Salam 1 VOGUE...Seramai 6 orang Puteri Bhg PJU hadir ke bengkel VOGUE Puteri Umno Malaysia. 3 orang telah melibatkan diri ke bengkel Polis Diraja Malaysia(PDRM) iaitu Kak mas, Shery & Salamah. Kami tiba di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UITM) jam 7.55 pagi, ketika kami sampai ramai perserta yang terlibat dalam program ini bukan sahaja dari Selangor tetapi terdapat juga puteri-puteri dari negeri Johor,Melaka, Kelantan dan beberapa negeri lain seluruh Malaysia. Kaunter pendaftaran (PDRM) masih belum di buka ketika kami sampai. Sementara menunggu kami diminta untuk bersarapan terlebih dahulu. Sarapan yang disediakan nasi goreng, mee goreng serta kuih. Jam 8.15 pagi Kaunter dibuka dan pendaftran dijalankan, kami diberi beg, pimpled dan pen yang sangat cantik. Kemudian kami diminta untuk pergi ke dewan kuliah PITA kerana bengkel PDRM akan dijalankan di sana.mengikut jadual slot pertama akan bermula jam 8 pagi tetapi kerana kelewatan Jawatankuasa pendaftaran bengkel bermula jam 9 pagi.
Slot pertama dimulakan oleh ASP SAHEELA dari IPD Ampang Jaya, slot beliau mengenai ganguan seksual. ASP SAHEELA menerangkan apa itu ganguan seksual, apakan jenis-jenis ganguan seksual baik di rumah atau diluar rumah, kami juga diterangkan mengenai cara mengatasi ganguan seksual dikalangan kanak-kanak kerana golongan kanak-kanak lebih besar risiko untuk menerima ganguan seksual dari pihak luar. Beliau juga menceritakan beberapa kes yang pernah beliau kendalikan kebanyakkan kes yang berlaku adalah kanak-kanak. ASP SAHEELA juga memberitahu bahagaimana ingin membuat laporan dibalai polis kerana kebanyakkan rakyat malaysia tidak tahu bagaimana membuat laporan. Beliau juga menerangkan beberapa akta bagi setiap kesalahan antaranya ialah SEK 376 KK-ROGOL, SEK 376(b)KK- ROGOL &SUMBANG MAHRAM, SEK 354 KK-MENCABUL KEHORMATAN dan banyak lagi akta yang disabitkan kesalahan.
Slot kedua pula dikendalikan oleh En Kamarul Effendy Pengalisis Jenayah Malaysia, slot beliau adalah slot 2R iaitu Jenayah Rogol & Ragut. pada slot jam pertama kami tidak dapat mengikuti kerana kami telewat masuk ke bengkel dan mengakibatkan En Kamarul mengunci pintu selama 1jam, tetapi ketika diluar kami diperkenalkan salah seorang sukarelawan MAKNA mengenai kanser. banyak info yang kami perolehi daripada beliau mengenai kanser. Masuk jam kedua baru En Kamarul membuka pintu dan membenarkan masuk , kemudian kami meneruskan bengkel beliau. En Kamarul memberi kami tip bagaimana cara mempertahankan diri dari dirogol, beliau juga memberi pengetahuan bagaimana cara untuk membawa beg tangan supaya sukar untuk diragut. tetapi pesanan beliau sekiranya ingin kemana-mana lebih baik jangan bawa beg tangan bawa barang yang boleh simpan dipoket. En. Kamarul juga memaparkan beberapa keping gambar mangsa-mangsa rogol dan bunuh yang kejam. kebanyakkan mangsa adalah pelajar sekolah. Oleh itu ibu bapa berwaspada dan mgetahui kemana anak anda ingin pergi.
slot ketiga adalah slot terakhir mengenai penjara yang disampaikan oleh En.Amir Shariffudin Pengarah Parol Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. beliau menerangkan mengenai penjara. bgaimana hukuman dijalankan antara hukuman dipaparkan ialah hukuman sebat kpd pesalah, baru kini kami tahu sekiranya hukuman sebat sebanyak 24 kali maksudnya pesalah akan menerima hukaman sebanyak 24kali pada hari yang sama tiada peringkat-peringkat. parut hukuman sebat adalah parut kekal tiadak akan hilang. beliau juga memberitahu sekiranya ada pesalah yang dibebaskan dan ahli keluarga tidak menerima pesalah tersebut malaysia telah menyediakan house way untuk bekas-bekas pesalah tinggal secara percuma, makan percuma dan diberikan pekerjaan, bengkel berakhir jam 3 petang
Agenda seterusnya adalah Pelancaran Skuad VOGUE Puteri UMNO Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin di Padang Kawad UITM. Sebelum ketibaan Timbalan Perdana Menteri tiba kami dihiburkan oleh artis jemputan yang terdiri daripada pelakon-pelakon Hotel Mania. Jam 4 petang barulah Timbalan Perdana Menteri tiba di tapak pelancaran. Acara pelancaran dimulakan dengan bacaan doa, kemudian diikuti nyayian lagu Negaraku, Lagu Umno dan lagu Puteri UMNO. setelah selesai ucapan daripada YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia. Kemudian diikuti ucapan dari pihakUITM iaitu YBhg. Dato’ Prof.Ir.Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku Naib Canselor UITM. Akhir sekali ucapan dari Timbalan Pedana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan seterusnya merasmikan pelancaran V.O.G.U.E Puteri UMNO Malaysia.

Selepas pelancaran VOGUE, penyerahan cenderahati daripada pihak Puteri UMNO dan UITM kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin. Sebelum majlis bersurai Timbalan Perdana Menteri sempat melawat gerai-gerai yang terdapat di tapak Padang Kawad UITM.

No comments:
Post a Comment