Sunday, May 13, 2012

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan

(sambil menanti rakan-rakan puteri yg hadir..ada pula yg menyelit )

Alhamdulillah selesai sudah persidangan Puteri UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan pada   pada 29 April 2012...di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Damansara....  dengan jaya. Syukur alhamdulillah walaupun ramai ahli Pu3 cawangan tidak dapat hadir tetapi kami masih boleh bersidang...Kami tidak mengambil banyak masa dan terus memulakan persidangan…dengan agenda suai kenal dengan ahli lama yang jarang muncul…Kak Haniza telah mempengerusikan persidangan sebagai pengerusi tetap....Kuota Perwakilan masih sama seperti tahun lepas iaitu Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri serta Pen. Setiausaha Puteri Cawangan merupakan perwakilan automatik. Nurul Ikmal dan Haniza telah dipilih ke Mesyuarat Perwakilan Pegerakan Puteri UMNO Bahagian, tak lama pun mesyuarat kami, …dengan kata-kata akhir dari Ketua Puteri Cawangan yang menyentuh mengenai Kajian Sikap pengundi muda untuk PRU 13 di mana kaji sikap ini dikendalikan oleh Pu3 dan tugasan PRU 13 bagi Pu3 adalah bahagian IT..dan berharap ramai lagi ahli Pu3 dapat turut serta dalam membuat Kajian sikap dan saling bantu membantu untuk PRU yg akan di adakan pada bila-bila masa sahaja...Wakil Puteri Bahagian Kami ialah Cikgu Azida (Ketua Puteri Cawangan Seri Setia & AJK puteri bahagian), cikgu juga mengucapkan terima kasih & tahniah kerana berjaya mengadakan Persidangan. Kami juga menerima cenderahati menarik sangat :)..



Selepas semua pegerakkan sayap selamat bersidang bermula la persidangan cawangan... Cik Ida Rahayu sebagai Pengerusi tetap telah mempengrusikan majlis...diakhir ucapan penangguhan Ketua Cawangan En. ABD LATIFF telah memberi ucapan penangguhan dimana beliau melihat pegerakkan sayap cawangan kurang membuat program dan menyentuh mengenai peristiwa yang mengejutkan Negara iaitu "BERSIH"...dan ini tidak patut berlaku pun.
Turut ditambah kenyataan tersebut saudari IDA RAHAYU selaku Pengerusi Tetap, Bersih 3 dianjurkan oleh Ambiga untuk menuntut Kerajaan laksanakan 8 Pindaan berkaitan penambah baikan Pilihanraya yang telah mereka cadangkan dlm Bersih 2 dulu. Pindaan tu dah dibuat oleh Jawatankuasa Pindaan Akta Pilihanraya yg dianggotai juga oleh Ahli Parlimen pembangkang. Jawatankuasa tu telah bersetuju menerima 7 daripada 8 cadangan pindaan tu. Pindaan tu dah dibentangkan oleh Kerajaan dalam Persidangan Parlimen minggu lepas dan dah pun diluluskan. Jadi patutnya tak perlu pun Bersih 3 dibuat lagi tetapi Ambiga yg disuruh oleh pembangkang nak buat jugak cuma diorang kata kali ni nak demo untuk tuntut supaya Pindaan yg dah diluluskan tu , dilaksanakan dlm PRU13 ni. Secara logiknya, pindaan tu baru je seminggu lulus, mestilah kerajaan sedang menguruskan pelaksanaannya kan? Jadi kenapa nak buat jugak Bersih 3? Mereka dah menghasut rakyat utk demo juga dengan alasan, kononnya BN belum tentu lagi nak laksanakan Pindaan tu . Jadi kononnya mereka hendak meanjadi hero menuntut dilaksanakan dlm PRU 13 . Yg peliknya, Ambiga dan pembangkang tiadak mahu pula buat Demo menuntut Kerajaan Negeri Selangor untuk laksanakan semua Janji Pilihanraya PRU 12 yg mereka belum laksana walaupun dah 4 tahun memerintah! Maknanya, Ambiga dan pembangkang segaja hendak tunjuk kepada orang ramai , Kerajaan BN tidak bagus dan negara tidak aman dan menghasut rakyat supaya tidak menyokong BN. . 



Ketua Wanita Cawangan Puan Asmara yang menyangkal kata-kata KC berkenaan kurangnya program dalam pegerakkan sayap...Puan Asmara memberitahu bahawa wanita cawangan selalu melibatkan program bersama-sama wanita bahagian itu sebab tiada program di wanita cawangan.

Kak nie selaku Ketua Puteri Cawangan (Naib Ketua Puteri Bahagian) menjelaskan kepada semua ahli dan mewakili suara pu3 dimana pu3 telah membuat beberapa program seperti Baby IQ, cara memakai tudung dan terbaru Kajian Sikap untuk PRU 13, terima kasih juga kepada Ketua Cawangan, Cik Ida, Aunty mara & pemuda yang sentiasa memberi sokongan dan juga sumbangan-sumbangan bagi kami menjayakan program. 

Nuril Rizal (selaku Ketua Penerangan Pemuda Caw & Setiausaha cawangan) ...bagi pihak pemuda cawangan mereka bukan tidak membuat program tetapi mereka bersiap sedia sekiranya PRU 13 kira sedia gempur bila di arahkan...KAmi juga telah mengadakan program Friendly Futsal baru- baru ini.


(posing serahkan kepada pu3 hehehhe... ayu gitu) 

Mesyuarat di tangguhkan... acara yg di nantikan , acara cabutan bertuah…best sangat kerana hadiah menarik yang ditaja oleh Ketua Caw, Kak Ida, puteri, pemuda dan wanita UMNO cawangan.  boleh dikatakan semua ahli cawangan dapat hadiah, rupanya ada juga lagi extra hadiah, kami apa lagi cabut la nombor lagi mana tahu ada untung untuk dapat hadiah lagi ...persidangan bersurai pada jam 6:00 petang…kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan memeriahkan majlis persidangan UMNO Cawangan Seksyen 20 Selatan terutama kepada Ahli Jawatkuasa Bahagian PJU yang sanggup menunggu sehingga majlis berakhir…Terima kasih juga kepada semua yg terlibat secara langsung tidak langsung bagi segala persiapan. Ampun maaf sekiranya ada kekurangan salah silap kami sebelum  selepas persidangan. Sampai berjumpa lagi...kerana terlalu sibuk sampai kami tak bergroup photo lg tahun nie..dan kali ini kami tidak dapat upload gambar-gamabr yg menarik memandangkan ada problem camera yg digunakan.. sayang seribu klai sayang.. kerana pada tahun ini, yang lelaki berbaju Melayu & gadis-gadis pula berbaju kurung ayu..:) hanya ini sahaja yg dapat kami paparkan...oh ya lupa pula nak kasi tahu...kami juga ada jualan-jualan... boleh la beli untuk persiapan raya tahun ni :)

 (Kak Jas tengah memilih tu )


(fareez (pemuda) mencabut nombor bertuah...yeah aunty nora bertuah)

No comments:

Post a Comment