Wednesday, August 4, 2010

Bengkel Solekan & KeCanTiKan

Hasil Kreatif Puteri SS3

Salam rakan-rakan... Kami tahu pasti menantikan....
Sabtu 24hb Julai, di Purfect Beauty (Sunway Mentari), seawal 2.30ptg Jawatankuasa program sudah berkumpul untuk menjalankan tugasan yg telah diberi.

Sambil menunggu rakan2 lain tiba, Sebelum ni....

Pada mulanya program ini adalah anjuran Pu3 cawangan kami... kami dah start meeting & dah jalankan tugas masing2, semuanya berjalan dengan lancar. Tiba-tiba Shery Ketua Puteri Cawangan SS3 ingin bersama2 kami untuk melaksanakan program ini, bagi kami apa salahnya kan.. Jadi kami berkumpul bersama utk merombak semula tugas2 memandangkan program bersamakan... jadi kena la bersama2...
Jadi Model Sekejap yea..

Terhasil la Bengkel anjuran Puteri Caw Seksyen 20 Selatan bersama Puteri Caw SS3. Tidak sangka pulak mendapat sambutan yg mengalakkan... kami hadkan kepada 30 peserta.. pada mulanya peyertaan seramai 28 peserta.. Bila hari kejadian biasa la ada yg tidak dapat hadir & sebagainya..
Inilah rupa angah Selepas

Ia bertujuan untuk menambah pengetahuan am tentang teknik asas solekan. Kami tahu mesti rakan2 fikir macam kami kan.... alah siapa tak tahu make-up kan...Bengkel dimulakan dengan pengenalan oleh Sdri Lina iaitu pengasas Purfect Beauty mengenai cara asas solekan yang betul. Bermula dengan pembersihan wajah diikuti dengan memakai alas bedak. Kemudian peringkat seterusnya adalah dibahagian mata. Menurut kata Lina warna dan ton yang digunakan untuk kelopak mata memainkan peranan yang penting. Pembelajaran berlaku secara berperingkat. Setelah bahagian mata, Lina mengalihkan tumpuan kepada bahagian pipi pula, dan akhir sekali adalah bahagian bibir. Menurut Lina bahagian bibir juga penting untuk menampakkan seseorang itu lebih menyerlah penampilannya. Pembelajaran berlangsung lancar dan peserta aktif mengemukakan soalan. Solekan tampak ringkas tetapi cukup sempurna & elegan untuk siang hari. Sebagai bonus Lina juga turut memberi tip solekan pada sebelah malam, ianya amat sesuai digayakan untuk majlis makan malam. Banyak lagi tip-tip yang telah diberikan semasa bengkel berlangsung oleh Lina. Bengkel tamat pada jam 6 petang. Para peserta yang menyertai bengkel solekan amat berpuas hati dengan program yang dijalankan. Maaf yea rakan2 kami tidak dapat siarkan gambar2 kami yg sedang mengenakan make-up dgn hasil kerja tangan kami... maklum la ada antara kami bertudung...jadi ketika bengkel ini kami memang buka tudung..oopsss tiada peserta lelaki ok.. jadi yg jadi model tidak bertudung dapatlah kami paparkan di blog ini. Sebelum sessi bengkel & selepas disolek & bertudung.. bolehla rakan2 view di album kami...

Dah cantik ni, makan pun dah ada style ;)

Kami juga ada menyediakan minum petang selepas tamat bengkel... meehoon singapore, karipap & kuih koci... Kami punya backdrop cantik tau hasil creatif dari pu3 SS3.. makanan pulak dari hasil Pu3 kami... memang makanan banyak berlebih... jadi macam biasa la bungkus bawa balik la yea.. fiza settle kan semua... bab kuih kena tanya Kak Bib & aishah heheheh..... Seronok juga kami ... mana tidaknya.. macam2 ragam yg ada.. ada yg make-up kan kawan2, ada yg mcm tak nampak make-up nya, ada yg dulu bila make-up nampak garang...sekarang nampak sweet & macam2 lagi la... yg pasti kami ENJOY........

Kami lah ni selepas solek diri sendiri...

Bersama Puteri Caw SS3 ( EnJoY..............)

No comments:

Post a Comment