Namun kami tetap mendoakan kebaikan sahaja bagi kamu.


Saya cuma doakan hati dan fikiranmu dibukakan Allah kepada kebenaran yang nyata. Hilangkan dendam kesumat kepada UMNO.


Orang-orang Melayu dalam UMNO hari ini sudah punya kesedaran bahawa tidak ada satu kaum pun di Tanah Jawi ini yang boleh memayungi orang-orang Melayu kecuali UMNO. Bukan Pas yang boleh diperkudakan, digunakan dan dihenyak pijakkan DAP; yang berbondong-bondong mengibarkan bendera DAP dengan megah; rela berbaring atas jalan raya bagi menghalang Sultan mereka sendiri demi kerajaan boneka Pas yang dimiliki empayar keluarga Nga dan Ngo.
Tentulah juga bukan PKR yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan yang tidak dapat dipastikan arahnya kecuali demi kelangsungan seorang manusia biasa dengan masalah moral yang bertan-tan beratnya. Walaupun kamu membutakan hati terhadap kebenaran yang kamu juga mohon daripada Allah, terpulanglah...


HANIZA AHMAD
Muar, Johor Well, that's it. Terima kasih. Haniza Ahmad

Ketua Puteri UMNO Cawangan Pinggiran Sri Baiduri