Friday, August 13, 2010

Doa Hari Ke-3


Ya Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Ke sesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Wednesday, August 11, 2010

Doa HAri Ke 2


Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Tuesday, August 10, 2010

Marhabban Ya RamadHan



Kami mengambil kesempatan ini Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan" Marhabban Ya Ramadhan,Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yg lepas. Di sini ada sedikit panduan buat kita semua :-

Doa Hari - 1 Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Sunday, August 8, 2010

Jemputan,,,,.....


Rombongan ke rumah KC kami Abg Latiff, kami menerima jemputan bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat. Sempena nak sambut bulan ramadhan pun sama... Kami naik 1 kereta je... masing2 dari office...ada yg malu la... pakai mcm ni..."apa nak malu...janji tutup aurat...
niat kita nak membaca yaasin...itu yg penting" sampai sana tak sangka pula aunty mara, nora & asmah pun ada. Budak-budak tahfiz pun dijemput. Kami dihidangkan dengan lauk... yg semua nya agak pedas.. masak lemak nagka, daging black paper, ada kuih2 & buah-buahan.... bubur kacang pun ada... lama juga kami di rumah Abg Latiff.... siap minum teh panas cicah dgn bahulu...if dapat kopi lg bestkan...yg beriya-iya nak balik awal...bukan main lagi pekena teh panas..... sampai lupa niat nak balik awal. Anyway terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami....
Kami la ni, selepas makan, ada lagi kat luar....

Wednesday, August 4, 2010

Bengkel Solekan & KeCanTiKan

Hasil Kreatif Puteri SS3

Salam rakan-rakan... Kami tahu pasti menantikan....
Sabtu 24hb Julai, di Purfect Beauty (Sunway Mentari), seawal 2.30ptg Jawatankuasa program sudah berkumpul untuk menjalankan tugasan yg telah diberi.

Sambil menunggu rakan2 lain tiba, Sebelum ni....

Pada mulanya program ini adalah anjuran Pu3 cawangan kami... kami dah start meeting & dah jalankan tugas masing2, semuanya berjalan dengan lancar. Tiba-tiba Shery Ketua Puteri Cawangan SS3 ingin bersama2 kami untuk melaksanakan program ini, bagi kami apa salahnya kan.. Jadi kami berkumpul bersama utk merombak semula tugas2 memandangkan program bersamakan... jadi kena la bersama2...
Jadi Model Sekejap yea..

Terhasil la Bengkel anjuran Puteri Caw Seksyen 20 Selatan bersama Puteri Caw SS3. Tidak sangka pulak mendapat sambutan yg mengalakkan... kami hadkan kepada 30 peserta.. pada mulanya peyertaan seramai 28 peserta.. Bila hari kejadian biasa la ada yg tidak dapat hadir & sebagainya..
Inilah rupa angah Selepas

Ia bertujuan untuk menambah pengetahuan am tentang teknik asas solekan. Kami tahu mesti rakan2 fikir macam kami kan.... alah siapa tak tahu make-up kan...Bengkel dimulakan dengan pengenalan oleh Sdri Lina iaitu pengasas Purfect Beauty mengenai cara asas solekan yang betul. Bermula dengan pembersihan wajah diikuti dengan memakai alas bedak. Kemudian peringkat seterusnya adalah dibahagian mata. Menurut kata Lina warna dan ton yang digunakan untuk kelopak mata memainkan peranan yang penting. Pembelajaran berlaku secara berperingkat. Setelah bahagian mata, Lina mengalihkan tumpuan kepada bahagian pipi pula, dan akhir sekali adalah bahagian bibir. Menurut Lina bahagian bibir juga penting untuk menampakkan seseorang itu lebih menyerlah penampilannya. Pembelajaran berlangsung lancar dan peserta aktif mengemukakan soalan. Solekan tampak ringkas tetapi cukup sempurna & elegan untuk siang hari. Sebagai bonus Lina juga turut memberi tip solekan pada sebelah malam, ianya amat sesuai digayakan untuk majlis makan malam. Banyak lagi tip-tip yang telah diberikan semasa bengkel berlangsung oleh Lina. Bengkel tamat pada jam 6 petang. Para peserta yang menyertai bengkel solekan amat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Maaf yea rakan2 kami tidak dapat siarkan gambar2 kami yg sedang mengenakan make-up dgn hasil kerja tangan kami... maklum la ada antara kami bertudung...jadi ketika bengkel ini kami memang buka tudung..oopsss tiada peserta lelaki ok.. jadi yg jadi model tidak bertudung dapatlah kami paparkan di blog ini. Sebelum sessi bengkel & selepas disolek & bertudung.. bolehla rakan2 view di album kami...

Dah cantik ni, makan pun dah ada style ;)

Kami juga ada menyediakan minum petang selepas tamat bengkel... meehoon singapore, karipap & kuih koci... Kami punya backdrop cantik tau hasil creatif dari pu3 SS3.. makanan pulak dari hasil Pu3 kami... memang makanan banyak berlebih... jadi macam biasa la bungkus bawa balik la yea.. fiza settle kan semua... bab kuih kena tanya Kak Bib & aishah heheheh..... Seronok juga kami ... mana tidaknya.. macam2 ragam yg ada.. ada yg make-up kan kawan2, ada yg mcm tak nampak make-up nya, ada yg dulu bila make-up nampak garang...sekarang nampak sweet & macam2 lagi la... yg pasti kami ENJOY........

Kami lah ni selepas solek diri sendiri...

Bersama Puteri Caw SS3 ( EnJoY..............)

Friday, July 30, 2010

Training Netball

Jangan risau update tetap update.. biasa la editor editor yg di tugaskan tengah mencari idea & masa. Kami start training dari minggu lepas lagi...konon bersemangat nak meyertai Pertandingan. Kak Mas yang lead netball ni, lantik Moi jadi Kapten.. jadi kapten jangan lupa apa sebenarnya tugas kapten... kena la pastikan satu pasukan.. bermain sebagai 1 pasukan..pastikan tempat untuk training, bila, di mana , pukul berapa kena la confirmkan, bila dah confirm kena la inform Kak Mas atau Aishah, Aishah kan setiausaha, jadi dia akan sms dekat para pemain. Itulah caranya. Time kena pancual.. baru la boleh jadi pemain yg berdisplin. Kena ada juga prinsip...semuakan 1 team, Bersatu Teguh Bercerai Roboh...
Bersemangat kami training... tup tup... tunda pula..selepas Raya la nampaknya...tapi tak pa la kami nak training juga.. Tapi jangan main netball je... program lain sertai la juga yea...Kami ajak juga rakan2 yg lain, jadi kami bergabung utk 1 pasukan.. 1st day training, ramai yg tidak dapat hadir..but alhamdulillah selepas itu cukup la pemain kami...

Thursday, July 22, 2010

Lawatan Mengejut....:)


Siti Salamah... ahli puteri yg paling muda dalam cawangan kami... Anak Kak Absah (Suk UMNO Bhg)... Kami cuba meluangkan masa untuk melawat..."kakak" (dia suka bahasakan diri dia kakak) yang terlantar di Hospital.. menjalani pembedahan Appendix... Alhamdulillah semuanya selamat... tidak lama dia terlantar.. 1 malam je rasanya...kakak macam orang sihat je... :) tabah betul la dia ni...Masa malam tu, dia inform ibu dia, yg dia nak hadir mesyuarat yg kami adakan untuk merangka program seterusnya... tak sangka la pulak hajatnya tidak kesampaian... tidak mengapa kakak... kesihatan perlu di utamakan..Kami tahu kakak memang suka berkhidmat... Jangan risau kami tak marah pun ...;)


Perasan ke... sign board ni... kami jumpa ni masa di parking kereta Hospital PPUM... kami ni terlebih prihatin.... Abg latiff " tak da kerja ke... itu pun nak tangkap gambar" abg tak perasan ke apa yg ditulis ....

Imbasan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg

Sabtu 10hb Julai 2010, di Segi Collage...Seawal 8.30pg, Kami menjalankan tanggungjawab kami sebagai Perwakilan ke Persidangan UMNO Bahagian. Kak Zee tidak dapat hadirkan diri.. Sepatutnya Persidangan ni pada Ahad 11hb... atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan..maka 10hb la iaya diadakan. Istimewanya bahagian PJU, ialah dimana G7 diwakili oleh Setiap wakil dari Sayap Pergerakan Puteri, Wanita & Pemuda.

Kak Nie, Kak Mas & Abg Latiff

Ringkasan ucapan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop

*BERSATU
- Adakah melayu hanya menang sorak sampaikan tergadai kampung sendiri.
- Segala tindakan Orang melayu hanya mengikut emosi & perasaan tanpa memikirkan akibat akan datang.
- Sebagai contoh di akbar Utusan terpampang isu peruntukkan untuk pelajar bkn bumiputra yang mengakibatkan ia menjadi isu pedebatan antara kaum.
- Kerana org melayu selalu mempertikaikan hak2 org melayu, walhal semua sudah termaktub & jelas di perlembagaan bahawa hak2 org melayu akan sentiasa terpelihara.

*BERSETIA
-1 kapal hanya ada 1 nakhoda
-Jadikan pengajaran peristiwa umno tewas digelanggang sendiri pd pilihanraya 2008, bila Selangor jatuh di pihak PKR.

*BERKHIDMAT
-Jadilah seperti padi semangkin berisi semangkin menunduk..
-sentiasa prihatin kpd isu/masalah masyarakat sekeliling.
-pandai mengambil hati kaum yang bukan melayu.
-supaya mereka tidak rasa terpinggir secara logiknya kita akan dapat meraih undi di pemilihan akan datang.

Serba sedikit yg boleh dikongsi bersama rakan-rakan...tertarik juga dengan kata-kata Dato Nazri... "Kenapa nak marah... dorang pun ahli UMNO juga, kalau dah kita sesama kita pun tidak boleh bersama macam mana kita nak kuat..." Betul tu, Cawangan kami parti Pembangkang ke !!!! Kami masih Cawangan didalam Parti UMNO, menjalankan tanggungjawab kami apa yg termampu & melaksanakan aktivit bersama2...Rasanya tak guna la.. Dato Nazri laungkan BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT...kerana masih ada segelintir rakan-rakan yg tidak memahami....bukan nak menang sorak rakan2... ada yg lebih penting lagi... SYABAS!!!

Bersama AJK puteri PJU Bibie, Sherry, Kak NIe, Juma, Mas & Zeti

Thursday, July 15, 2010

Bengkel Solekan & Kecantikan


Bengkel Solekan & Kecantikan, Sabtu 24hb Julai 2010, 3ptg di Purrfect Beauty. Alatan & refreshment disediakan. Module - Basis skincare, cara massage muka yg betul, "Day makeup" teknik, dari cara memilih foundation hingga teknik solekan. Pu3 caw Sek 20 Selatan jgn lepaskan peluang ini,tempat terhad, sila sms Aishah if nak sertai. Tidak tahu dimana.... senang je... jika hendak ke Sunway Piramid akan nampak DOMINO Pizza... purrfect Beauty kat area itu la, akan nampak Klinik IKH... tengok atas ada besarnya Sign Board...TQ

NetBall Training....




Jom sertai kami... Netball training di Rakan Muda Puchong (kalau datang dari Sunway tol, selepas IOI mall terus smp nampak komplek Rakan Muda sebelah Kanan) pada :-

Sabtu 17hb Julai 2010, 4-6petang

Selasa 20hb Julai 2010, 8.30 Malam

Khamis 22hb Julai 2010, 8.30 Malam



Minta kerjasama players untuk hadir training. Pakaian sudah tentulah Pakaian sukan yea, Air minum pun jangan la lupa :)


Moi - Jangan lupa bawa bib & bola.


* Rakan-rakan yg lain jom join training dgn kami....kalau tidak kami nak training dengan sapa. Ajak la kawan-kawan yg lain... Jumpa kami di sana yea..