Sunday, November 4, 2012

MaJlis Di sana Sini..

Salam rakan-rakan... lama kami tak update.. makna nya tak da aktiviti la yea ;)..

Anyway.. tahniah pada .. Azmah & Nurul..semoga kehidupan yg baru di tempuhi dengan sabar dan sentiasa diberkati..semoga setiap perjalanaan hidup berjalan dengan lancarnya.. insyallah


Majlis Pertunangan Nurul .. so sweet the colour kan.. 
Tomorrow.. we begin a new journey hand in hand, eager to esplore a world of promise..

Selamat Pengantin Baru buat Azmah & kuri....kenduri di rumah azmah parit buntar, maaf kami tidak dapat stay lama di sana, ada majlis yg perlu kami hadiri.. lauk kampung memang superb..
Forever.. we will share an everlasting love that could come from god alone..

Sunday, September 30, 2012

Ramadhan 2012..

Bersiap sedia bersama Pengerusi Dun KT puteri pju untuk mengagihkan kurma & kordial ke masjid & surau di sekitar DUN Kampung Tunku

 Jemputan iftar Biro Politik Puteri Bhg ke Seri Setia 

 Iftar bersama ahli cawangan.. bukan free yea kawan-kawan, kami mengeluar kan duit sedikit ala.. RM20 je, balance nya ketua cawangan kami & Kak Ida..(thank you so much).. jangan tanya apa yg UMNO beri..tanya diri kita apa yg kita beri..

 Jemputan iftar Dato Zainuddin & rakan-rakan.. Ketua cawangan kami..menjemput rakan-rakan yg sentiasa memberi sokongan tidak kira program berunsur kebajikan, berseronok dan lain-lain..susah senang bersama tanpa mengira penat lelah... renung-renungkan.. is a reward to all of them.. SYABAS..

 Bersahur Bersama Anggota Bomba Damansara
Kami mengikuti program-program Puteri Bahagian dan juga menerima jemputan berbuka puasa. KAmi juga menganjurkan Iftar bersama Ahli cawangan.. sms telah di keluarkan.. yang ini sahaja la yg bersama-sama..Kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita tidak tahu sama ada rakan-rakan berada di dalam kesusahan, pada mata kasar kami rasa semua nya mampu, melainkan di beritahu atau di maklumkan...mala petaka menimpa, sakit pening, new born baby..wedding dan lain-lain lagi.. setakat kami mampu membantu..insyallah. Pasti kami tidak tahu, sekiranya rakan-rakan memberitahu.. adalah lebih baik kita bertanya direct pada Ketua..dari kita mendengar dari sumber-sumber yg kita tidak pasti kesahianya.. Mohon maaf sekiranya ada perkara yg kami terlepang pandang, yg baik itu dari allah, yg lemah itu dari diri kami sendiri..

Sekitar Mesyuarat Perwakilan...

 Mesyurat Perwakilan Pemuda di Bukit Kiara 

 Mesyuarat Perwakilan Puteri di Armada Hotel

 Di Royal Bintang 

Perwakilan & juga urus setia.. yang sentiasa berusaha..

Mesyuarat Perwakilan Puteri PJU 2012



Assalamualaikum minta maaf yea kawan-kawan..baru kesempatan untuk update apa yg patut.. let read..walaupun semua umat islam sibuk dengan persiapan menyambut Ramadan dan Syawal kami Puteri UMNO PJU tetap menjalankan tanjungjawab kami untuk bersidang bagi tahun 2012.

Alhamdullilah dengan izin Allah s.w.t . selesai juga persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara bagi tahun 2012 pada 14 Julai 2012 di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Persidangan puteri di rasmikan oleh Ketua Umno Bahagian PJU, YBhg. Dato’ Hj Ikhwan Salim bin Dato’ Hj Sujak.

Seperti biasa la kan.. majlis kami di mulakan dengan bacaan doa dan nyanyian .. bila dah menyanyi lagu UMNO, PUTERI dan lagu Satu Malaysia, tetiba rasa bersemangat sangat dah rasa macam ada satu aura masuk dalam badan..eh gitu..hehehhe.. Selepas aura dah masuk baru la ada semangat nak bersidang.
Ucapan permulaan oleh Ketua Puteri Umno Bhg (Kak Jaslina Harris), kemudian Ketua Puteri Umno Selangor (Kak Suhaila)  dan ucapan perasmian oleh Dato Ikhwan Salim. Selepas selesai upacara perasmiaan, kami berehat sebentar la..perut dah lapo..break for lunchhhhh...hehehe..sedap makanan yg disediakan oleh Armana Hotel..terima kasih daun keladi pada yg sponsor ye...tahun depan nak lagi.. J..

Okay bila perut dah kenyang hati dah suka, so kena la bersidang, ( dah memang itupun kan agenda kita  J.) , persidangan di mulakan pada pukul 2.45pm dengan kehadiran 63 ahli dari 102.. okay la kan cukup korum nya.. maybe yang tak dapat datang ada alasan mereka sendiri..

Persidangan kami simple tapi padat dan tak banyak masa kami ambil.. pengerusi dan timbalan pengerusi tak dapat datang so kami lantik pengerusi sementara iaitu Azah Mastura. persidangan membentangkan penyata tahunan dan penyata kewangan. diteruskan dengan keputusan 10 orang puteri bahagian untuk ke persidangan UMNO Bahagian, kemudian memilih 2 orang wakil pu3 bahagian ke persidangan puteri UMNO Malaysia.

Setelah urusan pemilihan selesai angenda kami seterus nya mencadang dan membahas usur. Ada 2 usus yang dicadangkan iaitu usul Pendidikan dan usul Ekonomi.  Pendidikan dan usul ekonomi dia cadangan oleh Aishah dari puteri cawagan Sek 20 Selatan.

Bagi ucapan pengulugan puan pengerusi ada meminta puteri yang ingin menyuarakan pendapat ataupun cadangan demi kebaikan parti.. ada 2 orang wakil puteri yang kehadapan. Ini sudah bagus, puteri berani bersuara..ehhehehe..  sesi kenalan pun ada kami buat antara Ajk dengan ahli puteri..ye la tak semua ahli kenal dengan Ajk kan kan kan..hihi.. pastu sambung semula dengan ucapan pengulugan dari Ajk yang lain..  lepas tu abis la.. kami tamat bersidang pada pukul 4 petang.

 Perwakilan puteri cawangan kami dan juga urusetia..
 ucapan penanguhan Naib Ketua Puteri Bhg (Ketua Puteri cawangan kami)

Ops lupa nak bagi tau, ada 3 orang dari wakil perhubungan negeri..ketua kami turun padang beb..  sapa lagi kalau bukan Ketua puteri umno negeri ler.. thanks for coming ya..

Bila persidangan dah tutup acara free and easy la, kami buat..hehhe..shopping la!! Eh shopping kat mana ye..urmm tu la rugi sape2 yang tak datang.. kami ni puteri ada bukak booth.. macam2 ado tauu..hehhehe..so mana yang tak datang, next year make sure datang okay!! J.. pastu seperti biasa sesi bergambar bersama-sama ler, kita kena la ada bahan untuk kenang kenangan..

Okay la sampai sini saja untuk kali ini.. nanti kalau ada berita kami akan update lagi okay... sebelum tu kalau ada silap dan salah haraplah di ampun kan la ye.. J akhir kata slogan kita “rakyat di dahulukan percapaian di utamakan..”  wasalam

* simple kan laporan ni, hehhee.. ingat boleh la share amanat yg di sampaikan oleh pemimpin-pemimpin di atas.. rupanya adik-adik tak ambil perhatian la yea ketika ucapan-ucapan di beri.. so jangan lupa yea, lepas ni kena la ambil nota untuk..dicatit dan akan si share di blog ini. apa pun.. tahniah pada semua ahli dan jadilah yg terbaik.. 

shoping time.. hujung belah kanan is cyma (dia la owner cymus.. kawan-kawan boleh tengok dekat blog yg ada tetera sebelah kanan tu yea.. yg tiga dari kiri pon tokey juga tu, sandal manik2..if nak beli sila hubungi kak bib yea

Sunday, July 22, 2012

Hari Guru..

 sambil menanti para tetamu yang lain.. kita bergambar dulu....

 Salam Ramadhan pada semua... Sambutan hari guru teleh berlalu, kini tiba masanya kami memberitahu..maaf kan kami sekiranya rakan-rakan menantikkan.. Rancangan sudah di rancang, selepas sambutan Nurses day, hari guru pula, sebanyak tiga kali kami terpaksa menunda tarikh yang sesuai, dengan cuti sekolah lagi, akhirnya terlaksana juga pada 17hb Jun 2012, bertempat di Bukit Kiara, alhamdulillah Puteri Bahagian dapat  mengumpulkan seramai 110 orang guru yg terdiri dari berbagai-bagai sekolah.. Pada mulanya risau juga, tidak mendapat sambutan, rupanya sporting-sporting betul cikgu-cikgu...berbagai acara di sediakan, nyanyian, permainan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi la.. ada juga nyanyi dari guru-guru tau. Acara potong kek untuk Hari Guru & Juga Hari Bapa, thema kali ini polka dot, jadi Kek pun polka dot yea.. sambil guru-guru menyanyikan lagu "Lilin".. tersentuh juga kami semua, Cikgu jasa mu mendidik kami akan akan kami kenang sampai bila-bila.  Berjaya juga puteri bahagian melaksanakan program ini, yang pasti guru-guru yang hadir tidak kering gusi dan juga pulang dengan senyuman yg sentiasa terukir di bibir

acara potong kek..polka dot, di hiburkan dengan nayanyian dari Diana


sebelum pulang..kami bergambar bersama guru-guru bagi kenang-kenangan

 salah satu dari permainan kotak beracun..."Chicken dance... ada backup dancer lagi


.  

Urusetia yg sentiasa berusaha...menjayakan Majlis ini, ada yg sudah balik ni.. Terima Kasih juga kepada semua puteri yg terlibat secara langsung dan tidak langsung..

Friday, July 20, 2012

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum....

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam khas nye dan kepada semua yang mengenali kami amnya....semoga kedatangan bulan yang mulia ini membaya 1001 rahmat kepada kita umat islam....

dari kami PU3 UMNO SEK20 SELATAN...

Jika Harta adalah Racun maka Zakat lah penawarnya,
Jika Umur adalah Dosa maka Taqwa & Taubat lah ubanya,
Jika seluruh Bulan adalah Noda maka Ramadhan lah Pemutihnya

MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Monday, June 4, 2012

Majlis Makan Malam


 Assalamualaikum, hai semua.. kami nak share sikit ni.. pada 29hb May 2012, bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dimana telah di adakan Majlis makan makan bersama-sama Jururawat sempena Nurses Day, kami tahu dah belated, tapi tidak bermakna kami tidak dapat raikan. Majlis ini anjuran Puteri Bahagian PJU.. kami juga turut membantu apa yg perlu. Nurse-nurse terdiri dari Hospital Sg Buloh, Kajang, Damansara Specialist... malam itu sungguh meriah suasananya, dihiburkan dengan nyanyi, permainan & juga penyampaian cenderahati.. Nurse-nurse semua malam itu memang sporting sangat-sangat... we really enjoy the day. Tidak lupa juga, kaunter SPR & keahlian puteri juga kami sediakan, dengan ini dapat la kami menyemak nama-nama yang tidak mendaftar SPR lagi, dan adik-adik nurse ni menyambut baik dengan mendaftarkan diri mereka yg mana belum mendaftar..jangan fikir lain pula yea...mereka mendaftar tidak semestinya mereka dapat mengundi untuk PRU13, tetapi untuk masa akan datang.. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. sampai ketemu lagi.. di Majlis Seterusnya.. iaitu Majlis Makan Malam bersama guru-guru. 

poco-poco & game turut di adakan

 ajk & puteri yang turut membantu

Tuesday, May 22, 2012

FuTsaL


Hai semua...baru-baru ni Pu3 cawangan bersama-sama menyertai futsal anjuran Pemuda cawangan kami...very fun walaupun pada awalnya dijangka ramai yang ingin menyertai..sepatutnya Friendly game ini bersama dengan PEMUDA Bahagian..tapi tak nampak muncul pun setelah 1jam pemuda caw kami menanti.. macam mana yea... tidak dapat sokongan dari pihak atasan...APA SUDAH JADI....kami main la sesama kami...,puteri sesama puteri & pemuda sesama pemuda...we still have fun...program bermula seawal jam 9:00 malam sehingga 11:00 malam...semua yang menyertai sangat-sangat puas hati dengan gelanggang yang cukup selesa...tahniah kepada Pemuda cawangan Seksyen 20 Selatan kerana selesai menganjurkan program ini...dan terima kasih kepada semua yang turut menyertai dalam program kali ini dan memberi sumbangan...



yea abe... aksi dah ada tu, apa lagi kasi GOL !!!!

Sunday, May 13, 2012

Laini & Zul

 Tahniah...kami ucapkan..kami tidak dapat ke kluang.. jadi ke sekinchan la kami. bertandang ke rumah pengantin lelaki.... 3 buah kereta rombongan kami ke sana... makin lama makin jauh pula rasanya..tapi memang jauh tau... perut masing-masing dah berbunyi maklum la time makan sudah tiba... Nasi kenduri yg simple tapi menarik...kami dapat makan umbun kepala masak lemak...sedap tau...dan lagi jajan (kudap-kudap) terhidang di atas meja...memandangkan camera kali ni ramai yg bawa, (tak nak jadi macam mesy hari tu), jadi yg ini cuma ada dekat saya... kami kalau dah rombongan biasa la, bukan senang nak sampai kan... 1st stop...buah-buahan, jagung manis, 2nd membeli kerepek la pula, yang akhir sekali perhentian kami singgah is CENDOL DURIAN BORHAN...tapi manis sangat-sangat... bole cuba sahaja... Tahniah sekali lagi dari kami untuk laini & zul, kami doa kan semoga sentiasa dirahmati, saling sayang menyayangi, menghormati, sabar menempuh alam berumah tangga.. Amin. Terima kasih kerana sudi menjemput kami ..

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan

(sambil menanti rakan-rakan puteri yg hadir..ada pula yg menyelit )

Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada   pada 29 April 2012...di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Damansara....  dengan jaya. Syukur alhamdulillah walaupun ramai ahli Pu3 cawangan tidak dapat hadir tetapi kami masih boleh bersidang...Kami tidak mengambil banyak masa dan terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli lama yang jarang muncul…Kak Haniza telah mempengerusikan persidangan sebagai pengerusi tetap....Kuota Perwakilan masih sama seperti tahun lepas iaitu Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan merupakan perwakilan automatik. Nurul Ikmal dan Haniza telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian, tak lama pun mesyuarat kami, …dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan yang menyentuh mengenai Kajian Sikap pengundi muda untuk PRU 13 di mana kaji sikap ini dikendalikan oleh Pu3 dan tugasan PRU 13 bagi Pu3 adalah bahagian IT..dan berharap ramai lagi ahli Pu3 dapat turut serta dalam membuat Kajian sikap dan saling bantu membantu untuk PRU yg akan di adakan pada bila-bila masa sahaja...Wakil Puteri Bahagian Kami ialah Cikgu Azida (Ketua Puteri Cawangan Seri Setia & AJK puteri bahagian), cikgu juga mengucapkan terima kasih & tahniah kerana berjaya mengadakan Persidangan. Kami juga menerima cenderahati menarik sangat :)..



Selepas semua pegerakkan sayap selamat bersidang bermula la persidangan cawangan... Cik Ida Rahayu sebagai Pengerusi tetap telah mempengrusikan majlis...diakhir ucapan penangguhan Ketua Cawangan En. ABD LATIFF telah memberi ucapan penangguhan dimana beliau melihat pegerakkan sayap cawangan kurang membuat program dan menyentuh mengenai peristiwa yang mengejutkan Negara iaitu "BERSIH"...dan ini tidak patut berlaku pun.
Turut ditambah kenyataan tersebut saudari IDA RAHAYU selaku Pengerusi Tetap, Bersih 3 dianjurkan oleh Ambiga untuk menuntut Kerajaan laksanakan 8 Pindaan berkaitan penambah baikan Pilihanraya yang telah mereka cadangkan dlm Bersih 2 dulu. Pindaan tu dah dibuat oleh Jawatankuasa Pindaan Akta Pilihanraya yg dianggotai juga oleh Ahli Parlimen pembangkang. Jawatankuasa tu telah bersetuju menerima 7 daripada 8 cadangan pindaan tu. Pindaan tu dah dibentangkan oleh Kerajaan dalam Persidangan Parlimen minggu lepas dan dah pun diluluskan. Jadi patutnya tak perlu pun Bersih 3 dibuat lagi tetapi Ambiga yg disuruh oleh pembangkang nak buat jugak cuma diorang kata kali ni nak demo untuk tuntut supaya Pindaan yg dah diluluskan tu , dilaksanakan dlm PRU13 ni. Secara logiknya, pindaan tu baru je seminggu lulus, mestilah kerajaan sedang menguruskan pelaksanaannya kan? Jadi kenapa nak buat jugak Bersih 3? Mereka dah menghasut rakyat utk demo juga dengan alasan, kononnya BN belum tentu lagi nak laksanakan Pindaan tu . Jadi kononnya mereka hendak meanjadi hero menuntut dilaksanakan dlm PRU 13 . Yg peliknya, Ambiga dan pembangkang tiadak mahu pula buat Demo menuntut Kerajaan Negeri Selangor untuk laksanakan semua Janji Pilihanraya PRU 12 yg mereka belum laksana walaupun dah 4 tahun memerintah! Maknanya, Ambiga dan pembangkang segaja hendak tunjuk kepada orang ramai , Kerajaan BN tidak bagus dan negara tidak aman dan menghasut rakyat supaya tidak menyokong BN. . 



Ketua Wanita Cawangan Puan Asmara yang menyangkal kata-kata KC berkenaan kurangnya program dalam pegerakkan sayap...Puan Asmara memberitahu bahawa wanita cawangan selalu melibatkan program bersama-sama wanita bahagian itu sebab tiada program di wanita cawangan.

Kak nie selaku Ketua Puteri Cawangan (Naib Ketua Puteri Bahagian) menjelaskan kepada semua ahli dan mewakili suara pu3 dimana pu3 telah membuat beberapa program seperti Baby IQ, cara memakai tudung dan terbaru Kajian Sikap untuk PRU 13, terima kasih juga kepada Ketua Cawangan, Cik Ida, Aunty mara & pemuda yang sentiasa memberi sokongan dan juga sumbangan-sumbangan bagi kami menjayakan program. 

Nuril Rizal (selaku Ketua Penerangan Pemuda Caw & Setiausaha cawangan) ...bagi pihak pemuda cawangan mereka bukan tidak membuat program tetapi mereka bersiap sedia sekiranya PRU 13 kira sedia gempur bila di arahkan...KAmi juga telah mengadakan program Friendly Futsal baru- baru ini.


(posing serahkan kepada pu3 hehehhe... ayu gitu) 

Mesyuarat di tangguhkan... acara yg di nantikan , acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Ketua Caw, Kak Ida, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan.  boleh dikatakan semua ahli cawangan dapat hadiah, rupanya ada juga lagi extra hadiah, kami apa lagi cabut la nombor lagi mana tahu ada untung untuk dapat hadiah lagi ...persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehingga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun maaf sekiranya ada kekurangan salah silap kami sebelum  selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...kerana terlalu sibuk sampai kami tak bergroup photo lg tahun nie..dan kali ini kami tidak dapat upload gambar-gamabr yg menarik memandangkan ada problem camera yg digunakan.. sayang seribu klai sayang.. kerana pada tahun ini, yang lelaki berbaju Melayu & gadis-gadis pula berbaju kurung ayu..:) hanya ini sahaja yg dapat kami paparkan...oh ya lupa pula nak kasi tahu...kami juga ada jualan-jualan... boleh la beli untuk persiapan raya tahun ni :)

 (Kak Jas tengah memilih tu )


(fareez (pemuda) mencabut nombor bertuah...yeah aunty nora bertuah)

BERSIH KER??

Negara dikejutkan dengan berlaku nyer rusuhan BERSIH 3.0...


inikah budaya Malaysia???sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk bebas bersuara...bukan dengan cara seperti diatas...harus lah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan....matlamat bersih adalah DUDUK DAN BANTAH tetapi kenapa menjadi seperti medan pentempuran seolah-olah hilang arah...siapa yang harus dipersalah kan??adakah pihak penganjur??atau peserta yang hadir???susah untuk ditafsirkan...tetapi apa yang telah berlaku telah membawa kesan besar terhadap Malaysia di mata dunia dan juga mengakibatkan kerugian yang sangat besar...apakah persepsi negara luar bila melihat Malaysia yang semakin maju dan 100% keselamatan terjamin setelah melihat apa yang terjadi???adakah malaysia selamat???bagi kita rakyat Malaysia sendiri pun tidak akan rasa selamat sekiranya perkara ini berlaku kembali kerana rusuhan tersebut telah banyak mencederakan orang awam..para peniaga sekitar Dataran Merdeka turut mengalami kerugian yang besar kerana oranag awam tidak berani keluar rumah...pelancong juga takut untuk datang ke Malaysia kerana rasa tidak selamat...ini bermakna dari hanya 1 rusuhan boleh memberi impak besar dari segi keselamat, ekonomi dan pelancongan....malah nama baik Malaysia turut tercemar..Malaysia 50 tahun telah MERDEKA sepatut nyer sebagai rakyat fikiran kita harus juga MERDEKA jangan terlalu taksub sehingga memperlihatkan diri kita masih dalam jajahan...tidak semua yang kita ingin kan kita akan dapat begitu juga apa yang BERSIH ingin kan iaitu 8 usul yang mereka bentangkan...tetapi harus diingat dari 8 diusulkan 7 telah diluluskan.... apakah tidak cukup lagi??apakah kerajaan masih tidak berlaku adil???pasti ada sebab mengapa 1 usul kerajaan tidak luluskan...mesti akan mendatangkan kesan yang kita tidak dapat lihat sekarang tetapi kesan pada masa akan datang...Politik hanya 1 platform dimana memperlihatkan Malaysia mempunya kerajaan bukan medan siapa yang harus berkuasa dan merebut kuasa...kerana Malaysia hak rakyat..sebagai rakyat malaysia kita sepatut nyer membantu kerajaan memajukan negara bukan merugikan negara...demi masa depan generasi akan datang.. apa akan jadi jika negara kucar-kacir??adakah kita ingin lihat waris kita hidup seperti sebelum kemerdekaan??seharus nya kita menyambung perjuangan nenek moyang kita mempertahan kan negara dari keganasan dan rusuhan bukan mengikut orang yang ingin melihat Malaysia jatuh...kesimpulan nya bukan tidak boleh berhimpun tetapi perlu berhimpun dengan aman sekali gus sama2 membantu menjaga keselamatan orang awam dan diri sendiri...pokok pangkal sebelum memalukan sesuatu harus fikir buruk dan baik nye dahulu...jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk kita...tidak semua pengikut bersih bersalah tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.....apa yg di perjuangkan, mungkin kah ini hanya platform untuk kepentingan diri sendiri.. cuba renung-renungkan..